Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengingatkan setiap pemimpin agar mengamalkan budaya kerja berpasukan kerana kejayaan sesebuah organisasi tidak boleh dicapai secara bersendirian. Beliau juga menekankan tiada kompromi terhadap pegawai yang terlibat dalam jenayah termasuk rasuah, salah laku serta pelanggaran disiplin serius.
PETALING JAYA: Ketua agensi penguatkuasaan tidak boleh berasakan dirinya sahaja paling bijak dalam membuat keputusan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Tan Sri Azam Baki berkata, setiap pemimpin perlu mengamalkan budaya kerja berpasukan kerana kejayaan sesebuah organisasi tidak boleh dicapai secara bersendirian.
“Saya sebagai Ketua Pesuruhjaya tidak boleh berfikir seorang. Saya mungkin mempunyai angan-angan sendiri dan cara tersendiri tetapi kita bekerja sebagai satu pasukan.
“Saya boleh cabar mana-mana ketua agensi, kalau dia fikir dia seorang sahaja yang pandai, bermakna dia menuju kehancuran,” katanya dalam audio siar Kolar Hitam terbitan SPRM hari ini. “Ini bukan sekadar falsafah tetapi ajaran daripada al-Quran. Kita jangan takbur dengan mengatakan kita seorang sahaja yang pandai dan betul dalam dunia ini.
“Kita hanya mampu merancang dan berusaha melaksanakan sesuatu tetapi Allah yang menentukan segalanya,” ujarnya. Ujarnya, tiada kompromi terhadap pegawai yang terlibat dalam jenayah termasuk rasuah, salah laku serta pelanggaran disiplin serius.
“Memimpin satu agensi penguatkuasaan mesti ada ketegasan kerana kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan jenayah, rasuah atau salah laku keterlaluan berkaitan disiplin,” katanya. –
SPRM Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Budaya Kerja Berpasukan Kejayaan Sesebuah Organisasi Bersendirian Al-Quran Pandai Boleh Allah Jenayah Rasuah Salah Laku Disiplin Kompromi Pegawai Jenayah Rasuah Salah Laku Disiplin Agensi Penguatkuasaan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sabah azam ulangi kejayaan di Piala Belia JohorPemain boling Sabah berharap dapat mengulangi kejayaan mereka pada edisi terakhir kejohanan Piala Belia Johor, bermula pada Jumaat di Ampang Superbowl di Kluang
Read more »
‘Tan Sri’ investment ‘expert’ to be chargedThe man was arrested in January for allegedly defrauding investors of more than RM300 million over the past two years.
Read more »
No regrets as Azam nears retirementEVERY sector speaks the language of best practices. In business, the focus is on efficiency and competitiveness, in education, on quality and innovation, in public health, on saving lives and reducing long-term costs.
Read more »
Politik bukan bidang saya – Azam BakiKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menolak untuk berkecimpung dalam dunia politik selepas persaraannya yang bermula esok.
Read more »
