Temiar Students Create History with Traditional Orang Asli Robotics System

Education News

Temiar Students Create History with Traditional Orang Asli Robotics System
Orang AsliTemiarSekolah Kebangsaan Sri Permai

Three Temiar students from Sekolah Kebangsaan Sri Permai have made history by developing a robotic system within a traditional Orang Asli home. The project, named Dekatemiar, includes automated door opening, lighting, and plant watering, inspired by the traditional lifestyle challenges faced by the Orang Asli community.

Tiga orang murid Orang Asli suku kaum Temiar Sekolah Kebangsaan Sri Permai di sini mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menghasilkan sistem robotik dalam rumah tradisional Orang Asli . Projek pembukaan pintu, lampu, tempat menyidai pakaian dan kawasan siraman pokok itu dilaksanakan oleh Romzi Anjang dan Siti Saleha Masri masing-masing berusia 12 tahun dan Mekrenik Rabu, 11.

Guru pembimbing dalam projek itu, Ahmad Najmuddin Jaafar berkata, idea projek yang diberi nama Dekatemiar itu tercipta selepas tiga muridnya melihat kesusahan hidup ibu bapa Orang Asli yang masih hidup secara tradisional. “Dekatemiar itu membawa maksud Rumah Temiar iaitu suku kaum Orang Asli di sini. Di dalam rumah itu kami masukkan satu sistem robotik untuk membuka pintu, menyalakan lampu dalam rumah dan menyiram tanaman di sekitar rumah.“Rumah yang dibina terdiri daripada bahan semula jadi dan modelnya adalah rumah tradisi Orang Asli yang atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala bahagian dinding pula dinamakan anyaman klara,” katanya. Ahmad Najmuddin memberitahu, pihaknya sudah menerima surat jemputan daripada International Robot Olympiad Committee untuk menyertai pertandingan International Robot Olympiad di Busan, Korea Selatan bermula 17 Februari hingga 21 Februari tahun depan. Katanya, persiapan sedang giat dilakukan untuk memperkemaskan lagi model rumah robotik itu bagi membawa ke peringkat antarabangsa. “Kejayaan yang dirangkul murid-murid itu antaranya meraih naib juara robotik di Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Kebangsaan dan tempat ketiga RBTX Challenge 2024 Kebangsaan kategori Indigenous Culture and Technology anjuran Petrosains. “Terbaharu, murid di sekolah kami akan mewakili negara ke International Robot Olympiad 2024/2025 yang berlangsung pada 16 hingga 21 Januari 2025 untuk kategori Innovation,” katanya. Tambahnya, pihak sekolah juga sedang berusaha bagi mendapatkan sumbangan sebagai persediaan untuk kami ke Korea Selatan pada tahun depan. “Pihak kami berharap ada pihak atau badan bukan kerajaan dapat membantu menyalurkan sumbangan untuk persiapan dan perbelanjaan murid Orang Asli. “Kami yakin tiga murid ini akan mencipta kejayaan dan berjaya mengharumkan nama sekolah serta keluarga murid Orang Asli,” katanya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Orang Asli Temiar Sekolah Kebangsaan Sri Permai Robotics Traditional Home

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Aid packages sent to Orang Asli in remote areas ahead of northeast monsoonAid packages sent to Orang Asli in remote areas ahead of northeast monsoonSINGAPORE: A 16-year-old girl was among 112 suspected drug offenders who were nabbed in an islandwide anti-drug bust, said the Central Narcotics Bureau (CNB) in a statement on Monday (Oct 28).
Read more »

Health Ministry forms two committees to improve Orang Asli healthHealth Ministry forms two committees to improve Orang Asli healthJAKARTA (Reuters) - Tech giant Apple Inc will not be allowed to sell its iPhone 16 smartphones in Indonesia because they have not met the country's rules on the use of locally made components, the industry ministry said.
Read more »

Taiping High Court upholds Orang Asli land rights in Gerik, limits claims to core settlement areaTaiping High Court upholds Orang Asli land rights in Gerik, limits claims to core settlement areaTAIPING, Oct 29 — The Taiping High Court has ruled in favour of the Orang Asli Temiar tribe from Kampung Tasik Asal Cunex, recognising their customary community rights to land in...
Read more »

Sekolah kabin di perkampungan Orang AsliSekolah kabin di perkampungan Orang AsliSekolah atau rumah kabin lebih mesra alam, murah dan cepat dengan gunakan tenaga solar sebagai sumber boleh diperbaharui dan jimatkan kos.
Read more »

Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeriOrang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeriKUALA KANGSAR: Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan neg...
Read more »

This Fun Jungle School In KL Takes You Trekking, Teaches Orang Asli Survival Skills & MoreThis Fun Jungle School In KL Takes You Trekking, Teaches Orang Asli Survival Skills & MoreEscape the city and reconnect with nature!
Read more »



Render Time: 2026-04-18 02:48:42