Seram ya tengok muka dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik , jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. Jabatan Perikanan Malaysia mengenal pasti ada individu tidak bertanggungjawab melepaskan ikan asing spesies alligator gar ke perairan umum baru-baru ini Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata ikan spesies invasif itu ditangkap di Sungai Klang dengan berat 16.
94 kilogram .Menurutnya, pada tahun 2020 juga pernah tular bangkai seekor ikan berkepala buaya yang ditemui di perairan Sabak Bernam. Image via googleapis.com "DOF menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti pelepasan alligator gar ke perairan umum kepada pihak berkuasa."Jabatan Perikanan Selangor mengambil serius isu ini dan menyeru kepada semua untuk memastikan perairan umum di Negeri Selangor dipenuhi dengan spesies asli sahaja."Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu melindungi ekosistem perairan kita daripada ancaman spesies ikan asing," katanya. Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar Image via Sinar Harian Difahamkan, ikan alligator gar bukan spesies ikan air tawar tempatan dan dipercayai telah diimport serta dilepaskan ke Sungai Klang oleh pembela haiwan eksotik yang tidak bertanggungjawab Pada asalnya, ikan itu diperkenalkan di Malaysia sebagai haiwan belaan dalam akuarium, namun akan dilepaskan ke perairan tempatan apabila ia menjadi terlalu besar untuk dipelihara."Alligator gar atau nama saintifiknya atractosteus spatula, berasal dari Amerika Utara dan Amerika Tengah ."Purata saiz ikan ini adalah antara 2 hingga 2.5 meter dengan berat purata 90 hingga 110kg. Ikan ini bersifat karnivor dan dietnya terdiri daripada apa sahaja ikan yang boleh dimuatkan dalam mulutnya," katanya.Sebagai pemangsa oportunistik, alligator gar sangat rakus dan akan makan apa sahaja yang dapat ditangkapnya. Image via Sinar Harian "Melepaskan spesies ikan asing ke dalam habitat yang bukan asal mereka boleh membawa kesan negatif yang besar terhadap keseimbangan ekosistem."Ikan alligator gar berpotensi bersaing dengan spesies tempatan dan boleh menyebabkan kepupusan ikan asli di perairan tersebut," katanya lagi.Menurutnya, pihak mereka sentiasa bersedia memberi kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi mengawal isu kehadiran ikan asing ini."Beberapa program telah dilaksanakan dengan dihadiri masyarakat setempat seperti Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat Sungai Langat - Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti serta Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat - Memburu Ikan Asing Tasik Biru," katanya. Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang! Image via SAYS Seismik Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: Teman Anak Jalan Kaki 6KM Ke Sekolah, Pak Cik Terima Motosikal Baru Daripada Hafiz Mahamad Besarnya pengorbanan seorang ayah. Read the full story Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad Bermula 1 Januari 2025 Sebelum ini, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada h... Read the full story Lampin Bayi Cecah RM7 Sehelai Di Gaza, Air Bersih Pula Berharga RM5.20 Seliter Sedar tak sedar, hari ini genap setahun Gaza dibedil tentera rejim Zionis. Read the full story
Ikanbahaya Alligatorgar Sungaiklang Spesispelik Perkongsian Seismik
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jakim sahkan roti jenama Ikhwan tiada sijil halalJakim sahkan roti jenama Ikhwan tiada sijil halal
Read more »
SPRM sahkan dua anak Dr. Mahathir sudah isytihar hartaSPRM sahkan dua anak Dr. Mahathir sudah isytihar harta
Read more »
JAIPs rampas 63 barangan ada unsur ajaran sesat di premis dipercayai ada kaitan GISBHKANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) merampas 63 barangan berkaitan ajaran sesat berunsur batiniah dalam operasi bersepadu di dua prem...
Read more »
GISBH: Ahli kena doktrin sebagai ‘anak yatim’, ada ahli ada 34 anakKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan terdapat ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang mempunyai 34 anak.
Read more »
JAS sangkal dakwaan jadi penghalang pembangunan isu kelewatan EIAJabatan Alam Sekitar (JAS) menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya jabatan ini menjadi penghalang kepada pembangunan negara
Read more »
Duta Palestin sahkan wanita dalam video permohonan maaf ada kaitan dengan insiden di KLKUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengesahkan bahawa wanita yang muncul dalam video permohonan maaf yang tular baru-baru ini meru...
Read more »
