A guide explaining how men can select the right T‑shirt by focusing on size, collar style, fabric, fit and appropriate occasions, highlighting common mistakes and offering practical advice to enhance appearance and comfort.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! T-shirt merupakan pakaian paling asas dalam almari lelaki kerana mudah dipakai, selesa dan boleh digayakan dalam pelbagai situasi harian.
Disebabkan itu ramai lelaki mungkin melihat t-shirt sebagai pakaian yang tidak memerlukan banyak pertimbangan ketika membelinya. Hakikatnya, t-shirt boleh memberi kesan besar kepada penampilan seseorang kerana jika dipilih dengan betul boleh membuatkan gaya anda kelihatan lebih kemas serta terurus. Jika tersalah pilih saiz, kain atau padanan kurang sesuai boleh membuatkan seseorang nampak kurang bergaya dari segi penampilannya.
Sesuai Dipakai Di Mana-Mana Sahaja Tetapi Bukan Untuk Semua Situasi Tidak dinafikan t-shirt sangat sesuai untuk dipakai ketika melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar bersama kawan, berjalan pada hujung minggu, membeli barang keperluan dan lain-lain. Tetapi bukan pilihan terbaik untuk majlis rasmi, temuduga, mesyuarat yang memerlukan penampilan lebih formal. Ini 5 Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Untuk Memilih T-shirt Yang Bergaya Dan Sesuai Dengan Bentuk Badan Walaupun anda sudah biasa membeli t-shirt, mungkin ada beberapa perkara anda terlepas pandangan seperti: #1.
Saiz Merupakan Perkara Paling Penting, Jangan Tersalah Beli Saiz T-shirt yang terlalu besar dan labuh boleh membuatkan badan kita kurang menarik dari segi penampilan dan dalam masa sama, t-shirt yang terlalu ketat pula boleh dilihat sebagai kurang selesa. Untuk mencari padanan saiz sempurna pastikan bila anda memakai t-shirt, potongannya perlu terletak kemas pada bahu, tidak melekat di dada dan memberi ruang untuk bergerak. Manakala, panjang t-shirt perlu menutupi bahagian pinggang dan separuh pinggul, tidak terlalu panjang atau pendek. #2.
Bentuk Kolar Boleh Memberi Kesan Kepada Wajah & Badan Antara potongan kolar yang paling biasa kita jumpa adalah kolar bulat dan kolar berbentuk V. Kolar leher bulat merupakan pilihan paling klasik kerana sangat mudah dipakai, ringkas serta sesuai untuk kebanyakan bentuk badan. Kolar V pula membuatkan leher kelihatan lebih panjang dan mungkin sedikit kekok untuk digayakan berbanding kolar leher bulat. #3.
Kain Fabrik Menentukan Sama Ada T-shirt Selesa Atau Kurang Selesa Untuk Dipakai Kain fabrik bukan sahaja penentu keselesaan t-shirt anda kerana ia juga boleh mempengaruhi bagaimana terletaknya di badan kita memberi sama ada penampilan bergaya atau tidak. T-shirt diperbuat daripada kain kapas sering menjadi pilihan ramai kerana sifatnya lembut, selesa dan sesuai untuk cuaca panas. Selain itu, t-shirt yang terlalu nipis boleh membuatkan penampilan kelihatan kurang kemas kerana baju lebih mudah melekat pada badan kita.
Seeloknya, anda perlu pilih t-shirt dengan ketebalan sederhana untuk beri penampilan kemas dan sesuai untuk dipakai di luar. #4. Pilih Warna Asas Dan Mudah Digayakan Warna memainkan peranan besar dalam menentukan personaliti anda sama ada matang atau santai. Untuk gaya harian, warna asas seperti putih, hitam, kelabu dan biru gelap lebih sesuai.
Warna klasik seperti putih memberi imej bersih dan sesuai dipadankan dengan seluar jeans gelap manakala warna kelabu, biru gelap juga pilihan baik untuk kelihatan lebih kemas. Elakkan memilih warna terlalu terang atau mengikut trend supaya anda tidak mudah bosan. #5. T-shirt Bergambar Boleh Dipakai Atau Pun Tidak?
