KEPALA BATAS: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam. Ket...
: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie, berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam itu ditemukan seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut pada jam 6.50 petang sebelum menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan. “Lelaki yang menjumpai mayat itu memaklumkan dia ternampak satu objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap dan apabila mendekati dia terkejut apabila mendapati ia adalah badan manusia.
“Mayat ini kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Winston Raip di talian 04- 576 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Bernama
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Body of unidentified woman found floating in poolKEPALA BATAS: The body of an unidentified woman, believed to have died 24 hours ago, was found floating in a pool in Pokok Machang, Tasek Gelugor, nea...
Read more »
Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolamMayat wanita ditemukan terapung dalam kolam
Read more »
Lelaki maut dibaham buaya di SabahMayat mangsa ditemui kira-kira 500m dari lokasi dia diserang pada 3.30 petang tadi.
Read more »
Pemandu jengkaut terkejut jumpa mayat Orang Asli dalam sampahGUA MUSANG: Seorang pemandu jengkaut dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki Orang Asli tidak berpakaian yang berada dalam timbunan sampah dan sisa-sisa kayu selepas tersangkut pada jambatan besi Sungai Berok berhampiran Ladang Kilang Liziz (LPG) di Kuala Betis di sini, hari ini.
Read more »
Insentif geran bantu koperasi sekolah jana pendapatan: SKMKEPALA BATAS: Pendedahan berkaitan ilmu keusahawanan perlu diterapkan bermula dari bangku sekolah bagi mencungkil bakat dan mengasah minat pelajar unt...
Read more »
Grant aims to help school cooperatives generate incomeKEPALA BATAS: Students need to be exposed to entrepreneurship knowledge to help unearth talent and hone their interests so that they will venture into...
Read more »