Discover tips to improve reading speed and comprehension, shared by a Threads user, based on mind coach Jim Kwik's insights, to help readers finish books faster and understand the content effectively. The article also touches on identifying factors that slow down reading, such as subvocalization and back-skipping.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Membaca buku merupakan salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran sesetengah individu. Bagi mereka, setiap kali membaca buku sekejap sahaja boleh selesai. Kadangkala dalam masa satu hari pun boleh khatam! Tapi mungkin ada sesetengah orang rasa sangat sukar untuk habiskan buku yang dibaca. Apatah lagi kalau bahan bacaan tersebut bersifat bukan fiksyen seperti buku teks atau buku teknikal.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak-anak Sebab ‘Tak Seronok’ – Kajian
Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Fokus Belajar? Ibu Ayah Boleh Tukar Kepada Teknik Diamalkan Pelajar Cina Ini!
Amal Teknik Membaca Agar Dapat Lakukannya 3 Kali Ganda Lebih Laju
Jika anda alami masalah ini, jangan risau kerana ada kaedah yang boleh dipraktikkan untuk bantu mempercepatkan pembacaan. Tips ini telah dikongsi semula oleh pengguna Threads , yang dikenali sebagai Tini, daripada coach minda Jim Kwik menerusi video Podcast di YouTube. Ia dikatakan dapat membantu seseorang untuk membaca tiga kali ganda lebih laju tanpa mengetepikan info yang terkandung. Tini berkata tips ini sesuai buat mereka yang mahu selesai membaca buku tebal dengan cepat, elakkan gangguan ketika membaca dan memahami segala isi kandungan.
Kenal Pasti Punca Yang Lambatkan Pembacaan Anda
Tambahnya lagi, penting juga untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah punca yang menyebabkan seseorang lambat membaca. Salah satunya adalah kerana membaca secara dalam hati atau subvocalization, iaitu setiap patah perkataan dibaca satu per satu. Selain itu, kerap mengulang ayat yang sama juga membuatkan seseorang membaca dengan lambat dan mengganggu pemahaman mereka. Malah, orang ramai juga tidak mempraktikkan strategi sebelum membaca sekali gus menyebabkan otak tercari-cari info penting ketika membaca. Kwik juga berkata bahawa ramai yang menyangka bahawa membaca secara perlahan dapat membantu kefahaman, namun secara tidak sedar membuatkan otak semakin hilang fokus. View on Threads
Gabungkan Beberapa Teknik Pembacaan Agar Dapat Baca Lebih Laju
Untuk mempraktikkan tips ini, Kwik menjelaskan seseorang perlu menggabungkan beberapa teknik pembacaan.
#1. Previewing
Sebelum mula membaca, previu buku tersebut terlebih dahulu agar minda berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala maklumat dengan lebih cepat. Lakukan langkah-langkah berikut untuk memperaktikkan kaedah ini: “Fikirkan ini seperti melihat trailer filem sebelum menonton filem sebenar. Otak anda akan menerima konteks yang dapat membantu pemahaman anda,” kata Kwik.
#2. Elakkan Subvocalization
Di samping itu, penting juga untuk mengelakkan subvocalization yang memperlahankan pembacaan agar dapat khatam suatu bahan bacaan dengan lebih cepat. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan visual pacer seperti menunjuk ayat dengan jari atau kursor tetikus, atau menggariskan perkataan dengan pen. Kwik berkata perkara ini akan membuatkan mata mengikut pergerakan tersebut, sekali gus meningkatkan kelajuan dan fokus membaca antara 25% ke 50%. Selain itu, kumpulkan tiga ke empat perkataan bersama bagi mengelakkan masalah fiksasi, iaitu membaca satu per satu perkataan. Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan beban pada mata, tetapi menjimatkan masa.
#3. Melatih Fokus
Ketika membaca, penting untuk memberi fokus sepenuhnya agar segala maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan dapat difahami. Salah satu kaedah adalah dengan menggunakan teknik Pomodoro iaitu menguruskan masa dengan memecahkan tugasan kepada beberapa selang waktu. Ini bermakna anda akan berehat selama beberapa minit selepas membaca untuk tempoh tertentu agar otak dapat kekal dalam keadaan segar.
#4. Mengekalkan Memori
Bagi mengekalkan memori selepas membaca, anda boleh menggambarkan konsep dalam buku tersebut kerana otak lebih senang mengingati gambar berbanding perkataan. Kemudian, kaitkan apa yang telah dibaca bersama perkara lain seperti bertanya apakah masalah anda yang boleh diselesaikan dengan maklumat ini. Selepas selesai membaca setiap bab, luangkan sedikit masa untuk membuat rumusan tentang maklumat yang diterima. Jangan lupa juga untuk kongsi ilmu yang telah anda dapat daripada buku tersebut. Ini dapat membantu anda agar lebih memahami dan mengingati sesuatu, sekali gus menguatkan memori. Untuk dengar penjelasan lanjut tentang cara membaca dengan lebih laju, tonton video di bawah.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kuatkan Daya Ingatan Supaya Senang Belajar? Amalkan 5 Doa Ini
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Reading Speed Reading Tips Comprehension Jim Kwik Study Skills
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Teenager Gout clocks blistering 19.67 in 200m at Australian championships, fastest ever by an 18‑year‑oldSYDNEY, April 12 — Teenage sprint sensation Gout Gout ran a blistering 19.67 seconds to win the 200m at the Australian championships today, faster than Usain Bolt at the same...
Read more »
Nga Kor Ming Shares Tips on How Malaysia Can Become the Happiest Country by 2027“Count your blessings every day,” Nga Kor Ming reminded Malaysians.
Read more »
CM urges faster rollout of urgent development projectsKota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has called for priority to be given to urgent and immediately implementable projects that can deliver quick
Read more »
Honda Super-One: Retro-Inspired EV Targets Accessibility in MalaysiaThe Honda Super-One, an EV drawing inspiration from the Honda City Turbo II, focuses on a small, lightweight design with a focus on practicality and an engaging driving experience. Aimed at the underserved compact EV market in Malaysia, it features a simulated 7-speed transmission, virtual engine sound, and a unique gauge cluster.
Read more »
Singapore's AI Adoption Surges Ahead of Global Peers, Positioning it as a Regional HubA new study reveals that Singaporean businesses are adopting artificial intelligence (AI) with greater confidence and speed than their global peers, positioning the city-state as a strong contender for regional AI hub status. The study, conducted by PwC, highlights Singapore's proactive approach to AI investment and implementation, with significantly higher percentages of businesses allocating resources and using AI for competitive advantage compared to the global average. Despite strong momentum, Singapore still lags behind in governance and risk management, but ongoing government initiatives aim to further accelerate AI adoption and innovation.
Read more »
[VIDEO] Senior Cop With Schizophrenia Arrested After High-Speed Chase In KLHe is suspected of ramming an on-duty traffic policeman last week.
Read more »
