Beyond the Breaking News

Malaysia's Military Exercises Must Follow Strict Safety and Sensitivity Protocols

Military News

Malaysia's Military Exercises Must Follow Strict Safety and Sensitivity Protocols
Military ExercisesSafetySensitivity

The Malaysian National Security Council (MKN) has announced that all military exercises, whether announced or unannounced, must undergo a strict approval process involving relevant ministries and agencies to ensure local safety and sensitivity are maintained.

PETALING JAYA: Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat dan penyelarasan bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan dan sensitiviti setempat sentiasa dipelihara.

Majlis Keselamatan Negara dalam satu kenyataan berkata, bagi kawasan latihan sama ada diwartakan atau tidak diwartakan, setiap permohonan perlu melalui proses kelulusan serta pengesahan oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar atau Ketua Menteri bersama agensi teknikal terlibat. Katanya, setiap permohonan latihan juga perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum sesuatu latihan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi dan aspek keselamatan dapat diteliti secara menyeluruh.

“Langkah ini penting bagi memastikan setiap latihan dilaksanakan secara teratur selain mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum dimaklumkan kepada pemilik kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, sebelum ini menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti ketenteraan itu akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna negeri itu.

Meskipun tidak menolak aktiviti ketenteraan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengalaman pegawai dan anggota tentera, baginda menegaskan aktiviti ketenteraan mestilah dilaksanakan dalam keadaan terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar dan semua pihak. Justeru, Angkatan Tentera Malaysia menjunjung kasih dan akur dengan titah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri itu dan sentiasa komited untuk memastikan setiap latihan dan operasi dilaksanakan secara terancang, profesional serta bertanggungjawab.

MKN berkata semua prosedur operasi standard berkaitan pelaksanaan latihan ketenteraan akan terus diperkemas dari semasa ke semasa. Penilaian pasca-latihan turut akan dilaksanakan bagi meneliti semula keberkesanan pelaksanaan, mengesahkan sebarang impak yang berlaku serta memastikan peruntukan dan tanggungjawab berkaitan kerja-kerja pembaikan terhadap sebarang kerosakan ditetapkan dengan sewajarnya. MKN berpandangan bahawa kesiapsiagaan pertahanan merupakan elemen penting dalam memastikan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara sentiasa terpelihara.

“Pada masa yang sama, aspek keseimbangan antara keperluan operasi pertahanan dan sensitiviti setempat perlu terus diberi perhatian melalui pendekatan libat urus dan penyelarasan yang berterusan bersama semua pihak berkepentingan. “Sehubungan itu, latihan ketenteraan dilaksanakan dengan kerjasama rapat antara ATM, Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ketenteraan dapat dilaksanakan secara tersusun, selamat dan berhemah selaras dengan kepentingan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Military Exercises Safety Sensitivity Approval Process Local Safety Local Sensitivity Military Council Ministries Agencies Procedures Operations Standard Procedures Standard Operations Standard Procedures Operations Standard Operations Procedures Standard Procedures Operations Procedures

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

BPMB, Matrade team up on RM700m BizConnect initiative to lift Malaysian exporters’ global competitivenessBPMB, Matrade team up on RM700m BizConnect initiative to lift Malaysian exporters’ global competitivenessKUALA LUMPUR, May 25 — Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) has partnered with Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) to accelerate Malaysia’s export...
Read more »

Myanmar military steps up rare‑earth and border offensives under new chiefMyanmar military steps up rare‑earth and border offensives under new chiefMilitary targets rare earth-rich Kachin, along with Chin and Karen border areasAnalysts say military aims to regain control of key communication and trade corridorsNew military...
Read more »

Military drills subject to strict SOPs, state govt approval, says MKNMilitary drills subject to strict SOPs, state govt approval, says MKNThis comes after the Tengku Mahkota of Pahang ordered the armed forces to obtain the sultan's consent before conducting military exercises in the state.
Read more »

Military exercises to follow strict safety, coordination measures, says NSCMilitary exercises to follow strict safety, coordination measures, says NSCHere are some of the glamping spots you can check out in Malaysia.
Read more »



Render Time: 2026-05-26 08:32:33