Legal scholar M. Partiben criticizes Tony Pua for suggesting that Sultan's constitutional powers are limited, potentially causing constitutional issues.
SHAH ALAM: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP , Tony Pua Kiam Wee yang mendakwa kuasa raja terhad disifatkan cuba memisahkan institusi raja daripada Perlembagaan Persekutuan .
Pengamal undang-undang, M. Partiben berkata, kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara itu mengelirukan sedangkan kedudukan dan kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam dan ketua negeri terdapat dalam Perlembagaaan Persekutuan.
“Pernyataan tersebut mengelirukan rakyat kerana ia seolah-olah memisahkan Institusi Raja daripada Perlembagaan Persekutuan. Hakikatnya, kedudukan dan kuasa diperuntukkan secara jelas di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
“Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memang menetapkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi. Namun kuasa Sultan yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Semalam, bekas wakil rakyat dari DAP itu dilapor mendakwa kuasa raja secara keseluruhannya di bawah sistem Raja Berperlembagaan diamalkan di negara ini terhad.
Beliau mendakwa, sistem itu terhad kepada kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri . Kenyataan beliau kemudian mengundang pelbagai kritikan yang mendakwa pandangan diberikan itu mengelirukan, tidak memberi tafsiran sebenar Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan Rukun Negara. Partiben kemudian menuntut penjelasan daripada Tony Pua sekiranya beliau benar-benar mempertikai peranan sultan seperti mana dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya menggesa bekas ahli parlimen itu memberi penjelasan segera sama ada beliau mempertikai kuasa perlembagaan Sultan, kekeliruan itu tidak sepatutnya dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tunggak kestabilan negara. “Dalam sistem Raja Berperlembagaan, menghormati titah nasihat Sultan tidak bermakna menolak Perlembagaan,” jelasnya. –
Tony Pua DAP Sultan's Constitutional Powers Rukun Negara Perlembagaan Persekutuan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sultan Ibrahim receives Bernama coffee table book documenting his journey as KingKUALA LUMPUR, May 18 — His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, consented to receive a coffee table book titled Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan...
Read more »
Just resign now, DAP’s Pua dares pro-Rafizi MPsTony Pua says not emulating Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad makes them appear self-serving and prioritising their MP's allowance.
Read more »
Sultan's Statement & Raja's Role in Politics Bashed in PAS AccusationA charge that the Sultan's statement is 'confused' and 'political' due to its perceived inconsistency with the role assigned to the King in the constitution and its implications for the rule of law. The PAS leader accuses Tony Pua of playing the 'jaguh perlembagaan' by suggesting that some royal rights are not protected by the constitution. The PAS leader cautions against hyping the constitutional values if the rules for addressing the King are not being upheld.
Read more »
Kenyataan Tony Pua 'dangkal adab' - Asyraf WajdiUMNO membidas kenyataan dikeluarkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang dianggap mempersendakan dan disifatkan 'dangkal adab' terhadap institusi Raja.
Read more »
