Beyond the Breaking News

Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masing

Malaysia News News

Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masing
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

BERITA NASIONAL Politik TERKINI PAU2023 Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masing

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada orang yang merasakan jemputan itu sebagai satu penghormatan dan ada juga yang merasakan ia sebagai satu hinaan. “Itu terpulanglah kepada pendirian dan penerimaan masing-masing.

Ada orang merasakan jemputan itu sebagai satu penghormatan dan ada juga yang merasakan jemputan itu sebagai satu hinaan. “Ia bergantung kepada tafsiran masing-masing,” katanya kepada pemberita kepada pemberita pada Majlis Akad Penyerahan Lembu Korban Sumbangan kepada Kerajaan Negeri di sini hari ini. Saarani yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, sebelum ini beliau pernah tidak tersenarai sebagai perwakilan parti, namun atas rasa mencintai parti beliau tetap menghadiri perhimpunan itu. “Melalui pengalaman saya, saya pernah menjadi perwakilan yang dipilih tetapi sewaktu tak dipilih pun saya sampai juga. Ribuan orang yang hadir ini bukanlah perwakilan tetapi hadir kerana cintakan parti itu. “Ada ‘mak long-mak long, mak cik-mak cik’ tinggalkan bendang dan datang duduk bersila di PAU. Mereka tetap hadir walaupun tidak dijemput,” katanya. Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan pelawaan kepada bekas ahli UMNO untuk menghadiri ke PAU 2023 sebagai sindiran. Bekas Naib Presiden UMNO itu menyifatkan pelawaan yang dibuat secara menyindir dan berseloroh kepada bekas ahli untuk menghadiri perhimpunan itu menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan UMNO sekarang. Katanya, tindakan tersebut tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi. Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO sentiasa membuka pintu kepada bekas ahlinya untuk menghadiri PAU walaupun bukan sebagai perwakilan. Katanya, bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung. PAU 2023 yang bermula hari ini sehingga hingga 10 Jun berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur . – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ahli UMNO dibuang tidak rugi, yang rugi parti -HishammuddinAhli UMNO dibuang tidak rugi, yang rugi parti -HishammuddinAhli UMNO yang dipecat dan digantung langsung tidak terkesan dengan sindiran segelintir pihak berhubung pelawaan untuk menjemput mereka ke
Read more »

PRN Umno ‘bungkus’, kata KJPRN Umno ‘bungkus’, kata KJKhairy Jamaluddin berkata demikian sebagai respons ‘jemputan sinis’ presiden Umno terhadap ahli yang dipecat dan digantung hadir ke PAU 2023.
Read more »

Guna PAU yakin semula rakyat - PandakGuna PAU yakin semula rakyat - PandakBERITA NASIONAL Politik Guna PAU yakin semula rakyat – Pandak
Read more »

Irate Khairy Lashes Out At Bung Moktar, Calls Him Enemy Of Public Health | TRPIrate Khairy Lashes Out At Bung Moktar, Calls Him Enemy Of Public Health | TRPFormer Umno man Khairy Jamaluddin hits out at Sabah Umno chief Bung Moktar Radin.
Read more »

Taiping Zoo turning elephant dung into fertiliserTaiping Zoo turning elephant dung into fertiliserTAIPING Zoo has taken the lead in turning animal waste into manure, Nanyang Siang Pau reported.
Read more »

Jamal minta Noh Omar pertimbang semula keputusan sertai Perikatan | The Malaysian InsightJamal minta Noh Omar pertimbang semula keputusan sertai Perikatan | The Malaysian InsightBeliau berkata Umno Selangor mengalu-alukan bekas ketuanya itu kembali.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 13:45:40