Beyond the Breaking News

Lack of Appetite in Children Could Indicate Worm Infections

Health News

Lack of Appetite in Children Could Indicate Worm Infections
Worm InfectionChildren's HealthMalnutrition

Experts warn that a child's lack of appetite may signal a more serious health issue, like worm infections. Public health experts explain how worm infections occur, the ways they spread, and their impact on children's health, including malnutrition and anemia.

IBU bapa sering memandang ringan tentang anak-anak yang tidak mempunyai selera makan kerana menganggap ia sekadar fasa biasa dalam tumbesaran. Namun, tanpa disedari, masalah itu boleh menjadi petanda kepada isu kesihatan yang lebih serius, termasuk jangkitanPakar perubatan kesihatan awam dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia , Prof.

Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, jangkitan cacing berlaku apabila parasit memasuki tubuh manusia dan hidup di dalam usus atau organ lain seperti paru-paru, otak, mata serta otot.“Jangkitan ini boleh berlaku dalam bentuk telur, larva atau cacing dewasa. Kebiasaannya, cacing hidup di dalam usus, namun dalam keadaan tertentu ia boleh bermigrasi ke organ lain, termasuk dalam kalangan kanak-kanak,” katanya kepada Utusan Malaysia. Menurutnya, najis individu yang dijangkiti lazimnya mengandungi telur atau larva cacing dan boleh menjadi punca penularan sekiranya kebersihan tidak dijaga. Penularan boleh berlaku melalui air banjir, persekitaran tercemar dengan najis, serta amalan tidak membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas. “Haiwan ternakan seperti babi, lembu, ikan dan biri-biri juga boleh dijangkiti cacing. Manusia berisiko mendapat jangkitan sekiranya memakan daging mentah atau tidak dimasak dengan sempurna seperti steak separuh masak atau sushi,” jelasnya. Antara jenis jangkitan cacing yang biasa berlaku ialah cacing gelang, cacing cambuk, cacing benang, cacing bulat dan cacing pita.Kehadiran cacing dalam perut dan usus menyebabkan nutrien dalam makanan diserap oleh parasit berkenaan, sekali gus mengurangkan zat yang diperlukan oleh tubuh. “Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak menjadi lemah, pucat, kurang selera makan dan mudah jatuh sakit,” katanya. Dalam kes yang lebih serius, jangkitan cacing boleh menyebabkan kekurangan darah , malnutrisi, penurunan berat badan, sembelit, obstruksi usus, muntah, demam serta cacing keluar melalui mulut atau najis dalam keadaan ekstrem. Katanya, sekiranya cacing berhijrah ke organ lain seperti otak, pesakit boleh mengalami simptom lebih serius seperti sakit kepala berpanjangan, muntah dan sawan.Beliau berkata, jangkitan cacing pada peringkat awal atau ringan mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom, menyebabkan ramai ibu bapa terlepas pandang. “Oleh itu, pemeriksaan lanjut diperlukan seperti ujian darah untuk melihat peningkatan komponen alergi atau eosinofil, ujian immunoassay berkaitan enzim , serta pemeriksaan najis untuk mengesan telur atau larva cacing menggunakan skop,” katanya.Dalam kes tertentu, kehadiran cacing boleh dikesan secara langsung melalui prosedur skop usus atau perut.Menurut Dr. Sharifa Ezat, rawatan antiparasit boleh diberikan kepada pesakit berusia enam bulan ke atas, dengan dos mengikut berat badan dan umur. “Rawatan ini biasanya diberikan setiap enam bulan. Selepas cacing mati, selera makan kanak-kanak akan kembali pulih, bergantung kepada tahap teruk jangkitan,” jelasnya. Katanya, walaupun kadar jangkitan cacing pada masa kini tidak setinggi dahulu, ia masih menjadi masalah di kawasan tertentu. “Jangkitan cacing sangat tinggi disebabkan tahap kebersihan yang rendah, seperti tidak memakai kasut, buang air merata-rata serta ketiadaan sistem kumbahan yang baik dengan jangkitan masih tinggi di kawasan tertentu seperti penempatan Orang Asli dan kawasan dengan kepadatan warga asing,” katanya.Ibu bapa disaran mengambil langkah pencegahan bagi melindungi anak-anak daripada jangkitan cacing. Antaranya termasuk mengelakkan kanak-kanak bermain di air banjir atau kawasan ternakan haiwan, memastikan air minuman dimasak, serta mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bersih sebelum dimakan. “Amalan tidak memakan daging atau ikan mentah juga penting kerana telur atau cacing tidak dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya. Justeru, ibu bapa perlu memantau berat badan anak secara berkala dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya tumbesaran anak terbantut.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Worm Infection Children's Health Malnutrition Lack Of Appetite Parasites

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

China's Lost Children: Decades After Kidnappings, Families Still Search for AnswersChina's Lost Children: Decades After Kidnappings, Families Still Search for AnswersFamilies in China continue to search for children kidnapped during the one-child policy era, fueled by the desire for male heirs and the rampant child trafficking that ensued. Despite the policy's end and recent crackdowns, the legacy of these abductions persists, leaving a deep emotional toll on parents and a demographic imbalance in the country.
Read more »

KL folk lack elected representation, DAP Youth says over mayoral pollsKL folk lack elected representation, DAP Youth says over mayoral pollsWing vice-chief Raja Ahmad Iskandar Fareez says there are only 11 MPs in the capital to handle the constituency needs of 1.98 million people, compared to smaller states which have more elected representation.
Read more »

Sabah’s rights never surrendered: Bimp-EagaSabah’s rights never surrendered: Bimp-EagaKota Kinabalu: Sabahans should reject recent assertions suggesting that the State’s claims over its continental shelf and petroleum resources lack histori
Read more »

Spain to ban children from social platforms like Grok and TikTokSpain to ban children from social platforms like Grok and TikTokFor Chinese New Year 2026, hair trends lean into expressive individuality balanced with polish. Cuts are modern yet wearable, favouring movement, texture and shape over rigidity.
Read more »

Charred remains in Kangkar Pulai: Johor police confirm two adult victims were friends slain alongside childrenCharred remains in Kangkar Pulai: Johor police confirm two adult victims were friends slain alongside childrenJOHOR BAHRU, Feb 4 — Police believe that the two dead adult victims were friends who were killed together before being set ablaze with four others in a house in Kangkar Pulai...
Read more »

New Michael Jackson Documentary Features Unheard Audio Detailing His Views on ChildrenNew Michael Jackson Documentary Features Unheard Audio Detailing His Views on ChildrenA new documentary airing in the UK presents previously unheard audio of Michael Jackson discussing his thoughts on children and his 2005 trial, aiming to go beyond media coverage to analyze fame, race, and the justice system.
Read more »



Render Time: 2026-05-28 06:04:27