tawau menjadi kawasan pertama di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 113, setakat 8 pagi hari ini.
Menurut data keluarkan Jabatan Alam Sekitar , ia berbanding semalam yang mana semua kawasan di Sabah mencatat IPU sederhana.
Peningkatan IPU itu dipercayai berpunca daripada titik panas akibat pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia memandangkan kedudukan Tawau berhampiran wilayah berkenaan.Jurumudi bot penambang, Johari Supardi, 43, berkata, aktiviti membawa penumpang dari Sungai Tongkang ke tanah besar terjejas disebabkan jerebu.
Katanya, kebiasaan penduduk di Pulau Sebatik akan turun ke tanah besar untuk berbelanja terutamanya pada hujung minggu namun jumlah penumpang berkurangan sejak semalam. “Hari ini operasi membawa penumpang tetap diteruskan seperti biasa walaupun keadaan jerebu dilapor semakin meningkat tetapi kami tetap mengambil langkah keselamatan disebabkan jarak penglihatan yang terhad di laut,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Johan Setia, Klang catat IPU tidak sihatKUALA LUMPUR 12 Sept. - Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Johan Setia, Klang merekodkan bacaan 209 sekali gus menjadikan satu-satunya kawasan sangat tidak sihat berbanding 68 Stesen Pengawasan Udara Automatik tempat lain di seluruh negara.
Read more »
Jerebu di P. Pinang makin buruk, 2 stesen catat IPU tidak sihatPULAU PINANG 12 Sept. - Keadaan berjerebu di negeri ini bertambah buruk hari ini dengan dua stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) iaitu di Balik Pulau dan Minden, USM masing-masing mecatatkan paras bacaan tidak sihat.
Read more »
Jerebu: 16 stesen catat IPU tidak sihatPUTRAJAYA 12 Sept. - Sebanyak 16 stesen mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat pada hari ini termasuk di Minden dan Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan masing-masing sebanyak 106 dan 136.
Read more »
3 stesen IPU di P. Pinang catat paras tidak sihatPULAU PINANG 13 Sept. - Situasi berjerebu di negeri ini semakin buruk pagi ini dengan tiga stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sini mecatatkan paras bacaan tidak sihat setakat pukul 10 pagi tadi.
Read more »
Jerebu: Hatyai catat bacaan IPU tidak sihatSONGKHLA 13 Sept. - Keadaan jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia bertambah teruk dan menjejaskan kualiti udara di daerah Hatyai di selatan Thailand dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.
Read more »
Makin banyak kawasan IPU tidak sihatkualalumpur Beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.
Read more »