BERITA NASIONAL Politik TERKINI top UMNO tak gadai Melayu, Islam -Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, DNA UMNO ialah nasionalisme Melayu dan Islam yang akan sentiasa dipertahankan serta tidak pernah kendur.
“Insya-Allah, UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu dalam kerangka ‘hubbul watan’ yang lebih sederhana dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia dengan unit politik dan sosialnya yang beraneka agama, kaum dan etnik serta budaya,” katanya dalam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini semalam.
“UMNO pro kemajuan. Pro pembaharuan dan pro demokrasi. Kita memilih untuk bekerja dengan mereka demi Malaysia. Jadi, tidak timbul soal kita perlu undi parti itu atau parti ini,” jelasnya. “Kerana itulah hikmah dalam berpolitik. Itulah juga semangat sebuah demokrasi. Yang pasti, UMNO akan mengurus perbezaan tersebut bersandarkan kepentingan perpaduan dan kesepakatan nasional. Realitinya ialah UMNO sebenarnya mewakili kepentingan Melayu dan Islam dalam kerajaan perpaduan.
Katanya, UMNO sedang meneroka kerjasama politik yang unik, ‘unprecedented’ atau belum pernah berlaku sebelum ini dan sangat luar biasa. Pada masa sama, Mohamad juga meminta ahli UMNO agar tidak terus bermain dengan ‘the blame game’ kerana tindakan itu tidak akan membantu parti itu untuk bangkit, sebaliknya terus terperangkap sejak kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Irate Khairy Lashes Out At Bung Moktar, Calls Him Enemy Of Public Health | TRPFormer Umno man Khairy Jamaluddin hits out at Sabah Umno chief Bung Moktar Radin.
Read more »
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Saranan PH guna logo BN disebut dalam Taklimat Presiden UMNOWujud cubaan memecahkan UMNO merupakan antara perkara disentuh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di hadapan lebih 6,000 perwakilan dalam
Read more »
Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masingPelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah terpulang kepada pendirian dan penerimaan masing-masing.
Read more »
Melayu sokong Perikatan, bukan gelombang hijau, kata pemimpin Bersatu | The Malaysian InsightMereka berkata istilah yang digunakan untuk gambarkan sokongan Melayu itu semata-mata mahu takutkan pengundi bukan Melayu di kawasan bandar.
Read more »
Program Pengajian Melayu penting untuk negaraPremium Rencana Program Pengajian Melayu penting untuk negara
Read more »
Penyokong Proklamasi Orang Melayu sepakat tak tembung di PRN, kata Dr MBekas perdana menteri berkata semua pihak yang menandatangani proklamasi itu sedang memikirkan untuk bertanding bersama-sama.
Read more »