Mahdzir menambah, terdapat seramai 85 peserta yang menanti sejak sekian lama untuk berita gembira itu dengan mereka akan menerima hak milik tanah kebun getah seluas 4.01 hektar dan satu lot kediaman.
PADANG TERAP: Penantian peserta Felcra Belimbing, Tualak dekat sini sejak 40 tahun lalu untuk mendapatkan hak milik tapak rumah kediaman mereka serta tanah kebun, bakal berakhir tidak lama lagi. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, surat hak milik itu dijangka diserahkan kepada peserta pada awal Disember depan.
“Saya nak umumkan satu berita gembira kepada penduduk dan peserta Felcra Belimbing ini iaitu berkenaan dengan masalah geran tanah kebun dan geran tanah kediaman rumah masing-masing akan diperoleh tidak lama lagi. “Saya beri jaminan bahawa geran itu selewat-lewatnya akan dikeluarkan dan diserahkan kepada peserta pada awal Disember ini.” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sembang Santai Keluarga Malaysia Peserta Felcra Belimbing, Tualak di sini hari ini. Mahdzir menambah, terdapat seramai 85 peserta yang menanti sejak sekian lama untuk berita gembira itu dengan mereka akan menerima hak milik tanah kebun getah seluas 4.01 hektar dan satu lot kediaman. “Mereka ini telah menanti sejak sekian lama. Maka kita bersyukur kerana isu ini akhirnya dapat diselesaikan,” katanya. Sementara itu salah seorang penerima manfaat tersebut, Rokiah Kadir, 67, menyifatkan pengumuman tersebut sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya. “Saya telah menjadi peserta Felcra di sini sejak 1981. Bagi saya, pengumuman menteri ini cukup menggembirakan dan amat disyukuri,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
UMNO tentukan kerjasama dengan Pas malam ini - Utusan DigitalMesyuarat itu diadakan sehari selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam majlis pelancaran jentera BN.
Read more »
ASEAN-Rusia wajar perluas kerjasama dalam pelbagai bidang - PM - Utusan DigitalMalaysia optimis hubungan ASEAN-Rusia yang sudah memasuki tiga dekad boleh dikembangkan lagi lebih luas dengan meliputi kerjasama dalam pelbagai bidang besar
Read more »
Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 disalur isu rumah punyai anak lebih 3 orang - Utusan DigitalSelain itu katanya, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.
Read more »
Peminjam PTPTN dapat manfaat Bajet 2022 - Utusan DigitalPTPTN memberitahu, peminjam boleh mendapatkan diskaun bayaran balik pinjaman itu bermula 1 November ini hingga 30 April 2022.
Read more »
Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Utusan DigitalPelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Read more »
14 rumah terjejas banjir kilat di Tanjung Rambutan - Utusan DigitalSementara itu, video keadaan banjir di kawasan kejadian termasuk di Kinding dekat sini dikongsi dalam media sosial Facebook dan WhatsApp yang antara lain merakamkan kenderaan meredah air banjir yang melimpahi jalan berdekatan sebuah stesen minyak.
Read more »




