Thick clouds caused by heavy rain in the afternoon in the Klang Valley made it difficult to observe the sighting of the Shawwal crescent moon in Putrajaya today.
PUTRAJAYA : Awan tebal yang disebabkan situasi hujan lebat sebelumnya pada sebelah petang di Lembah Klang menyukarkan proses cerapan anak bulan Syawal di sini hari ini. Keadaan itu menyaksikan stesen pencerapan hilal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya gagal untuk melakar sejarah mencerap imej anak bulan Syawal kali ini.
Perkara itu disahkan Ketua Jawatankuasa Pencerapan Hilal Peringkat Putrajaya yang juga ialah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan pukul 7.55 petang tadi. Meskipun begitu, kedudukan anak bulan disahkan memenuhi kriteria imkanur rukyah diitetapkan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-118 pada 2021 lalu. Berdasarkan maklumat diterima, hilal Syawal itu dikesan berada di ufuk barat pada altitud tujuh darjah enam minit sewaktu matahari terbenam atau maghrib pukul 7.20 petang. Sementara kedudukan elongasi atau jarak lengkung antara pusat bulan dengan matahari pula didapati pasukan pencerapan itu ialah lapan darjah 48 minit ketika waktu berkenaan. PICC merupakan antara 29 lokasi yang diwartakan pihak Majlis Raja-Raja untuk proses rukyah atau pencerapan hilal bagi tujuan penetapan awal bulan takwim Hijrah sejak 2005. Malaysia turut menjadi antara beberapa negara di dunia yang mengamalkan penetapan tarikh Hijrah dengan menggunakan kaedah hisab atau pengiraan sejak tahun berkenaan. Tahun lepas, PICC mencipta sejarah apabila menjadi antara 10 lokasi pencerapan yang berjaya merekodkan imej anak bulan Ramadan kelihatan memenuhi kriteria ditetapkan. Premis terletak di Presint 5 itu mula dibina pada 2001 sebelum siap dua tahun kemudian dengan aktif dalam menganjurkan pelbagai acara persidangan, mesyuarat dan seminar. Hilal boleh dilihat secara mata kasar selain menerusi bantuan beberapa jenis teleskop, teodolit, binokular dan kamera, namun bergantung suasana langit yang bebas awan tebal. – UTUSAN
Moon Sighting Putrajaya Thick Clouds Heavy Rain Shawwal Crescent Moon
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Unwillingness to address racism will blunt Malaysia’s growth, Putrajaya toldKUALA LUMPUR, March 15 — Malaysia’s reluctance to confront rising racism in the country stands as one of the most significant impediments to the nation’s progress, according...
Read more »
Fasting doesn't hinder Azeem from clinching gold, bronze in GeorgiaKUALA LUMPUR: National sprint champion Muhammad Azeem Mohd Fahmi kicked off the new season in style after clinching a gold and bronze respectively in ...
Read more »
Fasting doesn’t hinder sprinter Azeem from clinching gold, bronze in GeorgiaKUALA LUMPUR, March 17 — National sprint champion Muhammad Azeem Mohd Fahmi kicked off the new season in style after clinching a gold and bronze respectively in Atlanta, Georgia,...
Read more »
Steven Sim: Do not hinder civil servants, impartial investigations assuredPUTRAJAYA: Human Resources Minister, Steven Sim (pix) called on all parties, including political ones not to hinder, interfere or pressure civil serva...
Read more »
MRT Putrajaya Line Officially Launching TomorrowThe MRT Putrajaya Line, also known as PYL, will be officially launched tomorrow by prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. The line is 57.7 km long with 36 stations and has been operating since June 2022.
Read more »
Kelantan MB thanks Putrajaya for RM58.6mil wang ihsanMALAYSIAN tycoon Tan Sri Vincent Tan is considering taking Kuala Lumpur-listed Berjaya Food Bhd. private, according to people with knowledge of the matter.
Read more »
