Satu stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat pada hari ini iaitu di kawasan Johan Setia, Klang dengan bacaan IPU 211. utusanonline
Dalam satu kenyataan, Jabatan Alam Sekitar memaklumkan, selain itu, stesen-stesen lain adalah Tasek Ipoh dan Seri Manjung di Perak sementara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan Batu Muda dan Cheras .
Menurutnya, stesen-stesen lain antaranya adalah Putrajaya, serta Kuala Selangor , Petaling Jaya Shah Alam Klang dan Banting di Selangor. Tambahnya, Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan IPU 124, Jerantut, Pahang , Sri Aman, Sarawak dan Tangkak, Johor . "Bacaan IPU yang direkodkan pada hari ini pukul 11.00 pagi menunjukkan tiada stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 51 stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana," katanya di sini hari ini. Jelasnya, satu stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat pada hari ini iaitu di kawasan Johan Setia, Klang dengan bacaan IPU 211 disebabkan oleh jerebu merentas sempadan dan juga terdapat kejadian kebakaran di kawasan belukar di Jalan Tengah 2. "Tiga sekolah di kawasan berhampiran ditutup pada hari ini iatu Sekolah Kebangsaan Johan Setia, SK Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun," katanya. Kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia tambanya, masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat, Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia dan bahagian Barat Sarawak. "JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa," katanya. - UTUSAN ONLINE
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jerebu: 6 kawasan Selangor capai IPU tidak sihatSHAH ALAM 11 Sept. - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.
Read more »
Balik Pulau catat IPU tidak sihatPULAU PINANG 11 Sept. - Keadaan berjerebu di negeri ini khususnya di Balik Pulau semakin buruk apabila stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan tersebut direkodkan pada paras tidak sihat iaitu 110 setakat pukul 11 pagi tadi.
Read more »
Rompin catat IPU sangat tidak sihatKUALA LUMPUR 11 Sept. - Daerah Rompin mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan catatan rekod tertinggi IPU berbanding 68 Stesen Pengawasan Udara Automatik lain-lain tempat di seluruh negara.
Read more »
IPU di Pulau Pinang bertambahKUALA LUMPUR 11 Sept. - Dua daripada empat kawasan di Pulau Pinang masing-masing mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 3 petang berbanding satu kawasan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Read more »
2 kawasan sangat tidak sihat, IPU lebih 200DUA kawasan di Rompin, Pahang dan Johan Setia Klang, Selangor mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat masing-masing 223 dan 201 setakat 6 petang hari ini.
Read more »
Jerebu di P. Pinang makin buruk, 2 stesen catat IPU tidak sihatPULAU PINANG 12 Sept. - Keadaan berjerebu di negeri ini bertambah buruk hari ini dengan dua stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) iaitu di Balik Pulau dan Minden, USM masing-masing mecatatkan paras bacaan tidak sihat.
Read more »




