Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat separuh kedua tahun ini susulan peningkatan kos penghantaran, baja dan makanan ternakan akibat krisis tenaga. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akui kenaikan harga minyak dunia memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara termasuk sektor penternakan dan perikanan negara. Beliau berkata, apa yang dibimbangi ketika ini termasuk peningkatan kos bijirin ternakan dan soya yang menjadi bahan utama makanan ternakan ayam. "Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita menjangkakan akan berlalu perubahan harga. Kita akan pantau dengan rapi kalau ada perubahan-perubahan itu," katanya.
PUTRAJAYA: Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat separuh kedua tahun ini susulan peningkatan kos penghantaran , baja dan makanan ternakan akibat krisis tenaga . Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akui kenaikan harga minyak dunia memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara termasuk sektor penternakan dan perikanan negara.
Beliau berkata, apa yang dibimbangi ketika ini termasuk peningkatan kos bijirin ternakan dan soya yang menjadi bahan utama makanan ternakan ayam.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita menjangkakan akan berlalu perubahan harga. Kita akan pantau dengan rapi kalau ada perubahan-perubahan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Agro Penjaja -i, di sini hari ini. Katanya, ketika ini, negara masih bergantung kepada import bijirin ternakan dari pelbagai negara termasuk Brazil dan Argentina manakala bekalan beras pula diimport dari Pakistan, India serta Bangladesh.
Mohamad berkata, walaupun tiada gangguan penghantaran ketika ini namun, kenaikan harga minyak dunia tetap memberi kesan kepada kos logistik dan bahan pertanian.
"Sama juga seperti bekalan baja dan urea, apabila berlaku krisis tenaga ia akan libatkan itu semua," katanya. Dalam perkembangan samaatika, Mohamad berkata, kementerian juga sedang mengambil langkah awal memperkukuh sektor akuakultur bagi memastikan bekalan protein negara kekal stabil.
"Jika hasil tangkapan laut berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, bekalan akuakultur itu dapat dimanfaatkan. "Usaha meningkatkan pengeluaran ikan ternakan dibuat lebih awal bagi menampung kemungkinan pengurangan hasil laut akibat peningkatan kos operasi nelayan," katanya. Katanya, dalam tempoh tiga ke empat bulan akan datang, pengeluaran ikan dari sektor akuakultur ini berupaya menampung bekalan protein jika berlaku kekurangan tangkapan ikan di laut.
Sementara itu, katanya, bekalan makanan asas ketika ini masih terkawal and mencukupi termasuk bekalan beras yang juga mampu bertahan sehingga akhir tahun.
"Kami dapati berlaku lambakan sayur di Cameron Highlands sehingga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terpaksa mencari jalan bagi mengelakkan kerugian akibat lebihan bekalan di pasaran," katanya
Kerajaan Malaysia Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu Pencapaian Perkauman Perkaraaya Pasar Minggu Harga Makanan Kos Penghantaran Baja Krisis Tenaga Pencemaran Air Sumber Daya Alam
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Airlines, Firefly offer RM499 festive fares to East Malaysia, add 62 extra flightsKUALA LUMPUR, May 13 — Malaysia Aviation Group (MAG), through Malaysia Airlines and Firefly, is supporting increased travel demand ahead of the upcoming Hari Raya Aidiladha,...
Read more »
Kerajaan bersedia sepenuhnya laksana adunan biodiesel B15Kerajaan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan adunan biodiesel B15 yang akan berkuat kuasa secara rasmi bermula 1 Jun ini.
Read more »
Malaysia Airlines, Firefly offering subsidised festive fares for East Malaysia tripsMalaysia Airlines will also operate an additional 62 flights across high-demand routes to Sabah and Sarawak.
Read more »
Kerajaan digesa perkukuh pendidikan hak asasi manusiaSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan memperkukuh pendidikan hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat bagi membanteras perkauman, xenofobia dan prejudis dalam apa juga bentuk.
Read more »
