SJKT Gopeng, after nearly 80 years of operation, will undergo a complete rebuild with a RM14.5 million allocation. The project, managed by the Public Works Department, is expected to commence by the end of this year and take 22 months to complete. The dilapidated school buildings, particularly the main block affected by termites, will be demolished and replaced with a new three-story building. Temporary classrooms will be provided during construction to ensure continuous learning. The project scope includes six classrooms, administrative offices, a teachers' room, a sports store, a design and technology workshop, a science lab, a health room, a counseling room, and a meeting room.
GOPENG : Selepas hampir 80 tahun beroperasi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gopeng bakal berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif melibatkan peruntukan sebanyak RM14.5 juta. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya itu dijangka bermula pada hujung tahun ini dan mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan.
Katanya, iklan tender projek berkenaan dijangka dibuat pada Jun depan dan proses pelantikan kontraktor akan dilaksanakan selepas itu. “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didapati blok utama yang menempatkan bilik darjah dan blok pentadbiran sekolah telah terjejas akibat ancaman anai-anai. “Keadaan itu menyebabkan bangunan berkenaan diklasifikasikan oleh Jabatan Kerja Raya di skala 7, iaitu kategori bangunan daif yang perlu dibina semula,” katanya.Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching. Menurut beliau, skop projek itu melibatkan perobohan blok bangunan daif sedia ada dan pembinaan blok gantian tiga tingkat yang merangkumi enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru dan stor sukan. Katanya, turut disediakan kemudahan tambahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif, termasuk bengkel Bilik Reka Bentuk Teknologi , makmal sains, bilik kesihatan, bilik bimbingan dan kaunseling serta bilik mesyuarat. “Sepanjang tempoh pembinaan, bilik darjah sementara berbentuk kabin akan disediakan bagi memastikan PdP dapat diteruskan tanpa gangguan. “Kabin yang disediakan bukan seperti kabin biasa yang diangkut menggunakan lori, sebaliknya merupakan struktur bangunan khas yang lengkap dan sesuai digunakan sebagai ruang pembelajaran,” katanya. Tambah beliau, kemudahan kabin itu turut dilengkapi fasiliti yang selesa dan terjamin, selain menjadi penyelesaian sementara bagi menempatkan murid apabila blok asal dikosongkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan. “Pendekatan ini lazim digunakan bagi memastikan murid dapat terus mengikuti pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif sepanjang projek pembinaan dilaksanakan. “Sekiranya semua berjalan dengan lancar, kita berharap pada penghujung tahun 2028, projek ini dapat siap dan murid-murid boleh berpindah masuk semula ke bangunan baharu,” katanya. –
School Rebuilding Education Infrastructure Gopeng Tamil School RM14.5 Million
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rafizi Ramli Denies RM9.5 Million Bribery Allegations with Humorous ResponsePandan MP Rafizi Ramli denies allegations of receiving RM9.5 million to resolve a corporate mafia-related issue, responding with humour. The claims originate from businessman Victor Chin Boon Loong and involve alleged pressure on company executives by MACC officials. MACC has denied the allegations.
Read more »
Businessman Denies Bribing Enforcement, Claims RM9.5 Million Payment Was 'Service Fee' to Stop HostilitiesBusinessman Victor Chin clarifies that a RM9.5 million payment was not a bribe to authorities, but a 'service fee' paid to the 'Corporate Mafia' to protect associates and end their suffering. He urges for an independent investigation into the matter.
Read more »
Victor Chin clarifies RM9.5 million payment to corporate mafia was a service fee to protect associatesKUALA LUMPUR, March 26 — Businessman Victor Chin Boon Long has clarified that a RM9.5 million payment made to the so-called Corporate Mafia gang was not a bribe, but a...
Read more »
Victor Chin says RM9.5m payment to corporate mafia was a service fee to protect associatesKUALA LUMPUR, March 26 — Businessman Victor Chin Boon Long has clarified that a RM9.5 million payment made to the so-called Corporate Mafia gang was not a bribe, but a...
Read more »
SJK (T) Gopeng to get new building under RM14.5mil projectNEW YORK, March 26 (Reuters) - The U.S. technology industry is being pushed to shrink its power use in times of high demand, amid growing public concern that Big Tech's massive electricity needs for its expansion of data centers are maxing out the country's grid.
Read more »
