Datuk Awie Opens Up About Personal Struggles and Fake Accounts Ahead of Mega Concert

Entertainment News

Datuk Awie Opens Up About Personal Struggles and Fake Accounts Ahead of Mega Concert
Datuk AwieRock King ConcertStadium Merdeka

Legendary rock singer Datuk Awie shares the emotional burden of entertaining fans while hiding personal grief and warns against fake social media accounts. He is preparing for his Rock King Awie: Last Man Standing concert at Stadium Merdeka on September 12.

Dalam dunia hiburan, Datuk Awie telah meletakkan karya rocknya di tahap yang cukup tinggi. Masakan tidak, lebih empat dekad menghambakan diri, beliau terus mencipta satu per satu kejayaan.

Namun, hakikatnya pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman cuma manusia biasa yang pasti mengharungi turun dan naiknya. Semuanya ditutup rapat sehinggakan tiada seorang peminat pun yang dapat membaca isi hati seorang rockers kental seperti beliau. Awie beranggapan dirinya ibarat badut yang dalam menyimpan duka, terpaksa menghiburkan peminat yang menyokong 41 tahun perjalanan seni beliau.

“Dalam apa juga keadaan, saya kena senyum dan menghiburkan. Ketika bersedih, menyimpan duka, bercerai dan putus tunang. Mahu atau pun tidak, saya kena hiburkan masyarakat.

“Orang tidak pernah menyelami perasaan saya. Dalam menyanyi di pentas, saya bagi sepenuh jiwa, buat orang tersenyum dan terhibur. Pada masa sama, saya tengah berduka. Tidakkah ibarat badut namanya,” katanya.

Awie berkata demikian ketika sidang media Konsert Awie Rock King: Last Man Standing di premiera hotel, baru-baru ini. Sementara itu, Awie meluahkan kebimbangan terhadap kewujudan lambakan akaun palsu media sosial yang menggunakan identitinya sebagai muka hadapan.

“Saya tidak pernah berkongsi perkara yang bukan-bukan di media sosial. Itu masalahnya apabila wujudnya lambakan akaun palsu ini. Banyak kandungan palsu yang mereka kongsikan.

“Saya hanya menggunakan Instagram, TikTok dan Facebook Awie Al Pamalo. Selain daripada itu, bukan saya. Kalau dilihat di TikTok, bersepah nama dan muka saya. Walhal saya hanya gunakan satu akaun sahaja,” katanya lagi.12 September ini tercipta satu lagi malam bersejarah apabila penyanyi rock kesayangan ramai ini bakal menggegarkan Stadium Merdeka menerusi konsert Rock King Awie: Last Man Standing.

Buat kesekian kalinya, Awie bekerjasama dengan penganjur Bombay Legend bagi menghidupkan konsert berskala mega ini.

“Bombay datang kepada saya dengan membawa konsep yang lengkap bersama penceritaan. Perkara itu yang membuatkan saya tertarik.

“Kita nak jual konsep. Jadi kami berbincang dari hari ke hari, akhirnya mendapat kata putus dan kita adakan sidang media,” katanya. Disoal mengenai konsep, Awie mengakui ‘plug and play’ sudah ditakuk lama. Beliau ingin mempersembahkan konsep baharu yang membawa kreativiti pemuzik ke luar kotak.

“Kita ada lebih 20 pemuzik. Saya mungkin akan pecahkan kepada beberapa band untuk olah semula lagu-lagu itu kepada ‘gelombang baharu’.

“Jadi tak adalah kita mendengar muzik yang sama. Lagu itu kita ubah konsep muziknya. Orang akan mendengar muzik segar, santai, boleh dinyanyikan bersama dan senang diterima pelbagai peringkat umur.

“Konsep begini adalah satu pembaharuan dalam konsert. Pemuzik sebelum ini akan mainkan muzik yang ada dalam lagu. Namun kali ini, pemuzik main ikut kreativiti sendiri,” ujarnya. Mengulas tentang lokasi penganjuran, Awie memaklumkan beliau pada masa sama ingin menghidupkan kenangan yang direkodkan dengan peminat di stadium merdeka 11 tahun lalu.

“Mengadakan konsert solo di Stadium Merdeka merupakan tugas yang berat. Walaubagaimanapun kita cuba jayakan sebaik mungkin,” kongsinya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Datuk Awie Rock King Concert Stadium Merdeka Malaysian Rock Social Media Impersonation

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Gelaran raja rock Malaysia milik Amy SearchGelaran raja rock Malaysia milik Amy SearchGelaran raja rock Malaysia milik Amy Search - Awie
Read more »

118 Mall Officially Opens in Kuala Lumpur118 Mall Officially Opens in Kuala LumpurThe 118 Mall, located in the historic Merdeka 118 precinct, has officially opened its doors. The mall aims to be a dynamic destination connecting retail, hospitality, culture, and the local community, with a strong focus on showcasing Malaysian artistry and cuisine. Over 70% of the commercial space is already occupied.
Read more »

[Watch] Datuk Kong Altar Bearing Islamic Calligraphy Leads To Arrest In Perlis[Watch] Datuk Kong Altar Bearing Islamic Calligraphy Leads To Arrest In PerlisA hardware shop owner in Seriab, Kangar, was arrested and released on police bail after a small Datuk Gong shrine on his premises was found to bear the word 'Allah'…
Read more »

Datuk Seri Farhash Wafa Salvador denies money laundering allegationsDatuk Seri Farhash Wafa Salvador denies money laundering allegationsBusinessman Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak denies accusations of theft and money laundering involving billions of ringgit. He refutes claims from a viral video involving Sofia Rini and Albert Tei Jiann Cheing, calling them baseless and defamatory. Farhash also denies having Turkish citizenship or bank accounts in Turkey, stating he is merely a businessman caught in a politically motivated smear campaign. A police report has been filed for further investigation under Section 499 of the Penal Code.
Read more »

Datuk Peter Chia Yun Kong Visits Sabah Para Archery TeamDatuk Peter Chia Yun Kong Visits Sabah Para Archery TeamPhilanthropist Datuk Peter Chia Yun Kong visited the Sabah para archery team at the Likas shooting range to congratulate them on their achievements at the Allianz-MSN National Para Archery Circuit 1 2026 and provide support for their living conditions.
Read more »

Datuk Gong worship rooted in Malaysia’s shared cultural traditionDatuk Gong worship rooted in Malaysia’s shared cultural traditionResearcher Chin Yee Mun says the practice evolved from the Chinese community’s adoption of Malay beliefs about keramat and guardian spirits.
Read more »



Render Time: 2026-05-19 10:02:54