Beyond the Breaking News

Tips for Raising Kids Without Video Games

Parenting News

Tips for Raising Kids Without Video Games
Raising Children Without Video GamesTips For Raising Kids Without Video GamesCold Turkey Method For Separating Children Fro

This article provides guidance on how to raise children without video games, even for parents who have already introduced them to children.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kanak-kanak pada masa kini telah didedahkan kepada gajet sejak kecil lagi.

Sama ada telefon pintar, televisyen mahupun tablet, sebenarnya terdapat kesan buruk kepada perkembangan kanak-kanak sekiranya mereka dibiarkan menggunakan gajet secara berterusan dan tanpa pemantauan. Namun buat ibu ayah yang sudah terlanjur perkara ini, jangan risau. Ada caranya untuk didik anak hidup tanpa menggunakan gajet. Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game Baca Artikel Berkaitan: Anak Kerap Tonton Skrin?

Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’ Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Gangguan Mental” – Pakar Dedah Bahaya Anak Main Game Guna Gajet Tanpa Pantauan Pisahkan Anak Dengan Gajet Secara ‘Cold Turkey’ Salah satu kaedah untuk pisahkan anak dengan gajet adalah secara cold turkey. Maknanya ibu ayah kena halang anak main gajet sepenuhnya dan tidak mengalah pada permintaan mereka. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Threads , walaupun cara ini agak kasar namun ia kebiasaannya lebih berkesan.

Namun dia berkata ibu ayah perlulah tegas dan terus menghentikan penggunaan gajet anak. Jangan berikan sebarang rundingan atau bagi gajet sekejap kononnya tak mahu anak menangis. Anak Akan Mengamuk Pada Mulanya, Ibu Ayah Jangan Mengalah! Katanya apabila anak tidak dibenarkan guna gajet, pada mulanya mereka pasti akan mengamuk.

Tantrum, menangis, marah. Semuanya tingkah laku biasa apabila anak tidak dibenarkan lagi membuat sesuatu yang dilakukan olehnya. Ibu ayah juga perlu menyembunyikan gajet kerana mereka pasti akan mencari telefon pintar dan tablet untuk digunakan. Jangan tak tahu, ada kanak-kanak kecil yang sudah pandai sorok kesalahan dari mak ayahnya tau.

Corak tidur anak juga mungkin akan kelihatan sedikit pelik seperti sukar tidur, sering terjaga atau mengingau. Namun katanya ini semua perkara normal sementara menjalankan kaedah cold turkey tersebut kerana otak anak sedang mencari stimulasi atau dopamin dari penggunaan gajet. Jangan Beri Gajet Hanya Kerana Tantrum, Boleh Jadi Lagi Sukar Untuk Hentikan Penggunaanya Walaupun si kecil tantrum, ibu ayah diingatkan agar jangan beri mereka gajet sama sekali.

“Ramai ibu ayah kalah kat sini. Hari kedua anak mengamuk, terus bagi balik gajet sebab kesian,” katanya. Namun dia mengingatkan ibu ayah bahawa perkara ini akan membuatkan anak ‘belajar’ bahawa mereka boleh mendapatkan semula gajet hanya dengan tantrum, dan boleh menjadikan kaedah ini lebih sukar untuk berjaya. Anak Akan Mula Ubah Tingkah Laku Selepas Beberapa Hari Tak Guna Gajet Sebaliknya, ibu ayah perlu konsisten sebelum mula melihat perubahan dalam diri anak selepas beberapa hari.

Katanya, antara perubahan yang berlaku setelah anak tidak diberikan gajet termasuk: Namun dalam masa sama, janganlah dibiarkan sahaja si kecil setelah anda merampas gajet daripada mereka. Selama ini sudah terlalu bergantung kepada gajet, tiba-tiba anda biarkan mereka tanpa sebarang hiburan. Sudah tentu si kecil akan berasa bosan! Sebaliknya, gantikan dengan perkara lain seperti: Boleh juga ajak anak untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah seperti meletakkan baju ke dalam mesin basuh, menyiram pokok bunga dan mengemas bilik.

