Tak profesional langsung doktor tu.
Tindakan seorang doktor yang didakwa memulas telinga pesakit wanita hamil ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik mencetuskan kemarahan netizen selepas perkongsian mangsa tular di media sosial, wanita berkenaan mendakwa menerima layanan mengecewakan ketika sedang mengalami alahan teruk dan muntah akibat hamil.
"Adakah kalau seorang doktor tu boleh sesuka hati naik tangan pulas telinga patient ? Saya amat terkilan tetapi fikir saya tengah alahan teruk muntah kat KK td dgn laparnya aku be like redha kena pulas telinga. Service mmg teruk la doktor tu,"Menurut wanita itu, tindakan kasar tersebut disertai dengan sindiran berkaitan jarak kehamilannya yang dianggap terlalu dekat oleh doktor berkenaan.Difahamkan, anak sulung mangsa kini berusia setahun 10 bulan dan beliau sedang hamil anak kedua yang dijangka bersalin pada bulan Julai, ketika usia anak sulungnya sudah melebihi dua tahun. "Dia pulas telinga sebab katanya mengandung jarak dekat. Padahal doktor lain sebelum ini cakap okey sebab anak sulung lepas dua tahun,"Bukan itu sahaja, mangsa turut mendakwa doktor terbabit menyentuh soal kemampuan kewangan serta pilihan pendidikan anak-anaknya pada masa hadapan, yang dianggap tidak wajar dan berbaur sindiran "Siap sindir konon takkan nak hantar anak ke tadika Kemas atau Perpaduan, mesti nak tadika mahal. Tanya awak mampu ke bayar. Macam itulah kena,"Wanita tersebut turut mendakwa doktor berkenaan menunjukkan sikap kurang berhemah, bukan sahaja terhadap dirinya, malah ketika berkomunikasi dengan jururawat di klinik sama. Walau bagaimanapun, mangsa mengakui tidak membuat sebarang laporan rasmi terhadap kejadian itu, termasuk melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam . Perkongsian berkenaan pantas mengundang reaksi orang ramai, dengan ramai netizen mengecam tindakan doktor terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak profesional, melampaui batas serta melanggar etika perubatan, khususnya melibatkan pesakit wanita hamil yang berada dalam keadaan fizikal dan emosi sensitif.
Klinikkerajaan Pengalaman Perkongsian Seismik Sindiran Wanitahamil
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengurus bar Switzerland didakwa bunuh tanpa niatPengurus bar di resort ski Switzerland, yang musnah dalam kebakaran semasa sambutan Tahun Baharu, kini disiasat atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat.
Read more »
Wanita Dari Malaysia Kongsi Hamil Anak Yang Ke-10 Pada Usia 50 TahunMacam keluarga dulu-dulu anak ramai.
Read more »
Tunjuk Jari Tengah, Meludah Polis & Hina Nabi SAW, Pengurus Jualan Didakwa Di MahkamahTertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya sekali.
Read more »
[Video] Sempat Tegur Tapi Tak Diendahkan, Myvi Dipandu Terhuyung-hayang Terbabas Dalam ParitDalam rakaman, kelihatan jelas Perodua Myvi tersebut yang berada di lorong tengah lebuh raya itu bergerak ke kiri dan kanan jalan seolah-olah pemandunya tidak memberi tumpuan terhadap pemanduan.
Read more »
Tiga syarikat pembekal teh didakwa guna pewarna tiruan didendaKOTA BHARU: Tiga syarikat pembekal teh telah didenda oleh mahkamah selepas melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dengan mencampurkan pewarna tiruan di dalam serbuk teh berkenaan sepanjang tahun lalu.
Read more »
