Peluang bagi wanita bangkit berniaga
SHAH ALAM: Wanita Bangkit Berniaga akan berlangsung pada 26 hingga 28 November ini, menyediakan peluang bagi golongan wanita di negara untuk dibimbing malah mulakan perniagaan masing-masing. Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn.
Bhd. , Radz Mohd. program tersebut bakal memberi peluang kepada peserta memilih produk atau servis yang ditawarkan oleh pemilik dan pengasas perniagaan yang terlibat nanti. Katanya, mereka dapat mulakan bisnes melalui sistem dropship atau ejen dengan modal yang rendah malah ada juga percuma. “Para peserta akan mengetahui bagaimana usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks International mampu bina bisnes berjaya daripada kosong hingga ke tahap hari ini. “Mereka ini juga seperti orang lain di luar sana, daripada pelbagai latar belakang seperti dari keluarga yang susah, seorang suri rumah, ibu tunggal, profesional dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan. Wanita Bangkit Berniaga yang 100 peratus percuma itu telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rina Mohd. Harun merupakan kolaborasi strategik RichWorks International bersama Jabatan Pembangunan Wanita . Tambah Radz, para peserta dalam program itu dapat menyedari potensi dan perubahan yang boleh mereka lakukan melalui pengalaman sebenar usahawan jutawan berkenaan. “Pengalaman mereka ini boleh menjadi inspirasi malah menyakinkan golongan wanita bahawa mereka juga boleh menjana pendapatan secara sampingan mahupun sepenuh masa. “Semua ini berdasarkan bukti yang berjaya dihasilkan daripada latihan dan bimbingan keusahawanan diberikan RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 lagi,” jelasnya. Malahan Radz memberitahu, golongan wanita ini rajin menimba ilmu dan lebih 50 peratus peserta yang menyertai program RichWorks merupakan wanita. “Mereka boleh dikatakan lebih cepat menyaksikan perubahan, transformasi dan hasil peningkatan bila lebih yakin dengan proses lantas melakukan tindakan mengikut apa yang dibimbing. “Hasilnya, anda sendiri boleh lihat pelbagai jenama di negara seperti Nurraysa, Sabella, Faith Fleur, Noir, Eskayvie dan banyak lagi yang lahir daripada ‘institusi pendidikan’ keusahawan RichWorks,” ujarnya. Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, orang ramai terutama golongan wanita boleh melayari laman web www.wanitabangkitberniaga.com. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Undi Cina penentu PRN Melaka? - Utusan DigitalUndi Cina penentu PRN Melaka?
Read more »
Kita pemurah atau mudah tertipu? - Utusan DigitalKita pemurah atau mudah tertipu?
Read more »
Hutan paya bakau benteng hakisan - Utusan DigitalHutan paya bakau benteng hakisan
Read more »
Pembukaan Bazar Karat JB bawa rahmat - Utusan DigitalKami bersyukur kini Bazar Karat Johor Bahru dibuka kembali walaupun dalam keadaan norma baharu. Kami berharap dengan pembukaan ini mampu memberi sinar kepada peniaga untuk melangsaikan hutang mereka yang makin menimbun
Read more »
Bajet 2022 bangunkan ekonomi, buka peluang pekerjaan - Utusan Digital'Di peringkat negeri, kita telah ada rangka dan bincangkan isi bajet itu dalam mesyuarat Exco. Namun, ia belum dimuktamadkan lagi sebab kita mahu lihat dahulu bajet Persekutuan. Sebabnya, kita tidak mahu berlaku pertindihan selain bajet itu nanti akan…
Read more »
Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Utusan DigitalPelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Read more »




