Young Fashion Designer Describes Apparel as Emotional Space

Business | Personal Development News

Young Fashion Designer Describes Apparel as Emotional Space
Fashion DesignerEmotional SpaceVisual Learning

An aspiring fashion designer, Siti Aisyah Mazlan shares her unique perspective on fashion and her journey from slow learner to a successful designer.

Seorang pereka fesyen muda, Siti Aisyah Mazlan berkata, setiap pakaian yang dihasilkan bukan hanya busana untuk dipakai sebaliknya ruang emosi yang cuba diterjemahkannya. Dia mengakui dirinya bukan pelajar yang cemerlang malah menganggap dirinya sebagai ‘ slow learner ’ berikutan lebih mudah memahami sesuatu secara visual dan praktikal berbanding membaca serta menghafal.

Namun di sebalik kelemahan itu, seni menjadi satu-satunya ruang yang membuatkan dirinya benar-benar hidup dan yakin terhadap kebolehan sendiri.

“Lebih berminat untuk menjadi seorang doktor namun ibu saya lihat saya lebih cenderung kepada sesuatu yang kreatif malah minat terhadap bidang seni juga telah dipupuk sejak kecil lagi. “Ayah saya juga turut memainkan peranan penting kerana sering membawa saya melakukan aktiviti seni dan kraf tangan seperti membuat batik, tembikar serta pelbagai aktiviti lain pada waktu lapang,” katanya yang juga merupakan graduan lulusan Sarjana Muda Seni dari University Of South Wales, United Kingdom.

Aisyah menyifatkan kedua-dua ibu bapanya memainkan peranan besar dalam membentuk dirinya hari ini terutama dalam memberi ruang untuk dia mengenali potensi sebenar. Ujarnya, dia mula menunjukkan kecenderungan terhadap bidang seni apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek tersebut semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia . Itulah yang menjadi titik permulaan yang membawa dirinya untuk mendalami dunia fesyen secara lebih mendalam.

Bagi Aisyah, fesyen bukan sekadar pakaian cantik atau trend semata-mata tetapi medium untuk menyampaikan rasa dan emosi seseorang oleh itu, setiap rekaan di bawah jenamanya dihasilkan berdasarkan emosi yang sedang dilaluinya pada waktu tersebut.

“Semua rekaan saya datang daripada emosi, kalau saya sedih, marah atau gembira, pelbagai idea akan keluar dalam bentuk warna, potongan dan silhouette baju,” katanya. Walaupun trend fesyen sentiasa berubah, dia memilih untuk tidak terlalu mengikut arus sebaliknya lebih selesa menghasilkan karya berdasarkan identiti sendiri. Dalam pada itu, Aisyah mengakui dia kini menguruskan hampir keseluruhan jenamanya sendiri termasuk melukis rekaan, memilih fabrik, membuat sampel sehingga menghasilkan kandungan di media sosial.

Katanya, proses tersebut sangat memenatkan namun memberi kepuasan kerana setiap perkara yang dihasilkan benar-benar datang daripada dirinya sendiri. Malah, Aisyah juga sangat menitikberatkan aspek eksklusiviti apabila setiap koleksi dihasilkan dalam kuantiti terhad supaya pelanggan lebih menghargai setiap helaian pakaian yang dibeli. Disebabkan itu juga, proses kawalan kualiti dilakukan secara sangat teliti sehingga mengambil masa berhari-hari sebelum satu koleksi dihantar kepada pelanggan.

Namun sebagai pereka muda, Aisyah tidak dapat lari daripada cabaran terutama apabila ada pihak yang meniru rekaannya dan menggunakan gambar produknya untuk menjual versi tiruan. Walaupun kecewa, dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut kerana percaya setiap rezeki sudah ditentukan. Dalam masa sama, Aisyah juga percaya media sosial memainkan peranan besar dalam memperkenalkan jenamanya kepada lebih ramai orang terutama generasi muda. Menurutnya, ramai yang mempunyai impian besar namun tidak berani memulakan langkah pertama kerana terlalu memikirkan risiko.

“Kalau takut untuk mula, kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh pergi jadi ambil sahaja peluang dan terus melangkah ke hadapan,” ujarnya yang pernah mengalami kerugian ketika tahun pertama perniagaannya namun dia menjadikan pengalaman tersebut sebagai proses pembelajaran buat dirinya. Bagi Aisyah, wanita yang memakai rekaannya bukan sekadar mahu kelihatan cantik tetapi mahu merasa lebih yakin terhadap diri sendiri.

Disebabkan itu, setiap potongan dan siluet dihasilkan dengan teliti supaya mampu membuatkan wanita kelihatan lebih elegan, tinggi dan yakin apabila mengenakannya. Dia juga berharap lebih ramai anak muda berani mencuba bidang kreatif tanpa terlalu takut kepada kegagalan atau pandangan orang lain. Kini, jenama yang dibinanya semakin berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan wanita muda yang mencari rekaan eksklusif serta mempunyai nilai emosi tersendiri.

Namun di sebalik segala pencapaian itu, Aisyah tetap melihat dirinya sebagai seorang wanita biasa yang masih sedang belajar dan berkembang sedikit demi sedikit. Apa yang membezakan dirinya hanyalah keberanian untuk menjadikan emosi sebagai kekuatan dan menerjemahkan rasa tersebut menjadi karya yang boleh dipakai oleh orang lain.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Fashion Designer Emotional Space Visual Learning Slow Learner One-Woman Show Exclusivity

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

When is a shoe not a shoe? When fashion takes liberties to rethink its very formWhen is a shoe not a shoe? When fashion takes liberties to rethink its very formPETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad are set to take the helm of Parti Bersama Malaysia, marking a significant shift for the minor political outfit.
Read more »

Gucci conquers Times Square: Demna’s Cruise show turns New York into a glittering runwayGucci conquers Times Square: Demna’s Cruise show turns New York into a glittering runwayNEW YORK, May 17 — Famed Italian fashion house Gucci took over New York’s iconic Times Square on Saturday for its second runway show led by creative director Demna.Models...
Read more »

Hakim Danish Improves Performance in Moto3 Barcelona Grand PrixHakim Danish Improves Performance in Moto3 Barcelona Grand PrixHakim Danish Ramli, a young Malaysian motocross rider, continued his consistent performances this season, showing a strong improvement after finishing seventh in the Moto3 standings of the Catalonia Grand Prix in Barcelona.
Read more »

Fashion Designer Shares Insight on Creativeness and Emotional Expression through Clothing DesignFashion Designer Shares Insight on Creativeness and Emotional Expression through Clothing DesignAn aspiring fashion designer, Siti Aisyah Mazlan, reveals how she translates emotions through her clothing designs and discusses her unique learning style that allows her to more easily understand things visually and practically, rather than through reading and memorization. She also shares her journey of balancing creativity and academia, the role of her parents in nurturing her creativity, and her concerns with copyright infringement.
Read more »



Render Time: 2026-05-20 07:19:28