Actress Mimi Lana expresses gratitude to Nabila Huda for her support during Lana's early career and shares her perspectives on the entertainment industry, advising newcomers to be resilient, wise, and believe in their rezeki.
PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana mengenang jasa baik aktres versatile, Nabila Huda yang pernah membantunya sewaktu awal pembabitan dalam industri lakonan. Menurut Lana, dia kagum dengan keperibadian pelakon itu yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya meskipun pada ketika itu dirinya masih mentah dan tiada nama.
“Saya ingat lagi 10 tahun lalu ketika saya ceburi bidang ini, Nabila Huda yang saya sentiasa panggil Abil pernah pinjamkan saya satu bagasi besar penuh dengan pakaian musim sejuk sebab saya ada kerja di luar negara. “Zaman itu saya memang tak ada duit, kereta pun belum ada. Dan kebenarannya saya bukan sesiapa ketika itu. Tidak ada nama, tiada tempat tetapi dia sudi membant seorang budak jalanan yang baru mahu kenal dunia industri ini. Dan tidak pernah diuar-uarkan,” katanya di Threads. Kata Mimi, kedatangannya dalam industri lakonan bukanlah daripada latar belakang keluarga yang senang namun bersyukur dirinya sentiasa dikelilingi dengan pelbagai kebaikan. “Saya bukan berasal dari keluarga yang kaya atau berada semasa mula-mula menceburi industri ni. Saya masuk dengan tiada apa-apa. Tiada wang, tiada keistimewaan, tiada perlindungan. “Banyak yang ingin saya sampaikan, tetapi dipendekkan kata, Allah telah memberikan saya lebih banyak nikmat dan kebaikan daripada kesakitan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar, dan saya berpegang pada-Nya setiap hari,” kongsinya. Mimi berkata demikian selepas berpendapat industri seni tanah air tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh sesetengah penggiat seni. “Saya mungkin tidak cukup lama dalam industri ni, tapi apa yang boleh saya katakan industri ini tidak bersih, tetapi ia tidak sekotor seperti yang digambarkan. “Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya sangat percaya, tidak kira apa jenis industri yang anda ceburi, akan sentiasa ada orang baik dan orang jahat. Kita tidak sepatutnya mencemuh yang baik hanya kerana ada yang buruk,” katanya. Dalam hantaran lain, Mimi turutmenitipkan pesanan buat pelapis baharu industri seni tanah air agar sentiasa percaya pada rezeki selain bijak dalam mengendali situasi. “Kepada sesiapa yang baru masuk ke dalam industri ini dan bercita-cita nak jadi pelakon, kena selalu belajar baca situasi, bijak, peramah, sentiasa lakukan yang terbaik dan percaya satu benda yang rezeki tidak pernah salah alamat. “Tak kira apa jenis industri pun, akan sentiasa ada orang baik dan orang jahat. Yang paling penting, kena pandai jaga diri, jaga hati,” ujarnya. Terdahulu, Mimi mengakui terkesan dengan penganiayaan yang pernah dialami pelakon, Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz sepanjang menceburi industri seni seperti yang dikongsikan menerusi sebuah audio siar, baru-baru ini. Mimi menyifatkan isu tersebut bukanlah satu bahan jenaka atau sekadar kandungan media sosial, sebaliknya merupakan satu trauma realiti yang sangat meruntun jiwa.
Mimi Lana Nabila Huda Malaysian Entertainment Industry Advice For Newcomers Kindness
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘His laughter is still fresh’: Granddaughter remembers Tunku Abdul Rahman at 123rd birthdayKUALA LUMPUR, Feb 8 — Datin Sri Sharifah Menyelara Hussein today paid tribute to Malaysia’s founding father, the late Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, her grandfather,...
Read more »
Mimi Lana Expresses Disappointment Over Allegations of Human Trafficking Exploitation in the Entertainment IndustryActress Mimi Lana expresses her sadness and disappointment regarding the revelations made by Puteri Balqish's mother, Norashikin Mohd Aziz, about alleged human trafficking exploitation within the Malaysian entertainment industry. Mimi emphasizes that the issue is not a joke or social media content, but a deeply traumatic reality. She highlights the involvement of influential individuals including a veteran female artist and a politician in the alleged exploitation. Mimi calls for justice and reminds everyone that Malaysia has strict laws against such acts.
Read more »
Pembedahan bukan pilihan saya pulihkan slip discPembedahan bukan pilihan saya pulihkan slip disc - Nabila Huda
Read more »
Isa Samad goes to jail for graft charges, Federal Court rulesThe Park Hyatt Kuala Lumpur's new champagne brunch offers discerning diners a range of premium seafood, luxury cheese, hand-crafted desserts and so much more.
Read more »
