Inter Milan menjuarai Piala Itali, bergaya musim cemerlang

Sports News

Inter Milan menjuarai Piala Itali, bergaya musim cemerlang
Inter MilanPiala ItaliLazio Rome

Inter Milan melengkapkan musim cemerlang mereka dengan bergaya selepas menjulang Piala Itali buat kali ke-10 selepas memenangi perlawanan terakhir mereka menentang Lazio Rome di Stadium Olimpik, Rome, semalam. Gol sendiri pemain pertahanan Lazio, Adam Marusic pada minit ke-14 membuka laluan Inter sebelum kapten, Lautaro Martinez menggandakan jaringan pada minit ke-35 untuk memastikan kemenangan selesa pasukan bimbingan Cristian Chivu.

Pemain Inter Milan meraikan kejayaan menjuarai Piala Itali selepas memenangi perlawanan terakhir mereka menentang Lazio Rome di Stadium Olimpik, Rome, semalam. - AFPROME: Inter Milan melengkapkan musim cemerlang mereka dengan bergaya selepas menjulang Piala Itali buat kali ke-10 hasil kemenangan 2-0 ke atas Lazio pada aksi final di Stadium Olimpico , semalam.

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan ‘double’ domestik skuad Nerazzurri selepas sebelum ini menjuarai liga dengan merangkul gelaran Serie A ke-21. Gol sendiri pemain pertahanan Lazio, Adam Marusic pada minit ke-14 membuka laluan Inter sebelum kapten, Lautaro Martinez menggandakan jaringan pada minit ke-35 untuk memastikan kemenangan selesa pasukan bimbingan Cristian Chivu.

‘Kami layak memenangi trofi ini selepas mengharungi musim yang baik. Menjuarai liga dan piala bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kami sangat gembira,’ kata Chivu. Inter ternyata menguasai perlawanan sejak awal dan hampir tidak diuji Lazio yang tampil hambar sepanjang 90 minit aksi.

Gol pembukaan hadir apabila tandukan Marcus Thuram daripada sepakan penjuru Federico Dimarco terkena Marusic sebelum menerjah gawang sendiri. Lazio terus dihukum 20 minit kemudian selepas kesilapan Nuno Tavares berhampiran kotak penalti sendiri membolehkan Denzel Dumfries merampas bola sebelum mengumpan kepada Martinez yang mudah menolak masuk jaringan. Ia merupakan gol ke-22 Martinez dalam semua pertandingan musim ini meskipun penyerang Argentina itu beberapa kali diketepikan akibat kecederaan.

Memasuki babak kedua, Inter semakin selesa mengawal rentak permainan sambil Lazio terus gagal mencipta ancaman bermakna. Pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu hampir merapatkan jurang, namun percubaan Boulaye Dia yang terkena penjaga gol Inter, Josep Martinez seolah-olah menggambarkan malam malang Lazio. – AGENSI/UTUSA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Inter Milan Piala Itali Lazio Rome Stadium Olimpico Cristian Chivu Maurizio Sarri Lautaro Martinez Adam Marusic Federico Dimarco Marcus Thuram Zenit St Petersburg Serie A Serie B Serie C Serie D Serie E Serie F Serie G Serie H Serie I Serie J Serie K Serie L Serie M Serie N Serie O Serie P Serie Q Serie R Serie S Serie T Serie U Serie V Serie W Serie X Serie Y Serie Z

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

RTM, Unifi TV siar 104 aksi Piala DuniaRTM, Unifi TV siar 104 aksi Piala DuniaSiaran berkenaan direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Telekom Malaysia (Unifi), CelcomDigi dan U Mobile.
Read more »

Piala Dunia 2026: Kesemua 104 Perlawanan Akan Disiar Di RTM & Unifi TVPiala Dunia 2026: Kesemua 104 Perlawanan Akan Disiar Di RTM & Unifi TVDifahamkan, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung.
Read more »

At Korean weddings, the traditional 50,000 won envelope is losing groundAt Korean weddings, the traditional 50,000 won envelope is losing groundMILAN, May 14 (Reuters) - Italy may ⁠be absent from the 2026 FIFA World Cup on the pitch but it will still leave its ⁠mark, with Milan-based Balich Wonder Studio (BWS) directing - for the first time - interconnected opening ceremonies across three countries.
Read more »

From ‘Taco’ to ‘Nacho’: the new buzzword on Wall Street as Trump arrives in Beijing for trade talks with ChinaFrom ‘Taco’ to ‘Nacho’: the new buzzword on Wall Street as Trump arrives in Beijing for trade talks with ChinaMILAN, May 14 (Reuters) - Italy may ⁠be absent from the 2026 FIFA World Cup on the pitch but it will still leave its ⁠mark, with Milan-based Balich Wonder Studio (BWS) directing - for the first time - interconnected opening ceremonies across three countries.
Read more »



Render Time: 2026-05-17 08:01:24