Seven Mega Growth Strategies 2026: Collaboration, Strategic Networks, and AI for Local Businesses to Thrive in Global Economy

Business News

Seven Mega Growth Strategies 2026: Collaboration, Strategic Networks, and AI for Local Businesses to Thrive in Global Economy
CollaborationStrategic NetworksAI

The news text highlights the importance of collaboration, strategic networks, and the use of AI for local businesses to thrive in the global economy. The program Seven Mega Growth Strategies 2026 brought together various companies, including foreign diplomats, to create opportunities for local businesses to expand their reach and collaborate with larger corporations.

KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi global yang tidak menentu tidak seharusnya mematahkan semangat usahawan tempatan untuk terus berkembang, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin bagi memperkukuh daya tahan perniagaan dan meneroka peluang baharu di pasaran antarabangsa.

Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr, Zurainah Musa berkata, usahawan perlu memahami bahawa dunia perniagaan tidak mempunyai titik penamat kerana cabaran sentiasa berubah mengikut landskap ekonomi semasa. Katanya, walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, masih terdapat ruang dan peluang untuk syarikat tempatan bertahan serta berkembang sekiranya mereka bijak memanfaatkan jaringan strategik dan kerjasama perniagaan.

"Dengan kebijaksanaan dan networking yang betul, kita masih mampu sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. Usahawan tidak boleh hilang harapan kerana sentiasa ada lifeline untuk mereka terus bergerak ke hadapan," kata Zurainah pada program Seven Mega Growth Strategies 2026 di sini semalam. Menurut beliau, program berkenaan menghimpunkan pelbagai syarikat daripada perusahaan sederhana sehingga konglomerat besar termasuk wakil diplomatik luar negara bagi membuka ruang kerjasama rentas sempadan kepada usahawan tempatan.

Zurainah berkata, kolaborasi bersama syarikat besar kini bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi satu keperluan penting untuk memastikan sesebuah syarikat terus relevan dan mampu menembusi pasaran lebih luas.

"Kalau kita ada niche dalam perniagaan, syarikat besar akan datang mencari kita. Tetapi kalau belum dikenali, kita sendiri perlu tampil memperkenalkan kekuatan dan kemampuan yang kita ada," katanya. Beliau turut menambah, jaringan strategik juga penting bagi menarik minat pelabur serta syarikat konglomerat luar untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan yang mempunyai potensi dan kepakaran tersendiri.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh dan disertai kira-kira 200 peserta terdiri daripada pakar industri, mentor perniagaan dan pemain ekonomi global. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KNKV Group, Prof. Adjung Adam Richman berkata, keterlihatan jenama menjadi elemen kritikal kepada kelangsungan sesebuah perniagaan ketika persaingan semakin sengit dengan kemasukan syarikat gergasi luar negara.

Katanya, usahawan tidak boleh lagi bergantung kepada strategi pemasaran lama kerana perubahan teknologi dan corak pengguna berlaku terlalu pantas sehingga boleh menyebabkan sesebuah jenama ketinggalan dalam tempoh singkat.

"Kalau kita masih berada di takuk lama dalam strategi pengiklanan dan pemasaran, lagi tiga tahun mungkin jenama itu sudah tidak mampu bertahan dalam pasaran. Persaingan hari ini jauh lebih mencabar berbanding dahulu," katanya. Dalam pada itu, Adam turut melihat penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi antara faktor utama yang menentukan kelangsungan sesebuah perniagaan pada masa depan, khususnya dalam aspek pemasaran dan penghasilan kandungan digital.

Beliau berkata, teknologi AI tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman semata-mata, sebaliknya perlu digunakan secara bertanggungjawab dan telus bagi memastikan kandungan yang dihasilkan memberi impak positif kepada pengguna serta masyarakat.

"AI hanyalah alat untuk membantu usahawan membawa penyelesaian dan idea baharu kepada masyarakat. Namun soal ketelusan tetap bergantung kepada niat dan integriti usahawan itu sendiri kerana jika kandungan yang dihasilkan tidak telus, pengguna tidak akan mempercayai jenama tersebut untuk jangka masa panjang," katanya. – UTUSA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Collaboration Strategic Networks AI Local Businesses Global Economy Seven Mega Growth Strategies 2026

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Fadzlan Hazim Participates in Gala Film N' Star: Lustrous SevenFadzlan Hazim Participates in Gala Film N' Star: Lustrous SevenFadzlan Hazim explains his absence from the Versatility In Performance (VIP) concert and shares his memories with the group.
Read more »

Boat capsize off Pangkor: Seven bodies found so farBoat capsize off Pangkor: Seven bodies found so farKUALA LUMPUR: MSCI has dropped six stocks from the MSCI Malaysia Index following its latest review.
Read more »

Tencent Reports Q1 Rev Rise, But Falls Short of Estimates; Focuses on Gaming, AI GrowthTencent Reports Q1 Rev Rise, But Falls Short of Estimates; Focuses on Gaming, AI GrowthTencent Holdings reported a 9% revenue growth to 196.5 billion yuan in the first quarter, driven by strong gaming and expanding AI services. However, it fell short of analyst estimates. Flagship titles like Honor of Kings and Peacekeeper Elite contributed to user engagement. Tencent also ramped up AI spending and promoted its Yuanbao AI chatbot during the Lunar New Year holiday.
Read more »

Growth in Household Consumption Boosted by Positive Labor Market and Fiscal MeasuresGrowth in Household Consumption Boosted by Positive Labor Market and Fiscal MeasuresThe growth in household consumption was supported by positive labor market conditions and fiscal measures, with low unemployment rates and basic measures in place. The growth in investment was supported by the continuous implementation of long-term projects by the private and public sectors, high approval rates for approved investments, and the continuous implementation of national plans. "The export growth remained strong, driven mainly by the continued development of E&E exports," said the Chairman of the Planning Unit, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, in the announcement of the first quarter performance 2026. Meanwhile, the growth in import of raw materials slowed down due to slower growth in imports of capital goods, intermediate goods, and consumer goods. "The growth in the service sector slowed down, reflecting a decrease in sales of motor vehicles due to early purchases made in the fourth quarter before the end of the import duty exemption period for electric vehicles," he added.
Read more »



Render Time: 2026-05-17 10:04:07