Tandatangan digital berkriptografi elak pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 - Utusan Digital

Malaysia News News

Tandatangan digital berkriptografi elak pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin berkata, sesuatu pembekal aplikasi digital tidak dapat menentukan kesahihan suatu transaksi maklumat digital tanpa penggunaan tandatangan…

PETALING JAYA: Tandatangan digital berkriptografi dijangka menjadi penyelesaian masalah pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera sekali gus dapat mengesahkan sesuatu dokumen berbentuk digital.

Pengarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia , Prof. Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin berkata, sesuatu pembekal aplikasi digital tidak dapat menentukan kesahihan suatu transaksi maklumat digital tanpa penggunaan tandatangan digital berkriptografi. Justeru, katanya, bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang melalui penggunaan sijil vaksinasi Covid-19 aplikasi berkenaan, pentadbir aplikasi perlu melihat semula kerangka pembangunan aplikasi itu dari segi kepatuhannya terhadap Akta Tandatangan Digital 1997 . “Hanya dengan memasukkan mekanisme tanda tangan digital berkriptografi ke dalam aplikasi MySejahtera, pihak berkuasa yang memeriksa sijil vaksinasi Covid-19 boleh dengan yakinnya memberi laluan kepada mereka yang berhasrat untuk merentas negeri pada ketika ini. “Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik yang digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar atau penandatangan sesuatu mesej dan digunakan bagi memastikan sesuatu maklumat adalah betul dan sah di dalam transaksi elektronik. “Berbeza dengan pengetahuan umum yang menyamakan istilah tandatangan digital dengan imej digital tandatangan, tandatangan digital didasari teknologi kriptografi bermatematik yang dipasang pada aplikasi digital menggunakan bahasa pengaturcaraan pilihan pembekal aplikasi,” katanya dalam satu kenyataan. Muhammad Rezal berkata, pembekal aplikasi boleh merujuk kepada Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia bersama pakar kriptografi negara antara tahun 2016-2020 semasa Rancangan Malaysia ke-11 . Untuk rekod, penguatkuasaan tanda tangan digital di Malaysia terletak di bawah ATD1997 yang mempunyai peruntukan untuk mengatur penggunaan tandatangan digital dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Antara lain, tandatangan digital di negara ini dibekalkan melalui sijil digital oleh pihak berkuasa perakuan yang dimandat oleh ATD1997. Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan wujud penjualan sijil vaksinasi selepas seorang pengguna Facebook memuatnaik artikel berkenaan hal tersebut. Kementerian Kesihatan pula mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dalam talian di utara tanah air dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memalsukan sijil vaksin digital di aplikasi MySejahtera. Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 telah mengatakan bahawa tidak akan ada sijil vaksinasi Covid-19 fizikal dan bukti vaksinasi Covid-19 hanya akan tersedia dalam dua bentuk, iaitu sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi yang diberikan di pusat vaksinasi .- UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

JKJAV: 517,692 Covid-19 vaccines administered on Thursday (Aug 19)JKJAV: 517,692 Covid-19 vaccines administered on Thursday (Aug 19)PETALING JAYA: Malaysia administered 517,692 doses of Covid-19 vaccines on Thursday (Aug 19), says the Special Committee on Covid-19 Vaccine Supply (JKJAV).
Read more »

Jangkitan Covid-19 pecah rekod lagi, 23,564 kes hari ini - Utusan DigitalJangkitan Covid-19 pecah rekod lagi, 23,564 kes hari ini - Utusan DigitalEnam negeri mencatatkan kes baharu anatara dua atau tiga digit iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan, Putrajaya dan Perlis, sementara negeri lainnya mencatatkan kes empat digit.
Read more »

China tekankan strategi 'sifar Covid-19' adalah tepat - Utusan DigitalChina tekankan strategi 'sifar Covid-19' adalah tepat - Utusan DigitalRakyat China tidak dapat terima kenyataan perlu 'hidup' dengan Covid-19
Read more »

Duta AS terus bantu Malaysia tangani Covid-19 - Utusan DigitalDuta AS terus bantu Malaysia tangani Covid-19 - Utusan DigitalMenerusi laman web rasmi Kedutaan AS di Malaysia, Duta Besar AS, Brian D. McFeeters telah mengadakan lawatan secara dalam talian.
Read more »

Pasar Awam Tambun Indah pula jadi 'mangsa' Covid-19 - Utusan DigitalPasar Awam Tambun Indah pula jadi 'mangsa' Covid-19 - Utusan DigitalDatuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, ketika ini sebanyak tujuh kes positif dikesan di situ membabitkan seorang peniaga, empat pekerja serta dua kakitangan MBSP sendiri.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 05:50:37