Datuk Seri Fadillah Yusof, Malaysia's Deputy Prime Minister, discusses the country's commitment to ensuring a sustainable energy base as the global economy evolves, with a focus on green energy supply for multinational corporations, data centers, high-tech industries, and export-oriented businesses.
FADILLAH Yusof bersalaman dengan Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd. Datuk Ir GUntor Tobeng ketika hadir pada Sesi Libat Urus Strategik Mengenai Corporate Renewable Energy Supply Scheme di Putrajaya.
PUTRAJAYA: Malaysia akan terus memastikan dasar tenaga dan kerangka kawal selia negara berkembang seiring dengan perubahan trend ekonomi dan industri global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini khususnya bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik hijau dalam kalangan syarikat multinasional, pusat data, industri elektrik dan elektronik, sektor pembuatan berteknologi tinggi serta perniagaan berorientasikan eksport. Katanya, dasar tenaga negara berpandukan prinsip ‘trilemma tenaga’ yang merangkumi keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar.
“Kerajaan perlu memastikan pelaksanaan peralihan tenaga dilaksanakan secara seimbang tanpa menjejaskan kestabilan grid serta tanpa membebankan pengguna secara tidak perlu. “Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara , Malaysia telah menetapkan aspirasi jangka panjang yang jelas untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050, di samping dasar untuk tidak lagi membangunkan loji janakuasa arang batu baharu pada masa hadapan.
“Bagi mencapai aspirasi tersebut, pendekatan pasaran yang lebih inovatif, fleksibel dan mesra pelaburan perlu diperkenalkan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air .. Beliau berkata demikian sempena mempengerusikan Sesi Libat Urus Strategik Mengenai Corporate Renewable Energy Supply Scheme melibatkan kira-kira 200 peserta, di Dewan Baiduri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air .
Beliau berkata, kehadiran dan penyertaan yang amat menggalakkan ini mencerminkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara serta pembangunan ekosistem tenaga hijau yang lebih progresif dan mampan.
“Kerajaan menyedari bahawa agenda peralihan tenaga pada masa kini bukan lagi sekadar agenda alam sekitar semata-mata. Sebaliknya, ia kini berkait rapat dengan daya saing ekonomi, pelaburan berkualiti tinggi, pembangunan industri, keselamatan tenaga dan ketahanan negara,” katanya. Kata beliau, CRESS yang diperkenalkan pada 26 Julai 2024 di bawah inisiatif GREENS MADANI merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan bagi memperluaskan akses kepada elektrik hijau melalui pendekatan Open Access dengan menggunakan infrastruktur grid nasional sedia ada.
Melalui kerangka ini, katanya, pengguna korporat dapat memperoleh bekalan elektrik tenaga boleh baharu secara terus daripada pemaju tenaga boleh baharu tanpa memerlukan infrastruktur penghantaran persendirian khusus.
“Kerajaan juga melihat CRESS bukan sekadar sebagai satu program tenaga boleh baharu, malah sebagai pemangkin ekonomi penting yang menyokong pelaburan hijau, komitmen ESG, usaha penyahkarbonan korporat, pertumbuhan ekonomi digital serta daya saing serantau Malaysia untuk jangka panjang,” katanya. Sesi libat urus hari ini kata Fadillah, turut membincangkan pelbagai perkara penting termasuk kesiapsiagaan grid, Battery Energy Storage Systems , pembiayaan projek, struktur kos, pertimbangan kawal selia serta hala tuju jangka panjang pasaran tenaga hijau korporat Malaysia.
“Semoga sesi ini menjadi platform yang konstruktif untuk semua pihak berkepentingan berkongsi pandangan, cadangan dan maklum balas secara terbuka ke arah memperkukuh pelaksanaan CRESS demi manfaat semua pihak yang terlibat,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Energy Base Global Economic Changes Green Energy Supply Multinational Corporations Data Centers High-Tech Industries Export-Oriented Businesses Sustainable Energy Base Energy Trilemma Energy Transition Renewable Energy Supply Scheme Corporate Renewable Energy Supply Scheme Sessions On Corporate Renewable Energy Supply Corporate Renewable Energy Supply Scheme Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRES Corporate Renewable Energy Supply Scheme (Skim
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Francis Kere, Africa's sustainable architect, is conquering new continentsSINGAPORE: Pest control measures will be intensified at train stations and depots, said SMRT after a video of a rat on an East-West Line train circulated online over the weekend.
Read more »
BPMB, Matrade team up on RM700m BizConnect initiative to lift Malaysian exporters’ global competitivenessKUALA LUMPUR, May 25 — Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) has partnered with Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) to accelerate Malaysia’s export...
Read more »
Malaysia’s oil supply remains stable until July, Petronas assures amid global energy tensions, says ministerKUALA LUMPUR, May 25 — Petronas has assured Putrajaya that Malaysia’s national oil supply stock is sufficient until July 2026 despite ongoing instability in West Asia and...
Read more »
Fadillah says Malaysia’s energy policies must evolve to meet rising green power demandKUALA LUMPUR, May 25 — Malaysia will continue to ensure that the country's energy policy and regulatory framework evolve in line with changing global economic and...
Read more »




