Ustaz Azhar Idrus Explains Husband's Duty to Provide Comfortable Home for Wife

Religion News

Ustaz Azhar Idrus Explains Husband's Duty to Provide Comfortable Home for Wife
ISLAMHUSBANDWIFE

Ustaz Azhar Idrus emphasizes the importance of a comfortable home as part of a husband's obligation to his wife. He explains that the home should bring joy and contentment to the wife, and if she feels otherwise, the husband is obligated to find a new dwelling.

Selepas tok kadi dan saksi berpuas hati dengan lafaz nikah yang disebut oleh pengantin lelaki, maka sudah bermulalah tugas mereka untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Dalam agama Islam , salah satu kewajipan suami kepada isterinya adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa.

Boleh dikatakan ramai pasangan yang baru sahaja berkahwin lebih memilih untuk menyewa rumah dengan bayaran bulanan bagi memulakan kehidupan baharu mereka. Baca Artikel Berkaitan: “Kita Yang Sebak” – Ramai Tersentuh Dengar Pesanan Peguam Tentang Nafkah Bapa Kepada Anak Baca Artikel Berkaitan: Suami Gaji RM4,000 ‘Zalim’ Jika Tak Beli Honda Demi Keselesaan Keluarga, Jelas Influencer Ini Suami Perlu Cari Rumah Lain Jika Isteri Kurang Selesa Tinggal Dengan Mentua Berbicara tentang nafkah, penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus menerusi video dimuat naik di laman Youtube miliknya telah menjelaskan tentang tanggungjawab seorang suami kepada isterinya. Jelasnya, tiga kewajipan yang perlu diberikan oleh para suami adalah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal. Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus yang juga dikenali sebagai UAI telah diajukan persoalan tentang jenis tempat tinggal yang perlu diberikan kepada isteri. UAI menjelaskan bahawa nafkah tempat tinggal yang dimaksudkan adalah kediaman yang boleh menyenangkan hati isteri. “Seorang suami tak boleh letak isterinya di sebuah rumah yang mana di rumah itu isterinya rasa tak senang, tak boleh. Nafkah rumah tersebut syaratnya mestilah di rumah itu kalau isteri duduk, isteri senang hati,” katanya. Namun sekiranya isteri berasa kurang selesa di rumah berkenaan, para suami wajib untuk mencari rumah lain. “Contoh kalau di rumah itu ada kakak suami yang bermusuh dengan isterinya, maka berdosa si suami bawa isteri tinggal di rumah itu,” ujar UAI. Selain itu, suami juga perlu menjaga hati isterinya agar tidak menimbulkan perasaan kurang senang melihat suami melebihkan ibunya dengan sebarang bentuk pemberian jika mereka tinggal dalam rumah yang sama. “Kalau kita nak lebihkan juga mak kita, boleh. Tapi ada dua syarat iaitu tidak boleh mengabaikan nafkah isteri, semua sudah terjaga. Kedua, tidak boleh tunjukkan di depan isteri. Kena jaga sungguh hati pasangan,” tambah Ustaz Azhar Idrus. Apa itu nafkah? Memetik Malaysia Bersuara, nafkah adalah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seseorang terhadap ahli keluarga mereka. Manakala dari segi syarak pula, nafkah adalah pemberian barang keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili , majoriti ulama bersetuju bahawa terdapat tujuh jenis nafkah yang wajib diberi kepada isteri iaitu: Hukum memberi nafkah Pemberian nafkah oleh suami kepada isteri adalah wajib. Jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri serta anak-anak, ia akan menjadi suatu dosa. Bukan itu sahaja, suami juga wajib memberikan nafkah kepada isteri yang bekerja walaupun pendapatan isterinya lebih tinggi daripadanya. Sebelum ini, seorang Peguam Syarie dikenali sebagai Azri menjelaskan bahawa nafkah adalah bergantung kepada kemampuan suami dan bukannya mengikut kehendak isteri. Azri menyatakan tentang perkara itu kerana ada wanita yang ingin membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah kerana merasakan nafkah bulanan yang diberikan suaminya tidak mencukupi. Jelasnya, alatan solek dan perhiasan yang lain bukanlah menjadi suatu kewajipan untuk seseorang suami menunaikannya.Baca Artikel Berkaitan: Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

ISLAM HUSBAND WIFE RESPONSIBILITIES NAFAH COMFORT

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

[Video] Suami Wajib Beri Duit Hantaran Pada Isteri Jika Dah Janji? Ini Penjelasannya[Video] Suami Wajib Beri Duit Hantaran Pada Isteri Jika Dah Janji? Ini PenjelasannyaUstaz Azhar Idrus turut menyifatkan seseorang itu adalah munafik sekiranya tidak menunaikan janji yang sudah dikotakan.
Read more »

Gambling Makes One a Fasiq, Barred as Wali Nikah, Says Ustaz Azhar IdrusGambling Makes One a Fasiq, Barred as Wali Nikah, Says Ustaz Azhar IdrusUstaz Azhar Idrus (UAI) explains that gambling, including online gambling, is a major sin that deems an individual as a fasiq (disobedient to Allah's commands) and ineligible to be a wali nikah (marriage guardian). UAI emphasizes that even a single instance of gambling disqualifies someone, and repentance is necessary to regain the eligibility. He warns against the financial ruin gambling often brings, urging people to seek legitimate sources of wealth. UAI also outlines the order of succession for potential walis (marriage guardians) should the father be disqualified.
Read more »

Ustaz Azhar Idrus Says Wearing Strong Perfume Is Like ZinaUstaz Azhar Idrus Says Wearing Strong Perfume Is Like ZinaUstaz Azhar Idrus states that women wearing perfume that can be smelled by others is considered haram (forbidden) in Islam. He explains that it is likened to adultery and that women should only wear perfume that can be smelled by themselves or their husbands. The article also cites hadith and interpretations that support this view. However, it clarifies that using deodorants, talcum powder, and soaps for body odor is permissible.
Read more »

[Video] Boleh Ke Sindir Orang Yang Mengumpat Kita? Ini Penjelasan UAI[Video] Boleh Ke Sindir Orang Yang Mengumpat Kita? Ini Penjelasan UAIMenurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, sindiran juga adalah satu bentuk teguran.
Read more »

Mara Considers Sponsoring Malay, Bumiputera Students to Study in Egypt's Al-Azhar UniversityMara Considers Sponsoring Malay, Bumiputera Students to Study in Egypt's Al-Azhar UniversityMara chairman Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki is exploring the possibility of sponsoring Malay and Bumiputera students to pursue medicine, dentistry, and pharmacy degrees at Al-Azhar University in Egypt. He aims to discuss the proposal with Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for Cabinet consideration and has also requested a tuition fee discount from the university for sponsored students in these fields.
Read more »

Penang Launches Islamic Digital Library at Al-Azhar UniversityPenang Launches Islamic Digital Library at Al-Azhar UniversityPenang strengthens its ties with Al-Azhar University by launching a digital library dedicated to Islamic knowledge and scholarship. The Penang Islamic Digital Library (PIDL) aims to promote Penang's advancements, foster collaboration, and solidify the state's digital agenda.
Read more »



Render Time: 2026-04-26 09:12:16