Beyond the Breaking News

Malaysia's Royal Authority Under Fire

Asia News News

Malaysia's Royal Authority Under Fire
MalaysiaRoyal Authority3R Principle

Kenyataan tentang kekuasaan raja telah meminta dirinya ini meletakkan prinsip 3R menjadi sebuah masalah

KANGAR: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP , Tony Pua yang mendakwa kuasa raja terhad jelas menyentuh prinsip 3R yang selama ini dipersetujui sebagai garis merah dalam negara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menegaskan tindakan terhadap pemimpin DAP itu perlu segera diambil sebagaimana rakyat biasa lain apabila menyentuh 3R.“Kalau rakyat biasa boleh diambil tindakan apabila menyentuh isu 3R, maka prinsip yang sama mesti terpakai kepada semua. Jangan ada ‘double standard’.

“Kalau masih ada yang tidak faham maksud sebenar kenyataan itu sama ada terlalu naif atau sengaja mempertahankan kebiadaban,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan wakil rakyat Selangor khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Mengulas mengenai titah tersebut, Tony menerusi hantaran di Facebooknya didakwa berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri . Tony turut didakwa menyatakan rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem yang membolehkan raja mengeluarkan titah yang mengikat serta menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

Kata Tony, beliau akan setia kepada Raja dan Negara serta mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan bukan berdasarkan titah semata-mata. Fathul Bari berkata, corak dan strategi politik DAP sebenarnya sudah boleh diduga kerana mereka tahu bahawa setiap kali isu sensitif berkaitan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu disentuh secara sinis atau provokatif, akan wujud kelompok tertentu yang bersorak dan mengangkat pemimpinnya sebagai ‘berani’.

Kata Ketua UMNO Bahagian Kangar itu, disebabkan itu, kenyataan Tony bukan perkara baharu dan ia pola politik lama mereka.

“Sentuh institusi raja, abaikan sensitiviti Melayu dan Islam, mainkan isu identiti negara dan kemudian tampil kononnya sebagai pejuang ‘demokrasi’ dan ‘kebebasan’. “Tony jangan cuba berselindung di sebalik istilah Raja Berperlembagaan untuk menghalalkan sikap kurang ajar terhadap titah Tuanku. Ya Malaysia negara yang ada Perlembagaan, Ya, kuasa raja ada kerangka dan batasnya tetapi jangan sampai terlalu angkuh sehingga gagal memahami nilai adab dan budaya yang menjadi asas pembinaan negara ini.

“Hakikatnya, Malaysia dibina atas semangat keseimbangan iaitu Raja Melayu dihormati, Islam dipelihara, hak kaum lain dijamin dan perpaduan dijaga bersama. Tetapi apabila masih ada pemimpin DAP yang gemar menyentuh perkara sensitif melibatkan raja-raja Melayu, inilah yang menyebabkan ramai rakyat sukar menerima DAP hingga hari ini.

“Ia Bukan sebab kaum atau bangsa, tetapi sebab sikap cauvinis, penting diri dan politik provokasi yang masih gagal dibuang,” katanya. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Royal Authority 3R Principle UMNO DAP

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia’s food and goods prices remain stable despite global supply chain pressures, says Akmal NasrullahMalaysia’s food and goods prices remain stable despite global supply chain pressures, says Akmal NasrullahKUALA LUMPUR, May 19 — Malaysia’s overall price trend for goods and food items remains stable despite mounting global supply chain disruptions and rising energy prices,...
Read more »

Malaysia Masters 2026: Malaysia's GoH Sze Fei-Nur Izzuddin ensures regu final berth, beats IndonesiansMalaysia Masters 2026: Malaysia's GoH Sze Fei-Nur Izzuddin ensures regu final berth, beats IndonesiansMalaysian badminton player, GoH Sze Fei-Nur Izzuddin handles his opponents, Muh Putra Erwiansyah-Bagas Maulana, to secure a spot in the men's doubles final at the 2026 Badminton Malaysia Masters in Kuala Lumpur, after defeating them in the semis.
Read more »

Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »

Masuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMasuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMalaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Mekah tanpa permit.
Read more »



Render Time: 2026-05-23 01:04:57