Beyond the Breaking News

Duta AS terus bantu Malaysia tangani Covid-19 - Utusan Digital

Malaysia News News

Duta AS terus bantu Malaysia tangani Covid-19 - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Menerusi laman web rasmi Kedutaan AS di Malaysia, Duta Besar AS, Brian D. McFeeters telah mengadakan lawatan secara dalam talian.

PETALING JAYA: Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di Sabah dalam menggalakkan keselamatan dan kemakmuran Sabah sementara usaha menghentikan penularan Covid-19 terus menjadi keutamaan kedutaan AS di Malaysia.

Menerusi laman web rasmi Kedutaan AS di Malaysia, Duta Besar AS, Brian D. McFeeters telah mengadakan lawatan secara dalam talian. “Covid-19 kekal menjadi keutamaan bagi AS, dan Kedutaan A.S. akan terus membantu Malaysia untuk memerangi pandemik ini. Selain satu juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan kepada Malaysia pada bulan Julai, kerajaan A.S. memberikan RM3.5 juta untuk meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 di Sabah. “Bukan itu sahaja, RM2 juta lagi untuk sumbangan ambulans dan sokongan lain kepada Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Sabah dan Sarawak tahun lalu,” jelasnya dalam kenyataan rasmi itu. Dalam lawatan itu, McFeeters telah melawat Menteri Besar Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hasrat mereka untuk mengukuhkan perkongsian kesihatan awam AS dan Sabah. Turut dibincangkan adalah isu keselamatan negeri Sabah bersama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim. “AS akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di Sabah dalam menggalakkan keselamatan dan kemakmuran Sabah. “Dalam pertemuannya dengan Abang Iskandar, McFeeters menekankan komitmen AS untuk kerjasama keselamatan di Sabah dan membincangkan keutamaan bersama untuk memerangi keganasan, pemerdagangan orang, dan pemerdagangan hidupan liar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

KKM lapor kes sembuh tertinggi hari ini | The Malaysian InsightKKM lapor kes sembuh tertinggi hari ini | The Malaysian InsightMalaysia juga mencatat angka harian dan kes aktif Covid-19 tertinggi.
Read more »

Keluarga Aiman Tino sembuh Covid-19, lebih waspada - Utusan DigitalKeluarga Aiman Tino sembuh Covid-19, lebih waspada - Utusan Digital“Pada peminat Aiman… terima kasih banyak sebab prihatin, InsyaAllah kami akan lebih berhati-hati.'
Read more »

Kardinal percaya ada mikrocip dalam vaksin bertarung nyawa selepas positif Covid-19 - Utusan DigitalKardinal percaya ada mikrocip dalam vaksin bertarung nyawa selepas positif Covid-19 - Utusan DigitalKardinal percaya ada mikrocip dalam vaksin bertarung nyawa selepas positif Covid-19
Read more »

Tiga pesakit Covid-19 lari PKRC - Utusan DigitalTiga pesakit Covid-19 lari PKRC - Utusan DigitalPolis kini sedang mengesan seorang lagi pesakit yang melarikan diri.
Read more »

JKJAV: 517,692 Covid-19 vaccines administered on Thursday (Aug 19)JKJAV: 517,692 Covid-19 vaccines administered on Thursday (Aug 19)PETALING JAYA: Malaysia administered 517,692 doses of Covid-19 vaccines on Thursday (Aug 19), says the Special Committee on Covid-19 Vaccine Supply (JKJAV).
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:46:45