The Department of Haji Administration has taken the initiative to revamp the main menu for the provision of meals to members of the Hajj pilgrimage.
MEKAH: Pengenalan pek sajian makanan baharu dan tambahan 10 menu merupakan antara pembaharuan utama Lembaga Tabung Haji dalam mempertingkat kualiti penyediaan hidangan jemaah haji tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, kelainan utama adalah pengenalan pek sajian makanan yang direka khas bagi memastikan kualiti hidangan lebih baik setelah mengambil kira pandangan jemaah haji pada musim lalu. Katanya, pek berkenaan memisahkan antara nasi, lauk berprotein seperti ayam dan ikan serta sayur-sayuran bagi memastikan hidangan kekal dalam keadaan lebih baik ketika diagihkan.
“Rekaan ini membolehkan kuah dikekalkan dalam kuantiti mencukupi tanpa bercampur dengan nasi, sekali gus mengatasi masalah makanan kering yang sering dibangkitkan jemaah sebelum ini. “Malah walaupun digoncang, ketiga-tiga komponen ini tidak bercampur, sekali gus mengekalkan tekstur dan rasa makanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi dapur haji 2026/1447H di sini semalam. Beliau berkata, sebanyak 1.8 juta bekas makanan telah dibawa dari Malaysia ke tanah suci bagi menampung keperluan jemaah haji.
Dalam pada itu, Mustakim berkata, TH memperkenalkan 10 menu baharu termasuk nasi Arab dan menjadikan keseluruhan 52 hidangan disediakan bagi memenuhi kepelbagaian cita rasa jemaah di samping mengekalkan identiti masakan Malaysia.
“Walaupun berdepan kekangan bahan mentah yang tidak dapat dibawa dari tanah air, kita tetap berusaha mengekalkan cita rasa Malaysia melalui penggunaan bahan yang diolah oleh chef berpengalaman,” katanya. Menurut Mustakim, penyediaan makanan untuk lebih 22,000 jemaah dikendalikan di tujuh dapur iaitu lima di Mekah dan dua di Madinah menerusi kekuatan 33 petugas termasuk 19 chef yang dibawa dari Malaysia.
Katanya, menu yang disediakan disusun secara dua pusingan sebelum dan selepas hari wukuf bagi memastikan jemaah tidak menerima hidangan sama dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu. Mengulas aspek keselamatan makanan, beliau berkata, TH memberi penekanan kepada pemantauan ketat suhu penyimpanan dan pematuhan garis panduan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
“Kita mahu pastikan makanan yang disediakan bukan sahaja sedap tetapi selamat dimakan serta bebas daripada risiko keracunan makanan,” jelasnya. Sementara itu, Mustakim berkata, indeks kepuasan makanan jemaah di Madinah mencatatkan kadar iaitu sekitar 94 peratus dan menunjukkan penerimaan yang amat baik terhadap hidangan disediakan.
“Maklum balas positif ini memberi keyakinan kepada kita untuk terus menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, kos keseluruhan haji kekal RM33,300 selama tiga tahun berturut-turut yang merangkumi perbelanjaan seperti penerbangan, penginapan dan makanan di sebalik ketidaktentuan harga bahan api. Katanya, kos semasa termasuk bahan api dan bahan mentah masih diserap tanpa membebankan jemaah buat masa ini.
“Buat masa ini kita cuba sedaya upaya untuk kekalkan kos haji, tetapi kita tidak boleh jamin untuk masa hadapan kerana ia bergantung kepada impak konflik terhadap keseluruhan kos,” jelasnya. -UTUSAN
Haji Administration Lembaga Tabung Haji (TH) Main Menu Revamp Meals To Members Of The Hajj Pilgrimage Changes To The Main Menu Pek Nasi Lauk Berprotein Sayur-Sayuran
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Disiplin kesihatan penentu jemaah berwukuf“Kita mahu semua fokus untuk berwukuf di Arafah. Jadi seminggu terakhir ini, kurangkan aktiviti, banyakkan rehat dan minum air secukupnya.
Read more »
KPM perlu pendekatan lebih sistematik martabat profesion perguruanKementerian Pendidikan (KPM) digesa lebih aktif dan sistematik bagi memperkukuh martabat profesion perguruan menerusi penyediaan infrastruktur serta teknologi pendidikan terkini, peluang pembangunan kompetensi berterusan dan pengiktirafan sewajarnya terhadap sumbangan guru.
Read more »
Hanya empat syarikat kapal tandatangan CBAHanya empat daripada lebih 300 syarikat kapal di negara ini menandatangani perjanjian kolektif (CBA) bersama Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM).
Read more »
GRS coalition leader Haji Noor speaks on special session of Gagasan Rakyat and GRS in Kota KinabaluGRS coalition leader Haji Noor delivered a speech at the special session of Gagasan Rakyat and GRS in Kota Kinabalu, highlighting the need for Sabah to have a strong, self-reliant local government, the challenges faced by the coalition, and the creation of Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) as a foundation for the stability of Sabah's politics. Haji Noor emphasized the need for unity among parties and the necessity of recovering from the Covid-19 pandemic, as well as addressing the issue of corruption and political instability in Sabah.
Read more »
