kualalumpur Beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia sehingga 10 pagi, sebanyak 24 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat manakala Johan Setia, Klang, Selangor, kekal sebagai satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 209.
Lima kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Kuala Selangor , Petaling Jaya , Shah Alam , Klang dan Banting . Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai , Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka ; Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur ; Segamat dan Tangkak di Johor; Putrajaya dan Rompin, Pahang .
Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Minden , Balik Pulau dan Seberang Jaya di Pulau Pinang; Tasek Ipoh , Pegoh Ipoh dan Seri Manjung di Perak serta Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech, Kedah.Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 , 101 hingga 200 , 201 hingga 300 manakala 300 ke atas berbahaya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jerebu di P. Pinang makin buruk, 2 stesen catat IPU tidak sihatPULAU PINANG 12 Sept. - Keadaan berjerebu di negeri ini bertambah buruk hari ini dengan dua stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) iaitu di Balik Pulau dan Minden, USM masing-masing mecatatkan paras bacaan tidak sihat.
Read more »
Balik Pulau catat IPU tidak sihatPULAU PINANG 11 Sept. - Keadaan berjerebu di negeri ini khususnya di Balik Pulau semakin buruk apabila stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan tersebut direkodkan pada paras tidak sihat iaitu 110 setakat pukul 11 pagi tadi.
Read more »
Rompin catat IPU sangat tidak sihatKUALA LUMPUR 11 Sept. - Daerah Rompin mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan catatan rekod tertinggi IPU berbanding 68 Stesen Pengawasan Udara Automatik lain-lain tempat di seluruh negara.
Read more »
Bacaan IPU 3 daerah N. Sembilan tidak sihatNILAI 11 Sept. - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga daerah di Negeri Sembilan yang mengalami masalah jerebu masih dalam kategori tidak sihat sejak semalam.
Read more »
2 kawasan sangat tidak sihat, IPU lebih 200DUA kawasan di Rompin, Pahang dan Johan Setia Klang, Selangor mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat masing-masing 223 dan 201 setakat 6 petang hari ini.
Read more »
Johan Setia, Klang, Rompin catat bacaan IPU 'sangat tidak sihat' | The Malaysian InsightJohan Setia, Klang, Rompin catat bacaan IPU 'sangat tidak sihat'
Read more »