A shy Sarawakian gymnast, Ummi Mashitah Hassan, took up martial arts without any prior training. Through sheer determination and removing the fear of failure, Ummi rose to become a national champion, which led to her being selected for the Malaysian national team and a career in martial arts.
TITIK permulaan kehidupan kadangkala hadir tanpa sebarang perancangan, seperti Ummi Mashitah Hassan yang sekadar mencuba nasib di gelanggang pencak silat walaupun tiada asas persilatan. Keberanian gadis kelahiran Marudi, Sarawak itu ternyata mengubah perjalanan hidupnya sehingga kini bergelar atlet kebangsaan dengan impian memburu gelaran dunia.
Takdir Ummi tertulis apabila Perguruan Gayong Ghaib Marudi menghantarnya bersama rakan-rakan sekampung untuk menyertai pemilihan pasukan elit Sukan Malaysia di Sarawak. Seperti peribahasa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, Ummi berjaya menumbangkan satu demi satu lawan sehingga ke peringkat final.
Kemenangan mengejut itu bukan sahaja menghadiahkannya gelaran juara SUKMA edisi 2024, malah menggerakkan jurulatih ternama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia , Fauzi Khalid dan bekas ratu silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir untuk membawanya ke program kebangsaan.
“Masa itu saya terdiam sekejap sebab tidak sangka langsung. Tambah pula, saya diminta naikkan kelas berat badan daripada kelas B ke kelas C . Rasa macam usaha yang selama ini saya buat akhirnya disedari,” katanya kepada Mingguan Malaysia. Sejak itu, minatnya mula hadir terhadap seni pertahanan diri, terutama apabila mendapat sokongan positif daripada orang-orang di sekeliling yang mempercayai potensi dirinya.
Namun, Ummi akur dengan dunia persilatan yang menuntut ketahanan mental dan mengakui pernah melalui fasa penat lelah yang mempersoalkan kebolehan dirinya.
“Saya tak nafikan pernah berasa semua itu, lagi-lagi bila kalah dan penat. Tetapi, saya tak mahu sia-siakan kepercayaan orang sekeliling yang selalu menyokong dan membimbing saya,” katanya. Lama-kelamaan, Ummi sedar bahawa keistimewaan itu bukan lagi tentang diri sendiri semata-mata, sebaliknya tentang membawa maruah negara ke persada antarabangsa. Kepercayaan tersebut dibalas dengan pencapaian hebat apabila Ummi cemerlang di pentas antarabangsa dengan merangkul Pingat Perak di Kejuaraan Dunia Abu Dhabi 2024 bagi kategori 55-60kg.
Tahun 2025 turut menyaksikan dominasi mutlaknya apabila dia berjaya menyapu bersih Pingat Emas di Kejuaraan ASEAN di Vietnam dan mengekalkan momentum sebagai juara di Pra-Sukan SEA Thailand. Lebih membanggakan, Ummi secara rasmi dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas Sukan SEA Thailand pada Disember tahun lalu bagi kategori sama, sekali gus membuktikan dirinya sebagai ratu silat di rantau Asia.
Menurut Ummi, keyakinan juga tidak datang dalam sekelip mata tetapi dibina perlahan-lahan melalui latihan serta sokongan tanpa henti daripada rakan seperjuangan serta barisan jurulatih yang membentuk disiplin dan mentalnya.
“Saya pastikan diri kekal tenang dan percaya pada latihan yang telah dibuat. Apabila mental kita kuat, secara automatik badan akan ikut buat yang terbaik.
“Jurulatih saya pun bukan calang-calang. Ketegasan dan pengalaman mereka yang banyak mendewasakan saya sebagai seorang atlet dan individu,” katanya. Kini berusia 23 tahun, Ummi meletakkan sasaran seterusnya untuk menjuarai Kejohanan Silat Dunia di Singapura pada tahun ini. Di sebalik segala pencapaian yang diraih, Ummi berkata, sumber kekuatan sebenar dalam perjuangannya bukan datang daripada pingat atau populariti, sebaliknya daripada ibu bapanya.
“Saya mahu ubah kehidupan ibu dan ayah. Mereka sumber semangat luar biasa untuk saya. Saya berjuang untuk mereka. Saya bermatian untuk mereka,” katanya.
Pada masa sama, Ummi turut menyimpan azam untuk memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia menjadi negara tuan rumah Sukan SEA 2027 nanti. Katanya, peluang beraksi di hadapan penyokong tempatan adalah satu penghormatan besar, sekali gus menghadiahkan kemenangan paling manis buat tanah air. Lebih daripada sekadar gelaran, Ummi mahu dikenang sebagai seorang atlet yang bermula dari kosong, namun tidak pernah mengenal erti lelah.
“Jangan tunggu rasa yakin untuk bermula, kerana yakin itu hanya akan datang selepas kita berani cuba dan jangan takut gagal juga kerana itulah yang akan membentuk diri jadi lebih kuat,” katanya. - UTUSAN
Ummi Mashitah Hassan Gymnast Martial Arts National Champion Malaysia Suzuki Cup Title
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
With vape-related drug cases rising in Sarawak, minister says full ban still on the tableKUCHING, May 15 — The Sarawak Government does not rule out imposing a complete ban on vaping in future, said Dato Sri Fatimah Abdullah.The Minister of Women, Childhood and...
Read more »
Shell LiveWire Malaysia 2022: Exciting Entrepreneurship Initiative for Sabah, Sarawak, and Peninsular MalaysiaThe annual Shell LiveWire Malaysia initiative is back, offering budding entrepreneurs the opportunity to participate in workshops, pitch competitions, and receive seed grants to kickstart their businesses. The programme focuses on environmental sustainability, social impact, and business innovation.
Read more »
GPS must remain united for Sarawak’s voice to be heard, says Abang JohariSIBU, May 16 — Premier Tan Sri Abang Johari Openg today called on Sarawak-based parties under the Gabungan Parti Sarawak (GPS) to remain united in safeguarding the state’s...
Read more »
Progressive Democratic Party president takes a veiled jab at other parties in Gabungan Parti SarawakProgressive Democratic Party (PDP) president Tiong King Sing criticized a particular party within Gabungan Parti Sarawak, stating that their behavior could strain relations and weaken the ruling state coalition if left unchecked. He emphasized the need for cooperation grounded in consensus, power-sharing, and mutual respect. PDP reaffirmed its commitment to GPS and expressed its intention to take a more influential role in shaping the coalition's key decisions.
Read more »
