Peguam negara fail notis rayuan keputusan kes pinda laporan audit 1MDB
JABATAN Peguam Negara memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Najib Razak serta bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. Pada 3 Mac lepas, Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan satu kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya. Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 dan 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntuk hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama, 9 Mac 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perlu bincang sebelum pisah kuasa peguam negara, pendakwa raya, kata menteriAzalina Othman Said berkata perbincangan dengan semua pihak berkepentingan perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana dasar akan dilaksanakan serta jangka masa bagaimana ia dilaksanakan.
Read more »
VSS Utusan: Lantik peguam atau tidak, RM58.46 juta dibayar serentakKUALA LUMPUR: Baki penyelesaian berjumlah RM58.46 juta akan dijelaskan serentak kepada kesemua 639 bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) yang terlibat dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS) tanpa mengambil kira sama ada mereka diwakili peguam atau sebaliknya.
Read more »
Tiada saksi mata lihat rentetan kejadian Darul Quran Ittifiqiyah terbakar - PeguamPUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, tiada saksi mata yang menyaksikan rentetan kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara yang mengorbankan 23 penghuni pusat tahfiz itu, enam tahun lalu.
Read more »
Tengku Zafrul sangkal usaha dapatkan semula dana 1MDB tak telusTengku Zafrul sangkal usaha dapatkan semula dana 1MDB tak telus
Read more »
Azam Baki: MACC instrumental in helping govt recover RM28.93b of 1MDB fundsKUALA LUMPUR, March 8 — Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki said that the agency had so far recovered RM28.93 billion and assets...
Read more »
Ex-Goldman banker Roger Ng raises chronic PTSD before 1MDB sentencingNEW YORK (BLOOMBERG): Roger Ng, the only Goldman Sachs Group Inc banker tried and convicted in the global 1MDB scandal, says he suffers a 'substantial mental health condition” and shouldn’t receive the 15-year prison term sought by prosecutors.
Read more »