BERITA NASIONAL Politik TERKINI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Saranan PH guna logo BN disebut dalam Taklimat Presiden UMNO
KUALA LUMPUR: Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Selain itu, Ahmad Zahid dalam taklimat tertutup itu menjelaskan, wujud saranan oleh pihak tertentu agar Pakatan Harapan menggunakan logo Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri sebaliknya hasrat itu dikatakan tidak mendapat sambutan perwakilan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang perwakilan yang enggan namanya disiarkan berkata, Presiden UMNO mengambil contoh bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Ke-14 pernah menggunakan logo PKR dan perkara itu seharusnya berlaku kepada dalam PRN. “Presiden ada menyebut tentang ada cadangan PH guna logo BN tetapi tiada orang dalam tepuk tangan, sampai beliau cakap tidak kisah kalau tidak mahu tepuk. Beliau kemudian mengambil naratif dahulu Bersatu dahulu pun guna tiket PKR dalam PRU-14,” katanya ketika ditemui di sini. Menurut individu tersebut, Ahmad Zahid juga menyentuh berhubung prestasi UMNO yang terus dipertahankan meskipun parti itu hanya menjadi sebahagian Kerajaan Pusat pada hari ini. Pada masa sama, bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, Presiden UMNO dalam taklimat tertutup itu menjelaskan parti pembangkang kini sudah kehabisan modal untuk memburukkan UMNO dengan kali ini dimomokkan parti itu kini sudah lupa diri terhadap perjuangan Melayu dan Islam. Kata Mohd. Isa, sebelum ini pembangkang memainkan isu UMNO adalah parti rasuah dan terpalit dengan beberapa skandal namun pemimpin Perikatan Nasional kini menjadi dalam kumpulan ‘Kluster Mahkamah’. Jelasnya, tindak-tanduk itu bukan sahaja dimainkan pembangkang, malah dalam kalangan bekas pemimpin UMNO yang sendiri menghasut parti itu sudah hilang identiti perjuangan agama Islam dan kaum Melayu. “Memang ada kekeliruan dan salah satunya menghasut rakyat bahawa UMNO telah lupa perjuangan. Perkara ini perlu diterangkan dengan baik oleh semua pemimpin dan ahli UMNO. “Presiden UMNO dalam taklimat tadi menyebut wujud sentimen Melayu dan Islam yang cuba dimainkan pihak tertentu, seolah-olah kita tidak mempertahankannya,” katanya ditemui di sini hari ini. Sehubungan itu, Mohd. Isa berkata, Presiden UMNO meminta semua pemimpin dan ahli khususnya peringkat penerangan untuk menjernihkan kekeliruan terhadap salah faham yang dibangkitkan oleh pihak tertentu. Katanya, perkara itu amat penting menjelang Pilihan Raya Negeri yang berlangsung dalam masa terdekat.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perhimpunan Umno peluang kepimpinan jelas kerjasama dengan Pakatan, kata pemerhati | The Malaysian InsightPerhimpunan Umno peluang kepimpinan jelas kerjasama dengan Pakatan, kata pemerhati
Read more »
Irate Khairy Lashes Out At Bung Moktar, Calls Him Enemy Of Public Health | TRPFormer Umno man Khairy Jamaluddin hits out at Sabah Umno chief Bung Moktar Radin.
Read more »
Projek konservasi MPOGCF tepati saranan antarabangsaTidak dinafikan sektor perladangan kelapa sawit memberi kesan kepada biodiversiti tetapi tidak seteruk aktiviti perlombongan atau perternakan
Read more »
Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masingPelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah terpulang kepada pendirian dan penerimaan masing-masing.
Read more »
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Tak guna nampak kuat, tapi hasilnya kurang -ZahidPresiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu memenangi kerusi yang ditandingi pada Pilihan
Read more »
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Zahid jamin tiada isu perkauman dibangkitkanTiada isu perkauman seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak dengan menjadikan UMNO dan DAP antara isu utama dalam kemelut politik hari ini.
Read more »




