Wanita ditahan jadi keldai akaun sindiket tawaran hadiah, barang berharga
BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun sindiket tawaran hadiah dan barang berharga dari luar negara membabitkan kerugian kepada mangsa sehingga RM38,000. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berusia 49 tahun itu ditahan Selasa lalu di Kulim, Kedah melibatkan kes yang dilaporkan pada 2018.
“Suspek dipercayai telah menyerahkan kad bank dan butir-butir perbankan peribadi kepada individu lain melalui atas talian untuk dipinjamkan pada tahun 2018. “Siasatan polis mendapati mangsa kerugian sebanyak RM38,000 dalam kes membabitkan wanita itu,” katanya di sini hari ini. Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, suspek tersebut direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. “Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, parcel, love scam atau Macau scam melalui media sosial. ”Pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Soffian Santong berkata, polis menahan tiga suspek lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam dua kes mencuri beg berjenama di pusat beli-belah di Persiaran Gurney dekat sini, pada 10 dan 21 Oktober lalu. Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian kecurian dua buah beg berjenama bernilai RM2,989 itu dan hasil risikan berjaya menahan tiga lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam kes itu. “Suspek berusia 22 hingga 26 tahun dan tidak bekerja, mereka ditahan pukul 11.59 malam Selasa lalu di tepi Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung, bagi membantu siasatan kes ini. “Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala dua lagi positif dadah,” katanya. Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolamMayat wanita ditemukan terapung dalam kolam
Read more »
Wanita ketagih makan bedak bayiWanita ketagih makan bedak bayi
Read more »
Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolamKEPALA BATAS: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam. Ket...
Read more »
Wanita Rohingya, 2 anak perempuan ditahan terbabit kes pecah rumahPolis berkata tiga beranak itu mengaku bertanggungjawab terhadap lima kes pecah rumah di sekitar Kemaman dan Johor.
Read more »
Hubungan dengan Azra renggang, anak-anak suruh cari wanita lainHubungan dengan Azra renggang, anak-anak suruh cari wanita lain
Read more »
Wanita minta bekas isteri suami teman bersalinWanita minta bekas isteri suami teman bersalin
Read more »
