Beyond the Breaking News

Isteri Minta Kasihan: Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tali Bot Terputus

Kejadian News

Isteri Minta Kasihan: Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tali Bot Terputus
KemalanganTali BotLatihan Kecemasan

Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, isteri kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan tali bot terputus ketika latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang, berkongsi kisah duka suaminya. Dia berkata, kali terakhir bertemu suaminya adalah Ahad lalu sebelum mangsa kembali bertugas di Katanya, suaminya dijadual pulang pada 1 Jun ini dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik atau meninggalkan pesanan terakhir.

NURKHAERYNA Dhania Azreen Khairil Azri menunjukkan gambar arwah suaminya yang terlibat dalam nahas kemalangan melibatkan tali bot yang terputus ketika latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahan ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nir Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu.

-UTUSAN/PUQTRA HAIRRYKUALA TERENGGANU: "Pagi tadi arwah ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu tidak sabar nak balik rumah dan selalu cakap mahu kumpul cuti untuk temankan saya berpantang.

" Demikian luahan Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, isteri kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan tali bot terputus ketika latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang, hari ini. Menurutnya, dia menerima panggilan daripada pihak syarikat suaminya berkerja kira-kira pukul 4 petang memaklumkan Muhammad Faezuan Hakim terlibat dalam kemalangan namun ketika itu belum dapat dipastikan keadaan sebenarnya.

"Saya kemudian hubungi rakan-rakannya dan mendapat tahu suami meninggal dunia sebelum mereka memaklumkan perkara itu kepada ibu saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, malam ini. Nurkhaeryna Dhania yang tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata, sebaik sahaja menerima berita tersebut, dia bergegas ke Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira pukul 7 malam.

Dia yang sedang hamil tujuh bulan anak kedua berkata, kali terakhir bertemu suaminya adalah Ahad lalu sebelum mangsa kembali bertugas di Katanya, suaminya dijadual pulang pada 1 Jun ini dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik atau meninggalkan pesanan terakhir.

"Malam semalam kami sempat bercakap melalui panggilan video sebelum dia tidur kira-kira pukul 10 malam. Pagi tadi pula dia mesej saya sekitar pukul 7 pagi dan cakap tidak sabar nak balik rumah, tetapi selepas saya balas mesej itu dia sudah tidak memberi sebarang respons," katanya. Terdahulu, tiga pekerja sebuah syarikat perkapalan dilaporkan maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan tali bot yang terputus ketika menjalani latihan kecemasan di perairan sempadan Terengganu-Pahang, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terlibat dalam latihan kecemasan sebelum tali bot yang digunakan tiba-tiba terputus sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Kemalangan Tali Bot Latihan Kecemasan Terengganu-Pahang Syarikat Perkapalan

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Letshanaa sasar kekal di kelompok 32 terbaik duniaLetshanaa sasar kekal di kelompok 32 terbaik duniaKUALA LUMPUR: Mengekalkan kedudukan dalam kelompok 32 terbaik dunia menjadi sasaran utama pemain perseorangan wanita No. 1 negara
Read more »

Djokovic desak Grand Slam dengar suara pemainDjokovic desak Grand Slam dengar suara pemainPARIS: Bekas pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic mendesak Grand Slam mendengar suara pemain tenis dunia bagi mengelak sukan itu terus
Read more »

48 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 202648 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 202648 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 2026
Read more »

Atlet ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah di padangAtlet ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah di padangSeorang pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika menjalani sesi latihan di Padang Bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.
Read more »

Pepper Western, Ruma.Pasta bukti kegigihan Hanim dan suamiPepper Western, Ruma.Pasta bukti kegigihan Hanim dan suamiBERMULA dengan menjual laksa ketika tempoh PKP, pasangan ini berjaya buka makanan Barat iaitu Pepper Western dan Ruma.Pasta
Read more »

Bagan Serai: 2 Diu Mati, 1 Dijejer Ayam di Jalan Taiping-Bagan SeraiBagan Serai: 2 Diu Mati, 1 Dijejer Ayam di Jalan Taiping-Bagan SeraiBagan Serai : Dua Orang Meninggal Dunia, 1 Diju Malu di Perbadanan Taiping-Bagan Serai
Read more »



Render Time: 2026-05-24 17:39:43