TV Al-Hijrah reopens its doors to popular preacher and celebrity Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, clarifying that he was never banned but given time to resolve past issues. The Islamic television station introduces two new Hajj-themed programs featuring him, following discussions with religious authorities. CEO Namanzee Harris emphasizes Ustaz Don's significant contributions to the channel and the mutual learning process.
Selepas melalui tempoh kontroversi yang pernah mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat, nama pendakwah bebas dan selebriti terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, kini kembali menjadi perhatian apabila TV AlHijrah tampil membuka ruang untuknya kembali ke kaca televisyen.
Stesen televisyen Islamik itu menegaskan mereka tidak pernah mengenakan tindakan ‘gam’ Ustaz Don, sebaliknya hanya memberi ruang dan masa agar segala isu yang timbul sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik, termasuk pertemuan pendakwah ini bersama pihak berkuasa agama. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan,Namanzee Harris, Ustaz Don merupakan antara figura penting yang banyak menyumbang kepada perkembangan stesen televisyen itu sejak awal penubuhannya, justeru dakwaan kononnya beliau disisihkan adalah tidak benar.
Malah, kemunculan semula Ustaz Don pada musim haji tahun ini dilihat sebagai langkah tepat untuk mengembalikan kegemilangannya sebagai antara pendakwah televisyen paling berpengaruh di negara ini. Al-Hijrah yang tampil dengan tema musim haji tahun ini, Arafah: Puncak Munajat dan Harapan, bakal memperkenalkan dua program baharu bersama Ustaz Don iaitu Labbaikallah Talbiyah Haji Bersama Ustaz Don yang akan disiarkan setiap hari serta Refleksi Haji Ustaz Don.
Pihak pengurusan menjelaskan, keputusan membawa semula pendakwah terkenal itu dibuat selepas melalui perbincangan teliti termasuk dengan pihak berkuasa agama seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia .
“Ustaz Don adalah seseorang yang kami sangat hargai sumbangannya kepada TV Al-Hijrah sejak awal lagi. Video-video lama beliau pun masih tular sehingga hari ini. Saya yakin ini adalah proses pembelajaran dan kematangan untuk beliau dan juga untuk media seperti TV AlHijrah.
“Beliau sebenarnya tidak pernah ‘digam’ oleh masyarakat atau TV Al-Hijrah. Kami cuma memahami bahawa setiap isu memerlukan tempoh bertenang. Apabila tempoh itu sudah selesai dan beliau sendiri telah bertemu dengan institusi agama, segalanya dipermudahkan,” katanya. Menurutnya lagi, pihaknya sendiri menantikan kepulangan Ustaz Don kerana stesen itu dianggap sebagai ‘rumah asal’ buat pendakwah tersebut.
“Harapan kami sangat tinggi kerana TV AlHijrah adalah ‘rumah’ asal Ustaz Don. Selepas beliau melalui ujian tersebut, kami mendoakan yang terbaik dan merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk beliau kembali.
“Beliau telah mendapat restu daripada pihak berkuasa agama seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan juga JAKIM. Inilah sebabnya kami berani untuk memaklumkan kepada rakan media setelah mendapat kelulusan daripada semua pihak,” jelasnya. Tambah Namanzee lagi, keyakinan untuk membawa semula Ustaz Don juga lahir daripada kesediaan pendakwah itu sendiri untuk berdepan dengan isu lalu secara matang dan terbuka.
“Semasa perbincangan dengannya, kami menyatakan bahawa beliau perlu bertemu dengan pihak berkuasa terlebih dahulu. Sebelum ini pun beliau memang sudah bertemu. Apabila bertemu dengan Mufti Wilayah, terdapat pesanan-pesanan daripada Mufti dan juga daripada Ketua Pengarah JAKIM.
“Jadi, kali ini saya percaya TV Al-Hijrah yakin bahawa pengalaman yang beliau lalui sebelum ini pasti akan mematangkan semua pihak. Insya-Allah, beliau akan muncul dengan versi Ustaz Don yang terbaik,” katanya lagi. Menariknya, pertemuan untuk membawa semula Ustaz Don berlaku secara spontan apabila pendakwah itu sendiri menghubungi pihak stesen untuk berbincang mengenai beberapa program. Bagaimanapun, pihak Al-Hijrah mengambil peluang tersebut untuk terus mengajak beliau kembali secara rasmi.
“Pada mulanya, Ustaz Don menghubungi untuk bertanyakan pandangan mengenai beberapa program tanpa niat untuk mencadangkan apa-apa kepada TV Al-Hijrah. Namun, saya sendiri yang bertanya kepadanya, ‘Ustaz, jika ada perancangan, mengapa tidak bersama kami? ’ “Selepas itu, kami terus mengadakan mesyuarat. Semuanya berlaku dengan pantas kerana ada keikhlasan dan kejelasan.
Yang penting adalah keberanian untuk menyelesaikan kekusutan dengan berhadapan dengan isu tersebut, bukan melarikan diri,” ujarnya. Selain dua program khas musim haji, TV Al-Hijrah turut memberi bayangan bahawa lebih banyak perancangan akan disusun bersama Ustaz Don selepas beliau selesai menunaikan ibadah haji sebagai mutawif. Selain itu, variasi program sempena musim Haji juga bakal disiarkan di saluran Al-Hijrah.
Antaranya termasuk Kisah Mutawif bersama Ustaz Izzhar Nazr, Munajat Arafah, Khutbah Arafah 2026 yang akan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Senator Dr. Zulkifli Hasan, Peristiwa Hari Tasyrik serta rancangan pagi popular Assalamualaikum.
Ustaz Don Daniyal TV Al-Hijrah Hajj Programs Islamic Preacher Controversy Resolution
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
James Chai Returns to MACC for Second Day of Questioning in RM1.1 Billion Semiconductor ProbeFormer aide to Datuk Seri Rafizi Ramli, James Chai, attends a second day of statement recording at the MACC headquarters, linked to an investigation into alleged irregularities involving a RM1.1 billion semiconductor project and UK-based ARM Holdings Plc.
Read more »
Former Rafizi aide returns to MACC for ongoing probe into RM1.1 billion dealChai Jin Shern, a former aide to Datuk Seri Rafizi Ramli, is back at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters to continue his statement regarding an investigation into a RM1.1 billion agreement between the Malaysian government and a UK-based semiconductor company. The probe follows complaints of rushed negotiations, financial implications, and potential conflicts of interest.
Read more »
Man duped by Facebook investment scam promising returns of up to 750pc, loses RM610,000MUAR, April 29 — A businessman lost RM610,000 after falling victim to a non-existent investment scheme that promised unusually high returns.Muar district police chief ACP Raiz...
Read more »
Controversy Surrounds Special Edition U.S. Passport Featuring Donald Trump's ImageThe U.S. State Department's plan to include former President Donald Trump's image in a special edition passport for the 250th anniversary of the Declaration of Independence has sparked debate, raising questions about the politicization of national symbols.
Read more »
IGP urges calm amid Negri Sembilan controversyKUALA LUMPUR: The ringgit opened lower against the US dollar and was mixed against other currencies, as support from firmer oil prices was offset by broad dollar strength and cautious positioning following the US Federal Reserve (Fed)'s rate decision.
Read more »
US returns 657 artefacts worth US$14mil to IndiaKUALA LUMPUR: The ringgit opened lower against the US dollar and was mixed against other currencies, as support from firmer oil prices was offset by broad dollar strength and cautious positioning following the US Federal Reserve (Fed)'s rate decision.
Read more »
