Datuk Aznil Nawawi, also known as Pak Nil, marks his sixth year as Eskayvie's brand ambassador, praised for his consistent support of the company's health and community development mission. Eskayvie emphasizes its commitment to science-based health solutions and focuses on child development through its 'Booster Minda' campaign, expanding nationally through its network of entrepreneurs and introducing product enhancements.
KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen tersohor, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil terus menerima pujian atas komitmen dan sokongan konsistennya terhadap misi kesihatan dan pembangunan masyarakat apabila memasuki tahun keenam sebagai duta jenama Eskayvie .
Peranan Pak Nil yang sentiasa dekat dengan masyarakat serta pendekatan berjiwa rakyat dilihat selari dengan aspirasi Eskayvie sebagai jenama kesihatan berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, kerjasama bersama Pak Nil bukan sekadar bersifat komersial, sebaliknya dibina atas dasar kepercayaan, keserasian nilai dan ukhuwah yang kukuh. “Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten, ikhlas dan dekat di hati masyarakat. Hubungan ini bukan sekadar kerjasama profesional, tetapi satu ikatan ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, di sini, baru-baru ini, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik industri. Majlis bertemakan The Journey Continues: From Purpose to Impact itu menjadi platform meraikan pencapaian sepanjang tahun lalu selain menegaskan hala tuju baharu jenama berkenaan yang lebih terarah, mampan dan berimpak tinggi kepada masyarakat. Menurut Dr. Syid, dalam landskap kesihatan global yang semakin mencabar, Eskayvie mengambil pendekatan melangkaui penghasilan produk semata-mata dengan membina ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dan berteraskan sains. “Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai. Eskayvie dibangunkan berlandaskan kajian, ilmu dan integriti profesional oleh pasukan doktor, pakar nutrisi dan diet,” katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, fokus jenama berkenaan pada tahun ini terus memberi penekanan kepada pembangunan potensi kanak-kanak menerusi kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda. “Kami memilih untuk bermula dengan anak-anak kerana di situlah masa depan ummah dibentuk. Setiap anak dilahirkan dengan potensi dan tanggungjawab kita ialah menyuburkannya melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul,” katanya. Beliau berkata, kempen itu akan diperluaskan secara nasional melalui rangkaian Eskayvie Nexus yang melibatkan lebih 130,103 usahawan di seluruh negara bagi memastikan mesej disampaikan secara berterusan dan berkesan kepada ibu bapa serta keluarga. Dalam usaha memperkukuh kempen tersebut, Eskayvie turut memperkenalkan penambahbaikan formulasi serta pembungkusan baharu produk Mindtropic dan Mindtropic Junior, selain memperkenalkan OWI sebagai maskot rasmi kempen. Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian hadiah utama sebuah Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, yang mencatatkan lebih 350,000 penyertaan dengan nilai hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.
Pak Nil Eskayvie Health Community Development Child Development
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selangor Opts Out of Legal Battle Over MBPJ Dog Ban; BN Celebrates By-Election VictoriesSelangor will not participate in the legal challenge against MBPJ's dog ban. Meanwhile, BN celebrates by-election victories in Kinabatangan and Lamag, emphasizing continuity and responsibility. Furthermore, a report highlights fire safety concerns in strata properties.
Read more »
Barisan Nasional Celebrates Victories in Kinabatangan and Lamag ElectionsBarisan Nasional chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi attributed the coalition's wins in the Kinabatangan parliamentary by-election and the Lamag state by-election to public trust in stable leadership and the continuity of service. The victories are seen as a continuation of the work of the late Datuk Seri Bung Moktar Radin and a reflection of the unity government's effectiveness.
Read more »
Kinabatangan, Lamag polls: Wins reflect people’s continued trust in BN, says Anwar'Secret Kuala Lumpur' leads readers to unearth the city's lesser-known history around every corner
Read more »
'Glaring errors': You still can't trust any AI answer, research shows'Secret Kuala Lumpur' leads readers to unearth the city's lesser-known history around every corner
Read more »
Kinabatangan and Lamag Elections: Barisan Nasional Celebrates Victory, Pledges Fulfillment of PromisesMohd Kurniawan Naim Moktar wins Kinabatangan seat with a large majority, upholding his late father's legacy, while Mohd Ismail Ayob secures Lamag for Barisan Nasional, reflecting continued trust in the party. Political observers surprised by the scale of the victory, attributing it to Bung Moktar Radin's legacy and support from state unity government partners.
Read more »
Cartier Celebrates End of Year 2025 in Seoul with Star-Studded EventLuxury brand Cartier hosted its End of Year 2025 Celebration at Maison Cheongdam in Seoul, South Korea, with the theme A Festive Tale: Invitation from Panthère. Brand ambassadors Jisoo (Blackpink), Hyunjin (Stray Kids), and actor Byeon Wooseok graced the event, showcasing iconic Cartier pieces from the Panthère de Cartier and Cartier Icon collections.
Read more »
