Efektivitas Introspective Journaling: Adalah Salah Satu Kaedah Untuk Kurangkan Rasa Stres Dan Gelisah

Wellness News

Efektivitas Introspective Journaling: Adalah Salah Satu Kaedah Untuk Kurangkan Rasa Stres Dan Gelisah
Introspective JournalingWriting JournalStress Reduction

Introspective journaling, juga dikenal sebagai penulisan muhasabah diri, adalah latihan untuk memahami pemikiran, emosi, tingkah laku, dan motivasi pribadi. Menurut pelakon Mierul Aiman, menulis jurnal dapat membantu muhasabah diri, memeriksa proses mental, emosi, dan kognitif, sekaligus bermanfaat sebagai cara untuk mengatasi masalah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Menulis jurnal merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan untuk mencatat segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian serta sebagai penanda untuk menjejak milestones peribadi.

Namun terdapat juga individu yang menulis jurnal dengan tujuan untuk bermuhasabah diri dengan mencatatkan perasaan yang mereka rasai. Dalam satu sesi Studio Sembang , pelakon Mierul Aiman, yang terkenal dengan lakonannya dalam siri Project: High Council, mendedahkan dia mengamalkan introspective journaling. Dia berpendapat menulis jurnal merupakan satu actor method kerana dapat melakukan muhasabah diri, sekali gus memeriksa proses mental, emosi dan kognitif.

View on Threads Baca Artikel Berkaitan: Kunjungi Cat Cafe, Tulis Jurnal & 5 Lagi Aktiviti Solo Untuk Baiki Mood Anda Baca Artikel Berkaitan: ‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu Apa Itu Instropective Journaling? Introspective journaling atau dikenali juga sebagai penulisan muhasabah diri adalah satu latihan melihat ke dalam diri sendiri bagi memahami pemikiran, emosi, tingkah laku dan motivasi peribadi.

Secara ringkasnya, ia seolah-olah bercakap dengan diri sendiri termasuklah inner child anda, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga membantu seseorang untuk merungkai perasaan kompleks serta mengenal pasti corak tingkah laku. Memetik Medium, ramai pakar psikologi turut menganjurkan penulisan jurnal sebagai satu kaedah psikoterapi, serta bagi mengenali dan muhasabah diri, sekali gus dapat membuatkan seseorang rasa lebih sedar . Kebaikan Introspective Journaling Penulisan yang bertujuan untuk muhasabah diri ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan buat seseorang.

#1. Kurangkan Stres & Rasa Gelisah Kebaikan paling utama adalah membantu dalam mengurangkan tahap stres dan kegelisahan seseorang. Ini kerana tindakan meluahkan perasaan menerusi penulisan sebegini akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta menghilangkan perasaan negatif yang dirasakan. #2.

Mengenali Diri Lebih Mendalam Di samping itu, introspective journaling dapat membantu seseorang untuk mengenal diri dengan lebih mendalam serta membuatkan fikiran jadi lebih jelas.

“Anda boleh memerhatikan apa yang telah anda pelajari, apa yang boleh dilakukan secara berbeza dan sesuatu yang dilakukan dengan sangat betul,” kata Medium. Praktis ini juga dapat membantu anda mengenal pasti corak tingkah laku peribadi. #3. Mempunyai Kesan Positif Terhadap Kesihatan Bukan itu sahaja, pakar psikologi James Pennebaker pada tahun 1980-an mendapati penulisan jurnal dapat membantu seseorang menguatkan sistem imun, serta memproses perasaan sedih dan trauma.

Dalam kajiannya, peserta yang menulis tentang pengalaman trauma setiap hari kurang mendapatkan rawatan, kurang sakit serta fungsi paru-paru dan hati meningkat. Mereka juga lebih berdaya tahan dan menunjukkan prestasi lebih cemerlang di sekolah. #4. Memelihara Memori Seperti mana-mana penulisan atau catatan jurnal, introspective journaling dapat membantu seseorang untuk memelihara memorinya.

