Minister Announces Completed Phase 1A of Pan Borneo Sabah Express Rail Plan in 2026

Infrastructure News

Minister Announces Completed Phase 1A of Pan Borneo Sabah Express Rail Plan in 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1AInfrastructure DevelopmentJKR Putatan

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dr. Ahmad Maslan, has announced that nine packages of work for Project Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A will be completed by 2026, accelerating the implementation of the project to ensure infrastructure development for the public.

PUTATAN: Sebanyak sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A dijadualkan akan siap sepenuhnya pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya , Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya komited mempercepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah bagi memastikan kemudahan prasarana rakyat dapat disiapkan mengikut jadual.

“Saya ingin memaklumkan satu perkara yang belum dimaklumkan kepada umum iaitu sembilan pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1A akan disiapkan pada tahun 2026 ini. “Sebelum ini, empat pakej kerja sudah siap lebih awal antara tahun 2023 hingga 2025 iaitu WP5, WP15, WP21 dan WP27,” katanya dalam sidang media di Wisma Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Putatan, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah JKR Sabah, Baharuhom K.K. Sogon.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, empat lagi pakej kerja dijangka siap pada tahun depan membabitkan WP2, WP12, WP19 dan WP28.

“Jangkaan kami, 12 pakej kerja lagi siap pada 2028, tiga lagi pada 2029 dan akhirnya WP26, WP34 dan WP35 akan disiapkan pada 2030 sekali gus melengkapkan Pan Borneo Sabah Fasa 1A dan 1B. “Harapan saya, apa yang boleh dipercepatkan akan kita percepatkan supaya lebih banyak kemudahan infrastruktur dapat dinikmati rakyat,” katanya. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dua lagi pakej kerja akan dibuka pada Julai ini bagi menghubungkan Putatan dengan Menggatal tanpa melalui pusat bandar Kota Kinabalu.

Menurutnya, pembukaan laluan membabitkan WP6 dan WP7 itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan trafik di ibu negeri.

“Ini akan meringankan kesesakan di Kota Kinabalu kerana pengguna yang tidak mempunyai urusan di bandar raya boleh terus menggunakan laluan ini,” katanya. Mengulas perkembangan Pan Borneo Sabah Fasa 1B, Ahmad berkata, kerja pengalihan utiliti membabitkan Sabah Electricity, Jabatan Air Negeri Sabah dan Telekom Malaysia sudah dimulakan selepas isu pelantikan subkontraktor selesai. Katanya, kelewatan projek sebelum ini berpunca daripada proses pengalihan utiliti, namun koordinasi antara kementerian dan agensi berkaitan kini diperkukuhkan menerusi mesyuarat bulanan.

Beliau turut mengakui cabaran utama kontraktor ketika ini ialah aspek pengurusan projek dan kewangan. Walau bagaimanapun, beliau berkata KKR sentiasa melakukan pemantauan rapi bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

“Kita mahu keputusan dibuat segera dan pemantauan terus dipertingkatkan supaya projek ini dapat disiapkan mengikut sasaran,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Pan Borneo Sabah Fasa 1A Infrastructure Development JKR Putatan Wisma Pan Borneo Pakej Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Pengarah JKR Sabah Sidang Media

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia EV registrations more than double in April 2026, over 20,000 registered in four monthsMalaysia EV registrations more than double in April 2026, over 20,000 registered in four monthsEV adoption continues to double in Malaysia with 20,485 units registered in Jan–Apr 2026 (+110.8% YoY), driven by higher fuel costs and subsidy adjustments.
Read more »

Villagers in Kinabatangan Express Concerns over Low Compensation in Pan Borneo Highway ProjectVillagers in Kinabatangan Express Concerns over Low Compensation in Pan Borneo Highway ProjectVillagers in Kinabatangan, Sabah, are concerned about the low compensation offered during the construction of the Pan Borneo Highway, specifically in WP 24 to 26. Speakers Naim and Jafry Ariffin had a dialogue on this issue with villagers and Naim.
Read more »

Bina Darulaman Berhad's Jitra Half Marathon (JHM) 2026 Scheduled for 19 September 2026Bina Darulaman Berhad's Jitra Half Marathon (JHM) 2026 Scheduled for 19 September 2026Bina Darulaman Berhad (BDB), the organiser of Jitra Half Marathon (JHM) 2026, has announced that this year's edition will take place on 19 September 2026 at Darulaman Park, Jitra, Kedah. With four editions already held since its inception in 2022, JHM 2026 aims to attract over 2,200 domestic and international participants, divided into three main categories of 21km, 10km, and 5km.
Read more »

ICW Borneo 2026: Sabah's Transformation and BIM TrainingICW Borneo 2026: Sabah's Transformation and BIM TrainingICW Borneo 2026 is a platform for industry players and experts from Malaysia to gather and share knowledge on construction. The event aims to strengthen Sabah's transformation through the implementation of the Sabah Maju Jaya 2.0 (2026-2030) plan, focusing on building a resilient economy, enhancing productivity, and creating long-term value for the people. The construction sector will play a crucial role in this transformation. The event is the second edition after being held in Kuching, Sarawak. It reflects the continuous commitment to strengthening the construction industry ecosystem, enhancing cross-border participation, and ensuring inclusive development in the construction sector.
Read more »



Render Time: 2026-05-13 09:33:41