Malayan Cement Bhd. is expected to record a slight decline in its third quarter earnings, mainly influenced by a surge in coal prices despite a rise in output of cement
PETALING JAYA: Prestasi kewangan Malayan Cement Bhd. bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir Jun 2026 dijangka mencatatkan penurunan sedikit, terutamanya dipengaruhi oleh lonjakan kos arang batu meskipun jumlah pengeluaran simen menunjukkan peningkatan.
RHB Research berkata, firma itu menganggarkan keuntungan bersih teras syarikat berada dalam julat RM200 juta hingga RM230 juta bagi suku tersebut, mewakili kejatuhan sekitar lima hingga 15 peratus secara suku ke suku. Menurutnya, bagi tempoh terkumpul sembilan bulan FY26, pendapatan Malayan Cement diunjur mencecah antara RM645 juta hingga RM669 juta.
“Walaupun pengeluaran simen meningkat sekitar sembilan peratus suku ke suku, kesan positif itu telah diimbangi oleh lonjakan kos bahan api utama iaitu arang batu. “Harga rujukan arang batu Newcastle dan Rotterdam meningkat sekitar 12 hingga 15 peratus suku ke suku kepada paras AS110 hingga AS120 satu tan yang memberi tekanan kepada margin keuntungan,” katanya dalam nota penyelidikan.
Bagaimanapun, RHB Research berkata, impak kenaikan kos tersebut masih agak terhad dalam jangka pendek kerana syarikat masih menggunakan inventori arang batu pada kos lebih rendah sehingga Mei 2026. Namun begitu, tekanan kos berkenaan dijangka menjadi lebih ketara memasuki suku keempat tahun kewangan 2026 apabila kos input baharu mula diserap sepenuhnya oleh syarikat.
Mengulas mengenai sumber bahan api, arang batu yang digunakan oleh Malayan Cement dari Indonesia mempunyai kualiti tenaga yang lebih rendah berbanding sumber lain, namun harganya yang lebih murah membantu mengurangkan kesan kenaikan harga arang batu di pasaran global. Dalam masa yang sama, kerajaan Indonesia dijangka meningkatkan pengeluaran arang batu pada tahun ini, sekali gus berpotensi mengekalkan keadaan lebihan bekalan dalam pasaran dan mengehadkan kenaikan harga secara berterusan.
Firma penyelidikan itu turut memberi amaran bahawa setiap kenaikan AS$10 satu tan dalam harga arang batu boleh mengurangkan keuntungan syarikat sekitar lima hingga enam peratus setahun serta menekan margin perolehan sebelum faedah dan cukai sebanyak kira-kira 130 mata asas.
“Bagaimanapun, pengurangan rebat simen kepada sekitar RM20 satu tan berbanding RM70 sebelum ini dilihat membantu mengimbangi sebahagian daripada tekanan kos tersebut. “Dari sudut asas perniagaan, Malayan Cement kekal mendapat manfaat daripada kedudukan dominan dalam industri serta kelebihan skala ekonomi yang membolehkan kecekapan kos yang lebih baik,” katanya.
Saham syarikat itu kini didagangkan pada sekitar 10 kali nisbah harga kepada pendapatan bagi tahun kewangan 2027, iaitu lebih rendah berbanding purata sejarah sekitar 13 kali, sekali gus menyaksikan ia masih menarik dari sudut penilaian pasaran. RHB Research mengekalkan saranan ‘Beli’ ke atas saham Malayan Cement dengan harga sasaran tidak berubah pada RM9.80 sesaham, mencerminkan potensi kenaikan sekitar 47 peratus.
Meskipun begitu, firma itu mengingatkan antara risiko utama kepada prospek syarikat termasuklah kenaikan berterusan kos bahan mentah serta kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi yang lebih meluas. -UTUSAN
Malayan Cement Third Quarter Earnings Coal Prices Cement Output RHB Research
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Prominent lawyer mourns son killed as Volkswagen collides with cement lorry on Karak HighwaySHAH ALAM, May 23 — The father of one of the three victims who died in a crash involving a cement lorry at Kilometre 34 of the Karak Highway heading towards Kuala Lumpur earlier...
Read more »
FMM backs Rahmah Cement expansion to boost affordable housingHANOI: The Vietnam Government has issued Decree No.
Read more »
Sabah maintains carbon-negative status, expands forest projectsAmirudin came close to resigning as Mentri Besar after grappling with a series of issues but another potential bombshell lies ahead for Pakatan.
Read more »
Bursa Malaysia poised to trade with slight uptrend next weekInvestor confidence in Bursa Malaysia is expected to improve next week, possibly bolstered by stronger earnings reports and increased optimism surrounding artificial intelligence. The recent market pullback may lead to bargain-hunting activities, especially in defensive and high-dividend sectors.
Read more »



