A mother in Kelantan, Malaysia, jumped over 90 meters to seek help after witnessing her son being suffocated by a concrete block while playing near their home, leading to his death.
NURUL Anis Abdul Rahman menunjukkan gambar anaknya yang maut dihempap tiang konkrit dalam kejadian di Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan semalam-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH. PASIR PUTEH: Seorang ibu sanggup berlari hampir 100 meter demi mendapatkan bantuan penduduk kampung selepas melihat anaknya dihempap blok konkrit dalam kejadian di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Mohammad Yusof Nor Ismail, 12, meninggal dunia manakala bapa saudaranya, Muhammad Yunus Nasir, 12, cedera selepas dipercayai dihempap blok konkrit semasa bermain pasir berhampiran rumah mereka. Ibu mangsa, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, berkata, dia pada mulanya cuba mengangkat sendiri blok konkrit berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian, namun gagal kerana terlalu berat.
“Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk kampung, blok konkrit itu berjaya diangkat, namun Mohammad Yusof ketika itu sudah terlalu lemah manakala Muhammad Yunus cedera,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Anis di sini malam tadi. Nurul Anis memberitahu, sebelum kejadian dia berada di rumah sebelum dimaklumkan oleh anak perempuannya, Siti Nur Amyliana, 10, berhubung insiden itu. Katanya, Mohammad Yusof sempat menjerit Siti Nur Amyliana, 10, memanggilnya yang berada di dalam rumah untuk mendapatkan bantuan.
“Apabila saya sampai, Mohammad Yusof berada dalam keadaan lemah dan sempat berkata, ‘Ma jangan marah… saya hendak mati dah’. “Saya hanya mampu memangku dan memeluknya sambil berharap dia terus bertahan. Anak saya dan Muhammad Yunus merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu,” ujarnya. Nurul Anis berkata, anaknya itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke HTA untuk bedah siasat.
Katanya, Muhammad Yunus pula dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II , Kota Bharu bagi menerima rawatan lanjut. Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kegembiraan seorang kanak-kanak bermain pasir bersama bapa saudaranya bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai dihempap tiang konkrit dalam kejadian di Kampung Telaga Papan di sini petang tadi. -UTUSAN
Mother Saves Son By Running 90M For Help Concrete Block Incident In Malaysia Son Dies After Being Strangled By Concrete Blo Emergency Response In Kelantan Malaysia
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mother’s Day Weekend: Events Worth Celebrating TogetherBecause mums deserve more than brunch.
Read more »
Perak govt pledges support for family of college student slain in Kelantan, says state excoPASIR SALAK, May 7 — The Perak state government will provide all necessary assistance, including counselling services, to the family of a 19-year-old college student who was...
Read more »
Russia-Malaysia Relations: A View from the KremlinA Kremlin official praised Malaysia for its steady political and trade ties and growing education and tourism links with Russia. Russia mainly exports oil and petroleum products, chemical goods, metals, food products and agricultural raw materials to Malaysia, while importing machinery, equipment, vehicles, food products and chemical industry goods. Malaysia is also a popular tourist destination for Russians, with around 140,000 Russian tourists visiting the country in 2025. Russia actively cooperates with both Laos and Malaysia within the framework of Russia’s strategic partnership with the Association of Southeast Asian Nations.
Read more »
Malaysia to consider Exocet MM40 Block 3 for LCS due to Exocet MM40 Block 3 unavailabilityThe Royal Malaysian Navy is considering the Exocet MM40 Block 3 missile for its Littoral Combat Ships (LCS) due to the unavailability of the Norwegian NSM missile, which was previously planned for integration with the LCS.
Read more »