T-shirt bergambar sering menjadi cara paling mudah untuk menunjukkan minat atau personaliti kita kepada seseorang. Namun, semakin besar dan menonjol gambar tersebut, semakin kasual penampilan anda akan kelihatan. Disebabkan itu, t-shirt ini lebih sesuai untuk aktiviti santai seperti melepak, bersiar-siar, bersenam dan sebagainya. Untuk penampilan lebih kemas, pilih grafik ringkas dan tidak terlalu menonjol di bahagian depan baju.
Cara Menggayakan T-Shirt Dengan Mudah T-shirt berwarna putih atau kelabu biasanya mudah dipadankan dengan jeans gelap, seluar khaki atau seluar gelap. Selain itu, anda boleh padankan dengan jaket denim, kardigan, jaket kasual untuk memberi struktur serta membuatkan gaya anda tidak kelihatan terlalu bosan. T-Shirt Yang Sesuai Dapat Membantu Gaya Nampak Lebih Kemas T-shirt mungkin pakaian paling ringkas dalam gaya lelaki, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dipilih secara sembarangan.
Aspek seperti saiz, potongan, material, warna dan kesesuaian situasi memainkan peranan penting untuk membentuk penampilan anda. Kadangkala, bukan soal harga mahal atau murah untuk menjadikan anda bergaya atau tidak. Sebaliknya, cara ia digayakan dan bagaimana ia terletak pada badan anda. Tahukah Anda T-shirt Asalnya Bermula Sebagai Pakaian Dalam?
Walaupun hari ini t-shirt dianggap sebagai pakaian kasual, asal-usulnya sangat berbeza! Pada awalnya, baju ini digunakan sebagai pakaian dalam kerana ia ringan, mudah dicuci dan membantu menyerap peluh dengan mudah membuatkan ia popular dikalangan golongan pekerja, polis, tentera dan sebagainya. T-shirt mula diterima sebagai pakaian luar apabila ia digayakan dengan ikon fesyen seperti Steve McQueen melahirkan imej lelaki bergaya yang santai. Pada hari ini, t-shirt menjadi pakaian paling kerap dipakai dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: 10 Gaya Paling ‘On-Theme’ Di Met Gala 2026 Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Gaya Hidup Lebih Fresh Yang Boleh Anda Praktik Pada Tahun 2026 Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Men's Clothing T‑Shirt Fitting Guide Style Tips Size Selection Casual Wear
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Eight Men Face Drug Possession Charges Over Ketamine and MDMA Found in Kuala Lumpur HotelEight individuals, including two Malaysians and six foreign nationals, were tried at a Kuala Lumpur magistrates’ court for possessing 1.5 g of ketamine and 0.7 g of MDMA in a hotel room early on May 24. All pleaded not guilty. The Malaysians were granted RM6,000 bail, while bail was denied for the foreign defendants. The case proceeds with a hearing set for August 27.
Read more »
Eight Men Denied Bail in Kuala Lumpur Drug CaseEight men, including two locals and six foreigners, pleaded not guilty to charges of possessing ketamine and MDMA at a Brickfields hotel. The court granted bail to the two Malaysian defendants but denied bail to all foreign nationals, citing the seriousness of the drug offences under the Dangerous Drugs Act 1952.
Read more »
Malaysian Men's Doubles Pair Set for Singapore Open Quarter-FinalsMalaysia is guaranteed at least one men's doubles berth in the Singapore Open quarter-finals following a second-round match between Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani and Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King. Goh Sze Fei-Izzuddin, the eighth seeds, advanced after defeating Taiwan's Chen Cheng-kuan-Liu Kuang-heng. Arif-Roy King also reached the second round by beating a Japanese pair. The upcoming clash is a repeat of last year's meeting at the same tournament, and both pairs were runners-up at the recent Malaysian Masters.
Read more »
Sexual harassment against men driven by power, not attraction, experts sayExperts explain that sexual harassment against men is rooted in dominance and power imbalances, with perpetrators targeting vulnerable individuals in various settings. Survivors report unwanted remarks, inappropriate touching, and coercive behaviour, and more men are coming forward to report such cases. The issue is often overlooked, with male victims facing societal stigma and challenges in speaking out.
Read more »




