KUANTAN: Kerja-kerja mendalamkan sungai di kawasan hilir dan muara bukan sekadar perlombongan pasir biasa

Environment News

KUANTAN: Kerja-kerja mendalamkan sungai di kawasan hilir dan muara bukan sekadar perlombongan pasir biasa
KUANTANKerja-Kerja Mendalamkan SungaiPerlombongan Pasir Biasa

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan bahawa kerja-kerja mendalamkan sungai di kawasan hilir dan muara tidak boleh disamakan dengan aktiviti perlombongan pasir biasa kerana ia turut berfungsi sebagai langkah mitigasi banjir serta pengurusan sistem sungai negeri. Beliau juga menekankan bahawa kerajaan negeri terpaksa menanggung kos tinggi menggunakan peruntukan awam bagi penyelenggaraan sungai dan pelaksanaan langkah tebatan banjir secara berterusan sekiranya kerja mendalamkan sungai tidak dilaksanakan melalui kaedah konsesi pasir yang terkawal.

KUANTAN : Kerja-kerja mendalamkan sungai di kawasan hilir dan muara tidak boleh disamakan dengan aktiviti perlombongan pasir biasa kerana ia turut berfungsi sebagai langkah mitigasi banjir serta pengurusan sistem sungai negeri .

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mendapan pasir di kawasan hilir dan muara berlaku secara semula jadi akibat hakisan tanah, pergerakan arus serta aliran sungai yang berterusan sehingga menyebabkan dasar sungai menjadi semakin cetek. Kata beliau, keadaan itu boleh menjejaskan sistem saliran sungai selain meningkatkan risiko limpahan air dan banjir terutama ketika musim tengkujuh serta hujan lebat.

“Kerja-kerja pengorekan dan mendalamkan sungai di kawasan tertentu tidak boleh dilihat semata-mata sebagai aktiviti ekonomi atau perlombongan pasir. Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada langkah mitigasi banjir dan pengurusan sungai yang penting demi keselamatan rakyat serta kelestarian sistem sungai di negeri ini,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, sekiranya kerja mendalamkan sungai tidak dilaksanakan melalui kaedah konsesi pasir yang terkawal, kerajaan negeri terpaksa menanggung kos tinggi menggunakan peruntukan awam bagi penyelenggaraan sungai dan pelaksanaan langkah tebatan banjir secara berterusan. Katanya, sekatan permit eksport pasir sungai oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini turut memberi kesan langsung kepada operasi industri pasir di negeri ini, khususnya di kawasan hilir dan muara sungai yang memerlukan kerja pendalaman berkala.

“Isu eksport pasir sungai tidak wajar dipolemikkan atau dilihat hanya dari sudut keuntungan komersial semata-mata, sebaliknya perlu difahami dalam konteks lebih luas melibatkan pengurusan alam sekitar, mitigasi banjir, peluang ekonomi serta hasil negeri. “Insya-Allah, pada minggu hadapan kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan isu ini secara menyeluruh demi memastikan kepentingan negeri, kesejahteraan rakyat dan peningkatan hasil negeri dapat dijana dengan sebaik-baiknya,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

KUANTAN Kerja-Kerja Mendalamkan Sungai Perlombongan Pasir Biasa Mitigasi Banjir Pengurusan Sistem Sungai Negeri Keadaan Dasar Sungai Sistem Saliran Sungai Limpahan Air Banjir Kaedah Konsesi Pasir Kos Tinggi Peruntukan Awam Selesainya Peluang Ekonomi Hasil Negeri

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

KUANTAN: Kerajaan Negeri Tetapkan Ganti namanya Jarak Minimum Untuk RiBIKUANTAN: Kerajaan Negeri Tetapkan Ganti namanya Jarak Minimum Untuk RiBIKetentuan itu ada dalam Panduan Rancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Pahang yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Pahang. Selain itu, RIBAI juga tidak dibenarkan dibangunkan di kawasan rizab hutan, rizab sungai, rizab utiliti termasuk laluan kabel bervoltan tinggi serta kawasan rizab kemudahan awam lain. Kerajaan Negeri turut tidak menggalakkan pembinaan RIBAI berhampiran loji kumbuhan dan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB). Kecuali binaannya digalakkan berhampiri kemudahan awam, pusat komuniti dan kawasan kediaman penganut agama terbabit selain mewujudkan suasana yang aman dan tenteram.
Read more »

KUANTAN: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan empat langkah bagi menangani isu kenaikan kos sara hidupKUANTAN: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan empat langkah bagi menangani isu kenaikan kos sara hidupADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin mencadangkan audit kos sara hidup Pahang, dana intervensi kos sara hidup, program jualan murah dan bekalan makanan asas, dan bantuan peniaga kecil untuk mendapatkan bahan mentah dengan harga lebih stabil.
Read more »

KUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau Tioman, dekat sini termasuk meneroka semula perkhidmatan pengangkutan udara serta memperkukuh pilihan pengangkutan alternatif ke destinasi pelancongan terkenal itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana syarikat penerbangan yang berpotensi menyediakan laluan ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Singapura. "Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berkaitan dan meneliti model pengangkutan udara yang bersesuaian untuk Pulau Tioman. Pada sama, kita memperkukuh pilihan akses lain termasuk perkhidmatan bot laju dari jeti ke Pulau Tioman yang mula beroperasi sejak 1 Mei lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Dr. Mohd Johari Hussain pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi menilai pelbagai pilihan meningkatkan aksesibiliti ke Pulau Tioman secara selamat dan praktikal. Katanya, berdasarkan penilaian teknikal CAAM, cadangan pengubahan jajaran landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman belum dapat memenuhi piawaian keselamatan penerbangan susulan faktor topografi berbukit dan halangan semula jadi di kawasan sekitar.
Read more »

KUANTAN: Perikatan Nasional Belum Menamakan Pengganti Baru bagi Ketua Pembangkang di Dewan RakyatKUANTAN: Perikatan Nasional Belum Menamakan Pengganti Baru bagi Ketua Pembangkang di Dewan RakyatTimbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengumumkan bahwa meskipun kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat telah dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker Parlimen, Perikatan Nasional belum menamakan pengganti baharu untuk jawatan tersebut. Sidang Dewan Rakyat yang bermula Jun ini memberi ruang kepada gabungan itu untuk meneliti dan memuktamadkan calon sesuai sebelum pengumuman dibuat.
Read more »



Render Time: 2026-05-18 02:42:42