Hubungan dengan Azra renggang, anak-anak suruh cari wanita lain
PETALING JAYA: Pelakon, Azri Iskandar, mengakui, hubungan percintaannya dengan seorang wanita yang didakwa sebagai tunangnya iaitu Dr Azra Diera, kini sudah mulai renggang. Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, berkata, dia dan Azra, 44, sudah setahun tidak bertemu selain kurang membalas mesej seperti selalu.
“Tahun lepas adalah kali terakhir saya berjumpa. Saya ada ajak keluar tapi dia sibuk dengan penggambaran dokumentari di luar negeri. “Saya tidak berkecil hati. Kalau dia diam, saya diam juga. Dia tak cari pun tidak mengapa lagi pula saya ramai kawan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Kutukan Sembilan Setan, semalam. Melihat kepada hubungan yang semakin dingin, Azri juga enggan bercakap lebih lanjut tentang perkahwinan walaupun pernah beberapa kali merancang sebelum ini. “Tentang kahwin kita tengok dulu macam mana. Kami sudah mula renggang jadi saya kena perbaiki dahulu hubungan kami ini. Kami tidak gaduh, cuma jarang jumpa,” katanya. Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu juga mengakui anak-anak termasuk bekas isteri, Ellie Suriaty ada menyuruhnya mengenali wanita lain. “Anak-anak dan bekas isteri suruh cari wanita lain. Mereka masih anggap Azra scammer sedangkan Azra wujud, ramai geng ASWARA kenal dia.“Saya ada keluar juga, kenal-kenal dengan beberapa wanita sebelum ini. Kalau yang itu, mereka setuju,” dedahnya. Sebelum ini Azri pernah mendakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Azra namun ditangguhkan beberapa kali kerana masalah kewangan. Namun begitu, hubungan Azri dan Azra menjadi sensasi apabila ada pihak mendakwa Azra sebenarnya tidak wujud dan Azri menjadi mangsa ‘love scam’.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki didenda RM10,000 pukul anak tiri kerana tak dapat jawab soalan MatematikKUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang peniaga nasi lemak RM10,000, kerana memukul anak tirinya yang berusia enam tahun denga...
Read more »
Anwar berharap hubungan Malaysia-Arab Saudi terus diperkukuhDatuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keamanan sejagat kedua-dua negara.
Read more »
Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumahKUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan seorang wanita warga Rohingya dan dua anak perempuannya dipercayai terlibat kes pecah rumah di sekitar daer...
Read more »
Bantuan mencurah-curah untuk Muggnisuari dan anak-anakExco Selangor V Papparaidu berkata, kerajaan negeri akan membantu keluarga yang dibelenggu kemiskinan itu, termasuk membaik pulih rumah mereka.
Read more »
Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa MalaysiaKUALA LUMPUR: Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa...
Read more »