Ini adalah perkara yang penting kerana memori sebenar mungkin akan berubah selepas beberapa seketika. Membaca semula pengalaman lama juga membantu anda melihat situasi tersebut daripada perspektif yang lebih segar. #5. Menjejak Milestone Peribadi Di samping itu, introspective jurnaling membantu seseorang untuk menjejak kemajuan atau milestone dirinya.

Ini termasuklah dari segi pemikiran, sistem penilaian dan perspektifnya terhadap sesuatu perkara. #6. Meningkatkan Kemahiran Sosial Bukan sahaja secara intrapersonal, menulis bagi tujuan muhasabah diri turut membantu dalam menguatkan kemahiran sosial seseorang. Ini kerana jurnal akan membantu seseorang untuk berdepan dengan perasaan sendiri, seterusnya mempelajari cara untuk meluahkannya dengan betul.

Keadaan ini akan membuatkan seseorang dapat berkomunikasi dengan lebih jelas dan penuh empati dalam hubungan harian. Baca Artikel Berkaitan: Menulis Guna Tangan Setiap Hari Boleh Mengelakkan Risiko Nyanyuk, Ini Penjelasan Doktor Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

Introspective Journaling Writing Journal Stress Reduction Mental Health Writing As A Therapy

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dua lelaki ada rekod dadah dicekup siasat kes bunuh OKU lembamDua lelaki ada rekod dadah dicekup siasat kes bunuh OKU lembamSeorang suspek bekerja sebagai peniaga pakaian manakala seorang lagi adalah penganggur.
Read more »

Nadma Operasikan Pengairan melalui Operasi Pembenihan Awan untuk Pasienkan Air Empangan, Terpantau Dua Seret DiaNadma Operasikan Pengairan melalui Operasi Pembenihan Awan untuk Pasienkan Air Empangan, Terpantau Dua Seret DiaAgensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di lima lokasi empangan, di mana salah satu lokasi adalah empangan Timah Tasoh di Perlis, empat lokasi di Kedah (Ahning, Pedu, Beris, dan Muda), untuk mengatasi penurunan volume air empangan yang masuk dalam fase waspada dan kritis. Pasukan OPA telah melakukan pembekuan air garam dan memuatkan larutan garam ke pesawat C-130 milik Politeknik Diraja Malaysia Universiti Teknologi MARA.
Read more »

Kerajaan Malaysia Berhasil Makaikan Saluran Kerjasama Strategik dengan Arm LimitedKerajaan Malaysia Berhasil Makaikan Saluran Kerjasama Strategik dengan Arm LimitedAkhmal Nasrullah, Menteri Ekonomi Malaysia, mengumumkan keberhasilan pihaknya dalam menandatangani perjanjian kerjasama strategis dengan Arm Limited untuk mengembangkan cip semikonduktor berjenama 'Made by Malaysia'. Ço emsprangClicked" tujuan utama kerajaan adalah untuk meningkatkan daya saing industri semikonduktor Nasional melalui peningkatan keupayaan bahagian depan industri (front-end) yang melibatkan reka bentuk litar bersepadu (IC design) dalam masa tiga tahun, sambil mengembangkan 10 syarikat tempatan bernilai RM1 hingga RM4,7 bilion
Read more »

‘Ulang tahun UMNO ke-80 tahun adalah kesempatan menyatukan masyarakat Melayu’‘Ulang tahun UMNO ke-80 tahun adalah kesempatan menyatukan masyarakat Melayu’Ulang tahun ke-80 tahun UMNO bukan sekadar angka, sebaliknya perlu melangkah ke hadapan sebagai Rumah Bangsa yang membuka ruang lebih luas kepada seluruh masyarakat Melayu berhimpun bersama.
Read more »



Render Time: 2026-05-11 18:55:26