Beyond the Breaking News

Polis konsisten banteras judi, maksiat - Utusan Digital

Malaysia News News

Polis konsisten banteras judi, maksiat - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Bagi membanteras aktiviti maksiat, tindakan melalui Op Noda dijalankan dan menahan 152 individu daripada 41 serbuan atas pelbagai kesalahan hiburan dan maksiat.

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan 929 individu terlibat aktiviti perjudian serta 152 individu di bawah kesalahan hiburan dan maksiat dalam serbuan yang dijalankan sejak Januari lalu hingga semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Suresh Kumar berkata, pihak polis sentiasa konsisten melaksanakan operasi khas bagi membanteras aktiviti itu termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan hingga peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara .

“Sebanyak 1,855 serbuan dilancarkan dan pihak polis menahan 929 individu yang terlibat dengan pelbagai kesalahan perjudian. “Selain itu, sebanyak 23,221 peralatan perjudian seperti telefon bimbit, komputer dan mesin cetak mudah alih serta sejumlah wang turut dirampas dan hampir separuh daripada tangkapan dituduh di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, bagi membanteras aktiviti maksiat, tindakan melalui Op Noda dijalankan dan menahan 152 individu daripada 41 serbuan atas pelbagai kesalahan hiburan dan maksiat. “Kesalahan-kesalahan tersebut juga termasuk pelanggaran prosedur operasi standard di bawah Akta 342 dan Peraturan-Peraturan semasa di bawahnya,” katanya. Tambahnya, pihak polis menasihati agar orang ramai khususnya pengusaha-pengusaha pusat hiburan supaya patuh kepada arahan kerajaan dan undang-undang sedia ada. “Aktiviti ini juga bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi turut menyebabkan risiko penularan Covid-19 meningkat dan pihak polis akan terus konsisten membanteras aktiviti-aktiviti jenayah,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

14 rumah terjejas banjir kilat di Tanjung Rambutan - Utusan Digital14 rumah terjejas banjir kilat di Tanjung Rambutan - Utusan DigitalSementara itu, video keadaan banjir di kawasan kejadian termasuk di Kinding dekat sini dikongsi dalam media sosial Facebook dan WhatsApp yang antara lain merakamkan kenderaan meredah air banjir yang melimpahi jalan berdekatan sebuah stesen minyak.
Read more »

Peserta Felcra Belimbing, Tualak dapat hak milik tapak rumah - Utusan DigitalPeserta Felcra Belimbing, Tualak dapat hak milik tapak rumah - Utusan DigitalMahdzir menambah, terdapat seramai 85 peserta yang menanti sejak sekian lama untuk berita gembira itu dengan mereka akan menerima hak milik tanah kebun getah seluas 4.01 hektar dan satu lot kediaman.
Read more »

Polis serbu pusat hiburan salah guna lesen - Utusan DigitalPolis serbu pusat hiburan salah guna lesen - Utusan DigitalModus operandi premis berkenaan yang menyalahgunakan lesen restoran adalah dengan menjalankan perniagaan makanan restoran pada awal operasi.
Read more »

Peluang bagi wanita bangkit berniaga - Utusan DigitalPeluang bagi wanita bangkit berniaga - Utusan DigitalPeluang bagi wanita bangkit berniaga
Read more »

FDA lulus suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan DigitalFDA lulus suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan DigitalPerkembangan itu sekali gus menjadikan suntikan vaksin Covid-19 pertama bagi kanak-kanak lebih muda di AS.
Read more »

Tujuh samseng jalanan diberkas polis - Utusan DigitalTujuh samseng jalanan diberkas polis - Utusan DigitalEMPAT individu ditahan selepas melakukan aksi memandu kenderaan secara bersaing sesama sendiri serta memotong secara zig zag terhadap kenderaan lain yang menggunakan jalan berkenaan sebanyak lima pusingan,
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:43:57