Dalam masa sama, dia mengingatkan bahawa antara cabaran utama cold turkey bukanlah sikap anak semata-mata, tetapi juga tingkah laku ibu ayah. Ibu ayah perlu lebih berinteraksi dengan anak-anak yang tidak lagi bergantung kepada gajet bagi hiburan. Malah jika ibu ayah pun menggunakan gajet 24/7 di hadapan anak, sudah tentulah perkara itu akan menjadi ikutan.

View on Threads Ibu Ayah Perlu Hadkan Penggunaan Gajet Buat Anak-Anak Menurut artikel dalam Today’s Parent, seorang ibu berkongsi dia telah menghentikan anak-anaknya daripada menggunakan gajet secara cold turkey selama dua minggu. Selepas perkara itu berjaya, dia kemudiannya meletakkan had penggunaan gajet untuk anak-anak yang mungkin boleh menjadi contoh buat ibu ayah di luar sana.

Bagi keluarganya, dia hanya membenarkan anak-anak menggunakan gajet satu jam selepas balik dari sekolah pada hari Jumaat, serta pada pagi Sabtu dan Ahad sehingga 10am sahaja. Katanya, anak-anak tidak meminta gajet pada waktu lain kerana sudah memahami dengan peraturan yang ditetapkan. Sediakan Peralatan Untuk Anak Apabila Keluar Untuk Elak Penggunaan Gajet Selain di rumah, ibu ayah juga perlu bersiap sedia untuk mengisi kebosanan anak ketika bawa mereka keluar.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, ibu ayah boleh membawa peralatan agar anak menggunakannya, lebih-lebih lagi ketika tempoh menunggu seperti di kedai makan. Bukan hanya mainan, antara perkara lain yang boleh dibawa termasuk buku cerita, alat tulis atau mewarna dan permainan papan yang mudah. Tapi kalau ibu ayah terlupa bawa sesuatu, carilah topik ringkas untuk bersembang dengan mereka. Sama ada bertanya tentang sekolah, imaginasi mereka atau keadaan sekeliling, anak-anak pasti teruja untuk berkongsi POV mereka!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Nintendo Switch Untuk Anak, Atasi Masalah Si Kecil Leka Dengan Telefon Pintar Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

Raising Children Without Video Games Tips For Raising Kids Without Video Games Cold Turkey Method For Separating Children Fro Hiding Video Games To Prevent Children From Ac Tantrums And Crying When Children Are Not Allo

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysian Mechanic Accused of Possessing Weapons Without LicenseMalaysian Mechanic Accused of Possessing Weapons Without LicenseA Malaysian mechanic has been accused of possessing weapons without a license in a court in Baling, Malaysia. The accused, Mohd. Shahifuldin Mohd. Shahiran, 46, made a plea of not guilty in the court. He is charged with three counts of possessing pistols without a license, one count of possessing a pistol without a license, and two counts of possessing lathars (a type of slingshot) without a license.
Read more »

Seasoned hikers share tips on staying safeSeasoned hikers share tips on staying safeNEW YORK, May 13 (Reuters) - GameStop CEO Ryan Cohen told eBay's board on ⁠Wednesday that they should not reject his $56 billion takeover proposal and ‌the e-commerce company's shareholders deserve a chance to evaluate it.
Read more »

Ryan Cohen says eBay directors should not dismiss his proposal without engaging on its substanceRyan Cohen says eBay directors should not dismiss his proposal without engaging on its substanceMALAYSIA has roughly two types of parking: shaded spots that everyone fights over and the vast, sun-blasted open-air car parks that most people end up in.
Read more »

Altman testifies about ‘hair-raising’ OpenAI chat with MuskAltman testifies about ‘hair-raising’ OpenAI chat with MuskThis follows former actress Maggie Cheung sharing a video of her harvesting taro she is growing.
Read more »



Render Time: 2026-05-21 21:05:50