Kucing Curi Ikan Tunjuk Isyarat Selamatkan 5 Beranak Daripada Kebakaran

Curi News

Kucing Curi Ikan Tunjuk Isyarat Selamatkan 5 Beranak Daripada Kebakaran
IkanIsyaratKebakaran

Kejadian kebakaran tersebut telah membabitkan empat buah rumah di Kampung Solok Wan, Batu Pahat kelmarin.

Lima beranak terselamat daripada kebakaran selepas melihat kelakuan seekor kucing melarikan ikan dan meletakkannya di luar rumah, kucing itu dikatakan telah masuk ke rumah salah seorang mangsa kebakaran dan mengambil ikan di atas meja sebelum membawanya keluar, seolah-olah memberi isyarat bahawa rumah di sebelah sedang terbakar Mangsa kebakaran, Muhammad Norsham Bibin, 31, berkata dia bersama isteri, Widyawati Niban, 40, berada di rumah bersama tiga anak yang ketika itu sedang tidur dalam bilik.

Secara tiba-tiba seekor kucing yang bukan peliharaannya memasuki rumah dan mengambil ikan sebelum meninggalkan di luar tanpa memakannya. Katanya, dia tidak memikirkan apa-apa sehinggalah keluar untuk mengambil semula ikan tersebut lalu terpandang kepulan asap dari rumah bersebelahan."Saya cukup tersentuh dengan kelakuan kucing ini. Kebiasaannya, haiwan ini datang rumah dan tak pernah usik apa juga makanan diletakkan atas meja. "Tetapi pada hari kejadian, kucing ini melarikan ikan seolah-olah hendak memberitahu ada bencana sedang berlaku di rumah sebelah. Saya terus beritahu isteri yang rumah jiran sedang terbakar dan kami terus menarik tangan anak-anak keluar,"Lelaki itu memberitahu dia tetap bersyukur nyawa mereka sekeluarga masih terselamat walaupun gagal menyelamatkan semua harta benda. "Saya bersyukur kerana asbab kucing, saya sekeluarga terselamat. Tiada siapa menjangkakan, kucing itu datang bukan nak makan, tapi nak beritahu kami apa yang sedang berlaku. "Jika tidak saya pun tidak tahu apa nasib kami sekeluarga. Kebakaran itu turut menyebabkan Proton Iswara Aeroback dan basikal anak-anak ke sekolah rentung. "Saya reda dengan ujian ini, yang penting semua ahli keluarga walaupun semua peralatan termasuk kelengkapan persekolahan anak-anak musnah sama sekali,"Seorang lagi mangsa, Mohd Razib Ibrahim, 37, berkata dia mendapat tahu rumahnya terbakar kira-kira 10 minit selepas keluar ke tempat kerja. "Saya dan isteri tidak sempat menyelamatkan apa-apa, yang tinggal baju dipakai ketika ke tempat kerja. Apabila diberitahu jiran, saya segera pulang namun api sudah membesar. "Pada malam sebelum kejadian, berlaku gangguan elektrik di rumah namun berjaya dipulihkan. Tapi, saya tidak sangka ia berakhir dengan berita mendukacitakan,"Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Norazizan Awang berkata seramai 19 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.53 pagi. "Kebakaran membabitkan lima rumah dengan empat daripadanya musnah sama sekali. Anggota bomba bertindak melakukan pemadaman sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 9.20 pagi. "Selain rumah, sebuah kereta turut terbakar. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,"

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Ikan Isyarat Kebakaran Keluarga Kereta Kuicng Rumah Seismik Tanda

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Trump kurangkan tarif ke atas IndiaTrump kurangkan tarif ke atas IndiaPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan satu perjanjian perdagangan untuk mengurangkan tarif ke atas India dan menyatakan bahawa Perdana Menteri, Narendra Modi telah berjanji untuk menghentikan pembelian minyak dari Russia susulan perang di Ukraine.
Read more »

Ikan mati di Sungai Kinta bukan disebabkan pencemaranIkan mati di Sungai Kinta bukan disebabkan pencemaranDipercayai terdapat individu yang melupuskan anak ikan bersaiz kecil yang tidak boleh dijual dengan mencampakkan ke dalam Sungai Kinta.
Read more »

AKPS rampas barangan terlarang, lari cukai nilai RM82.1 jutaAKPS rampas barangan terlarang, lari cukai nilai RM82.1 jutaAKPS telah merekodkan pelbagai kejayaan menerusi operasi dan penguatkuasaannya di pintu masuk negara.
Read more »

DOJ Dedah Jeffrey Epstein Pernah Terima Potongan Kain Kiswah Kaabah Dari Peniaga UAEDOJ Dedah Jeffrey Epstein Pernah Terima Potongan Kain Kiswah Kaabah Dari Peniaga UAEDifahamkan terdapat tiga potongan kain Kaabah yang telah dihantar kepadanya iaitu dari bahagian dalam kaabah, serta bahagian luar yang belum dan telah dipakai.
Read more »

Dakwa kelewatan guru pulangkan dompet cetus insiden tragik ZaraDakwa kelewatan guru pulangkan dompet cetus insiden tragik ZaraKota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu bahawa kegagalan seorang guru memulangkan dompet yang hilang milik salah seorang rakan sekelas Allahyarham Zara Qairina Mahathir mungkin telah mencetuskan insiden tragik terhadap Zara yang didakwa mencuri.
Read more »

Tipu hadiah loteri: Dua lelaki Indonesia dipenjara dua tahunTipu hadiah loteri: Dua lelaki Indonesia dipenjara dua tahunMenipu seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun dengan memperdaya mangsa mempercayai mereka telah memenangi wang loteri hingga mendorong lelaki terbabit menyerahkan wang tunai berjumlah RM15,000.
Read more »



Render Time: 2026-04-24 10:21:56