Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth memohon maaf dan mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan serta reaksi beliau semasa Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini. Beliau menyedari rakaman video yang tular sebelum ini telah membangkitkan rasa kurang senang, kecewa dan menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Katanya, beliau tidak pernah berniat memperlekehkan, mempersenda atau memandang ringan mana-mana pandangan, bagaimanapun tindakan dan reaksinya ketika itu menimbulkan persepsi tidak baik. "Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua pihak terkesan. Sebagai YDP MPK dan urusetia program, saya menerima segala teguran dan pandangan diberikan itu dengan hati terbuka tanpa prejudis," katanya di sini hari ini. Affendi berkata, sebagai seorang pemimpin dan penjawat awam bukan hanya perlu bekerja dengan baik namun seharusnya memiliki kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengurus emosi sewaktu berhadapan dengan rakyat. Katanya, insiden tersebut juga menjadi pengajaran besar buat dirinya untuk lebih matang, berhati-hati dan menghormati sensitiviti masyarakat pada masa akan datang. "Saya juga rakamkan penghargaan buat semua pihak yang menegur, menasihati dan mengingatkan saya secara baik. Teguran tersebut saya terima sebagai ruang muhasabah untuk memperbaiki kelemahan diri serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan MPK kepada rakyat," katanya. Beliau juga akan memastikan insiden itu dapat dijadikan pengajaran penting dalam memperbaiki perkhidmatan MPK pada masa akan datang. "Program Perlis Mendengar Rintihan diwujudkan sebagai platform untuk rakyat menyampaikan suara, keluhan dan harapan mereka secara terus kepada kerajaan negeri. Setiap aduan, pandangan dan cadangan dibangkitkan akan diberikan perhatian serius," katanya.-UTUSAN
KANGAR: Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth memohon maaf dan mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan serta reaksi beliau semasa Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau menyedari rakaman video yang tular sebelum ini telah membangkitkan rasa kurang senang, kecewa dan menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Katanya, beliau tidak pernah berniat memperlekehkan, mempersenda atau memandang ringan mana-mana pandangan, bagaimanapun tindakan dan reaksinya ketika itu menimbulkan persepsi tidak baik.
"Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua pihak terkesan. Sebagai YDP MPK dan urusetia program, saya menerima segala teguran dan pandangan diberikan itu dengan hati terbuka tanpa prejudis," katanya di sini hari ini. Affendi berkata, sebagai seorang pemimpin dan penjawat awam bukan hanya perlu bekerja dengan baik namun seharusnya memiliki kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengurus emosi sewaktu berhadapan dengan rakyat.
Katanya, insiden tersebut juga menjadi pengajaran besar buat dirinya untuk lebih matang, berhati-hati dan menghormati sensitiviti masyarakat pada masa akan datang.
"Saya juga rakamkan penghargaan buat semua pihak yang menegur, menasihati dan mengingatkan saya secara baik. Teguran tersebut saya terima sebagai ruang muhasabah untuk memperbaiki kelemahan diri serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan MPK kepada rakyat," katanya. Beliau juga akan memastikan insiden itu dapat dijadikan pengajaran penting dalam memperbaiki perkhidmatan MPK pada masa akan datang.
"Program Perlis Mendengar Rintihan diwujudkan sebagai platform untuk rakyat menyampaikan suara, keluhan dan harapan mereka secara terus kepada kerajaan negeri. Setiap aduan, pandangan dan cadangan dibangkitkan akan diberikan perhatian serius," katanya. -UTUSA
Affendi Rajini Kanth Program Perlis Mendengar Rintihan Maaf Tanggungjawab Teguran Pengajaran Perbaikan Mutu Perkhidmatan Sensitiviti Masyarakat
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KRW FC menang tipis dalam aksi penuh kontroversiKOTA BHARU: Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) meraih kemenangan tipis apabila berjaya menewaskan Imigresen II FC 1-0 dalam aksi penuh kontoversi dalam saingan Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Read more »
Mandiri sedia disiasat, nafi terima dana asing jatuhkan PMPertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan menerima dana asing bagi menggerakkan propaganda politik di negara ini.
Read more »
Casemiro ucap selamat tinggal kepada Man UnitedKemenangan 3-2 Manchester United ke atas Nottingham berakhir dengan penuh emosi di Old Trafford apabila Casemiro mengucapkan selamat tinggal.
Read more »
Timbul provokasi ke atas YDP MPK, keluar kata kesat, DSA diambil keteranganTimbul provokasi ke atas YDP MPK, keluar kata kesat, DSA diambil keterangan - Ahmad Mohsin
Read more »
