Negeri Sembilan police are investigating 49 reports related to social media content that could provoke public unrest. The cases are being probed under the Sedition Act, Penal Code sections 500 and 505(b), and the Communications and Multimedia Act. Offenders could face fines up to RM500,000 or imprisonment.
SEREMBAN: Polis menjalankan beberapa siasatan berhubung laporan polis berkaitan kandungan media sosial melibatkan kemelut yang berlaku di negeri ini. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini sebanyak 49 keterangan telah dirakam dan siasatan sedang dijalankan.
Katanya, kandungan berkenaan dilihat berpotensi menimbulkan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 melibatkan perbuatan berunsur hasutan termasuk mengeluarkan, menerbitkan atau menyebarkan kandungan menghasut.
Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama dan sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya.
“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan pula, ia melibatkan kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam atau menghasut mana-mana golongan sehingga menjejaskan ketenteraman awam. “Manakala, kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan perbuatan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah,” katanya. Alzafny berkata, jika disabitkan kesalahan di bawah kedua-dua seksyen terbabit, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, beliau berkata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian bagi penyebaran kandungan jelik, palsu, mengancam atau menyakitkan hati.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan provokasi, menggugat ketenteraman awam serta menyentuh isu 3R khususnya melalui media sosial. –
Social Media Investigation Sedition Act Penal Code Public Unrest Cybercrime
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Aminuddin Harun Calls for Unity Amidst Negeri Sembilan Political CrisisMenteri Besar Aminuddin Harun urges Pakatan Harapan supporters to remain united and prepared for potential elections following a political crisis involving Barisan Nasional assemblymen.
Read more »
‘Tolak Umno’ cries ring out as PH bigwigs defend Negeri Sembilan MBPH leaders including Loke Siew Fook, Saifuddin Nasution Ismail, and Mohamad Sabu voice support for Aminuddin Harun at a ceramah in Seremban.
Read more »
PH guna pentas ceramah jelas krisis politik Negeri SembilanPH guna pentas ceramah jelas krisis politik Negeri Sembilan
Read more »
Political Instability in Negeri Sembilan: Pakatan Harapan Calls for Election ReadinessMenteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun and DAP leader Anthony Loke urge supporters to prepare for a potential snap election following Umno's withdrawal of support.
Read more »
