Beyond the Breaking News

Johor Darul Ta'zim Berhadepkan Kuching City FC dalam Final Piala Malaysia

Sports News

Johor Darul Ta'zim Berhadepkan Kuching City FC dalam Final Piala Malaysia
Piala MalaysiaJohor Darul Ta'zimKuching City FC

Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan trofi Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, sebentar tadi. Kekalahan itu tidak diraih dengan mudah oleh anak buah Xisco Munoz kerana The Cats memberikan tentangan sengit sebelum kedua-dua gol Harimau Selatan terhasil pada babak-babak terakhir perlawanan.

AKSI Johor Darul Ta'zim berdepan Kuching City dalam aksi final Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, sebentar tadi. KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan trofi Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah oleh anak buah Xisco Munoz apabila The Cats memberikan tentangan sengit sebelum kedua-dua gol Harimau Selatan terhasil pada babak-babak terakhir perlawanan. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi terbaik pada awal permainan dengan peluang JDT hadir seawal minit kelapan menerusi Marcos Guilherme yang hampir membuka tirai jaringan, namun, percubaannya dinafikan pertahanan The Cats.

Tiga minit kemudian, Bergson Da Silva berjaya meledak jaringan untuk JDT, namun gol berkenaan dibatalkan pengadil selepas pengadil mengesan berlaku kekasaran terhadap pertahanan Kuching City. Pada minit ke-19, Ramadhan Saifullah memperoleh peluang keemasan untuk meletakkan Kuching City di hadapan menerusi hasil hantaran silang Joao Pedro, namun percubaannya sedikit tersasar. Bersambung babak kedua, anak buah Munoz tampil dengan corak permainan yang lebih agresif menekan lawan untuk mencari gol pembukaan, namun disiplin tinggi pertahanan Kuching city menafikan setiap gerakan JDT.

Pada minit ke-61, Kuching City berpeluang mengubah skrip perlawanan apabila Ramadhan Saifullah dijatuhkan di dalam kotak penalti, namun pemain itu gagal memanfaatkan peluang keemasan apabila sepakan leretnya tersasar di sebelah kanan gawang. Tersentak dengan tekanan Kuching City, JDT yang juga juara Liga Super musim 2025/2026 itu memperkemaskan rentak permainan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi penyudah kemas Marcos Guilherme, sekali gus meletakkan JDT di hadapan 1-0.

Pemain gantian, Arif Aiman Hanapi yang kembali beraksi selepas berehat panjang hampir bulan akibat kecederaan membuktikan dirinya ‘tidak berkarat’ apabila meledak gol kedua untuk JDT. Pada masa kecederaan, seorang lagi pemain gentian, Stuart Wilkin berjaya meledak jaringan, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid dan selepas itu tiada tambahan jaringan dengan kedudukan 2-0 itu kekal sehingga ke wisel penamat untuk JDT menjulang trofi Piala Malaysia.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menempa satu lagi sejarah baharu apabila menjadi satu-satunya pasukan Liga Malaysia ‘quadruple’ buat empat musim berturut-turut. - UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Piala Malaysia Johor Darul Ta'zim Kuching City FC Final Trofi Keempat Xisco Munoz The Cats TM Stadium Nasional Marcos Guilherme Bergson Da Silva Ramadhan Saifullah Joao Pedro Kekalahan Peluang Emas Corak Permainan Disiplin Tinggi Peluang Keemasan Penyudah Kemas Arif Aiman Hanapi Stuart Wilkin Kedudukan 2-0 Kekalahan Skuad Harimau Selatan Liga Malaysia Quadruple

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor: Penolakan terhadap Kes Cabul Murid di JohorJabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor: Penolakan terhadap Kes Cabul Murid di JohorJPN Johor, dinasihatkan warganet untuk segera melaporkan kejadian serupa, agar pemeriksaan dan tindakan tegas dapat diambil pihak berwenang.
Read more »

Kuching City FC Aim to Cause Upset Against JDT FC in Piala Malaysia 2025/2026 FinalKuching City FC Aim to Cause Upset Against JDT FC in Piala Malaysia 2025/2026 FinalKuching City FC is ready to showcase their maximum performance to challenge the defending champion Johor Darul Ta'zim in the Piala Malaysia 2025/2026 final
Read more »

Malaysia Cup final: Johor Darul Ta'zim face off against Kuching City in electrifying AtmosphereMalaysia Cup final: Johor Darul Ta'zim face off against Kuching City in electrifying AtmosphereKUALA LUMPUR, MALAYSIAN FOOTBALL
Read more »

Johor Darul Ta'zim Win Malaysia Cup, Fourth Straight QuadrupleJohor Darul Ta'zim Win Malaysia Cup, Fourth Straight QuadrupleJohor Darul Ta'zim (JDT) have lifted their sixth Malaysia Cup title after beating Kuching City 2-0 in the final. The Cats had their chances to win the game, but were not clinical enough, whereas the Southern Tigers showed efficiency was enough to win the tie. In the 60th minute, Kuching were awarded a penalty after Ramadhan Saifullah was fouled by La'vere Corbin-Ong, but Ramadhan, having a poor game, missed his penalty by placing it wide. JDT eventually broke the deadlock in the 80th minute when Brazilian winger Marcus Guilherme scored with a superb finish from the left. Arif Aiman Hanapi, on his return after a time out due to injury, got the second in injury time with a superb finish from outside to complete a glorious night for JDT. The win was JDT's fourth consecutive Malaysia Cup title and their fourth straight quadruple of the season, where they have snagged all four domestic titles - the Super League, FA Cup, Malaysia Cup and the Charity Shield.
Read more »



Render Time: 2026-05-23 18:53:05